Top Komentar Telah Updated
Lihat updated komentar terkini sebagai perangsang
semangat kepada semua yang menggemari komentar di blog.
Sedikit pesanan dari penaja hadiah Etuza sendiri. |
Asalamualaikum semua.
Sebagai insan yang ada blog tempat meletakkan gambar kenangan dan beberapa peristiwa hidup serta perkongsian ilmu yang ada, kita sedikit sebanyak terbabit dalam dunia blogger yang terasa amat menyeronokkan. Dalam seronok berblog rupanya ada perkara tertentu yang menjadi garis panduan dalam membuat catatan di blog kita. Ada dua perkara sebenarnya yang Etuza jumpai tatacara agar penyampaian catatan di blog lebih bermakna.
Iaitu tampilkan ciri artikal yang berkualiti dan kesalahan dalam cara mencatat catatan di blog.
Baru Etuza sedar rupanya bukan sewenangnya membuat catatan, tetapi rupanya penuh dengan tatacara yang menguntungkan blog dan blogger itu sendiri. Etuza berminat untuk menyatakan tentang kesalahan dalam membuat artikal. Mari kita baca bersama hasil dapatan Etuza mengenai ini.
5 Kesalahan Dalam Menulis Artikal.
1.Jumlah perkataan tulisan yang terlalu banyak. Menurut pembacaan Etuza rupanya bukan semua catatan dalam blog kita dibaca dengan terperinci. Tetapi dilihat sekadar dipaparkan dan membaca isi-isi penting sahaja. Kecuali bagi mereka yang membuat kajian. Jumlah perkataan sebenar yang sesuai ialah dari 200 aksara hingga 400 aksara perkataan.
2. Tulisan perkataan tidak boleh dalam keadaan disingkatkan kerana mengakibatkan enjin carian di google bermasalah mentafsir perkataan yang disingkatkan seperti singkatan cara sms.
3. Membuat catatan yang dikatakan tidak masuk akal. Sebab cara tulisan seperti ini dikatakan blog akan terus ditinggalkan oleh pembaca maya.
4. Penggunaan bahasa yang tidak baku. Ini membawa maksud bahasa singkatan yang sukar ditafsirkan oleh internet. Blogger harus elakkan dari melakukan ini.
5.Informasi yang tidak jelas. Bila blogger menulis informasi yang tidak jelas maka akan mengundang kekeliruan pembaca. Menurut yang Etuza baca pembaca jika menemui artikal yang sukar difahami akan segera meninggalkan artikal tersebut. Sayang sekali apabila mereka tidak berminat untuk berkunjung ke blog tersebut.
Itulah 5 kesalahan besar dilakukan oleh penulis blog yang kita miliki. Etuza harap selepas ini kita lebih berazam dan bermotivasi membuat catatan dengan cara yang sebenar.Selepas mendapat informasi ini Etuza rasa banyak kesalahan dalam tiap catatan blog Etuza. Etuza memohon maaf setulus hati. Semoga sentiasa ada pembaikan di blog Etuza. Untuk lebih lanjut sila BACA ini.
22 Ulasan
Allahu...terima kasih cikgu kongsi maklumat ini...moga kita sentiasa perbaiki apa yang kurang...amin..
BalasPadamterima kasih cikgu diatas pengkongsian ni ekin rasa ada gak kesalahan dalam menaip entri kat blog
BalasPadamSame to me Ekin sob sob sob
PadamHarap saya dapat tingkatkan kualiti penulisan di blog saya... Terima kasih Etuza
BalasPadamkongsilah LINK BLOG tu Sani leh la terjah :-)
PadamAsalamualaikum cikgu..selamat malam...betul tu cikgu..kadangkala ada juga yan guna bahasa yang singkat..sebab dah terbiasa..huhuhu..
BalasPadamwah..ramai pmint tu..:)
BalasPadamSis JM mengungguli carta :)
BalasPadamterima kasih cikgu kongsi info bermanfaat ni
dia tu dia tu dia tu kan.....yang pasti sis JM suka baca cara penulisan Cikgu Ceketed
PadamAll the best semua komentar.
BalasPadamThanks for the info..
BalasPadamHai mummy! hiksss
PadamSangat setuju dengan yang no2. Ada yang suka tulis dengan singkatan, nampak sangat peribadi yang terlalu cincai..:(
BalasPadamMasih di dalam carta..terima kasih Etuza berkongsi maklumat..CP berusaha menjadi penulis yang baik.
BalasPadamKesalahan 1 : kalau byk sangat perkataan nanti bosan..dah macam buat karangan sekolah TETAPI jika ARTIKEL itu MENARIK, so setiap perkataan akan di baca satu persatu
BalasPadamKesalahan 2 : Hurrmm..cara penulisan yang santai dan sempoi boleh tak cikgu?
BalasPadamKesalahan 3 : sepatutnya di elakkan
BalasPadamKesalahan 4 : alamak! tidak menggunakan bahasa BAKU? hurrrmmm..JM lah tu hikss
BalasPadamKesalahan 5 : okey..setuju jika ada artikel yg di tulis mengelirukan memang kurang minat untuk terus follow
BalasPadamTerima kasih cikgu Etuza atas perkongsian ni dna yang pasti setiap penulis mempunyai genre dan cara penyampaian tersendiri. Marilah kita sama-sama mewarnai dunia blog...hidup cikgu Etuza hihihihih
BalasPadamBila baca N3 ni bawu tersedar banyak pulak kesalahan kita,huhuuu......
BalasPadamThanks sharing..lya selalu jer guna singkatan kt dlm entri huhuhuhu
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.