Tidak Puas Hati Tengok Memerang Di Lok Kawi #4 Papar Sabah

Tidak Puas Hati Tengok Memerang Di Lok Kawi #4 Papar Sabah

Tidak Puas Hati Tengok Memerang Di Lok Kawi #4  Papar Sabah

     Perjalanan sambil meninjau di sepanjang jalan di Lok Kawi, Papar Sabah masih diteruskan lagi.Tidak terasa terik matahari kerana pohon -pohon yang tinggi dan berdaun rimbun menghijau memayungi tiap kami yang bersiaran di Zoo Lok Kawi ini. Ada masa menaiki anak bukit dan menuruni cerun tetapi tidak lah curam, dimudahkan dengan anak anap tangga yang cukup santai cukup selesa untuk di lalui.

Anak-anak jauh meninggalkan Etuza tetapi kemudian mereka bersantai di pondok rekreasi sambil menghirup minuman yang dibeli dari jurujual minuman. ( lihat satu pondok rekreasi ada gambar Etuza itu ) Anak-anak Etuza serta anak -anak lain riuh dan amat seronok melihat memerang berenang - renang di anak sungai. Tepian anak sungai itu terdapat pokok-pokok kecil yang lebat dedaunnya. Tiba-tiba bergerak satu imej hitam seperti manusia bergerak berlari amat pantas kemudian bergayut pada pohon kayu. ( Tengok gambar ) Etuza kira itu haiwan bernama KERA. Pelik sungguh seolah seperti manusia berdiri dan berjalan tetapi oleh kerana langkah cepat menyebabkan keunikan haiwan kera ini bergerak. Pandai terbang pula dari atas pohon ke tanah.

Keluarga Etuza ambil gambar guna handphone masing2.
Sambil melihat ke bawah pondok melihat
 beruang hitam yang kelihatan ganas. Etuza tidak
berapa tertarik  melihat beruang... ( tak tahu kenapa)
Nampak kan beruang hitam tu..dah penat melayan
manusia silih berganti mengunjungi beruang ini..
tu tidur dah beruang ni..
Urang Utan..ada jantan dan betina serta anak Urang Utan..
Kad Urang Utan banyak di jual di Zoo Lok Kawi ..
Ha macam ini lah cata tengok aksi-aksi haiwan...
semua haiwan itu dalam sangkar besi, tetamu dilarang
sama sekali memberi makan pada haiwan..
langkah keselamatan agaknya kan...
Di kawasan ini kami agak lama berada di kawasan ini, kerana dekat sini ada orang menjual makanan dan minuman sejuk. Anak-anak bukan lagi hendak melihat memerang tetapi berbaris hendak membeli minuman dan koropok. Hummm! kelihatan ibu melayan karenah anak-anak, agak penat dan tekak kering akibat berjalan jauh. Etuza mohon maaf kerana keluasan Zoo Lok Kawi ini Etuza tidak pasti. Mungkin anda boleh search dekat Google bagi yang rajin buat kajian.

Oh Memerang!

1. Sejenis hidupan air yang kelihatan unik berbunyi halus.
2. Haiwan di Zoo Lok Kawi yang menarik perhatian Etuza. Pandai berenang dan menyelam ke dalam air. 
3. Etuza gagal mengambil gambar aksi memerang berdiri sebab memerang balik - balik menyelam dan timbul ke arah lain. Geram!!!
4. Memerang tengok kita dengan pandangan tak mesra...takut orang kerana ramai sedang melihat memerang di atas beranda pondok rekreasi.
5. Banyak memerang dalam air tetapi 2,3,4 saja yang timbul. 
6. Gambar memerang di atas itu sahaja yang Etuza dapat kongsikan.

Kera berjalan lagak manusia...di Zoo Lok Kawi..Sabah
Jemput minum dahulu..harga  tak kisah bila
dahaga sangat...mujur ada  jual minuman...
Tandas awam di Zoo Lok Kawi, Sabah...

     Tengok selepas melihat Beruang Hitam, Urang Utan, Memerang, Kera, Burung dan gajah kami teruskan lagi perjalanan. Rasanya sehari pun tidak mampu mengembara di Zoo Lok Kawi ini. Kawasan atas belum round lagi. Tetapi anak-anak Etuza masih kuat dan bertahan..Bila sampai di kawasan yang ada Lembu dan  Kerbau..terhidu aroma yang kurang menyenangkan. Fahamlah kita kerbau berkubang di lumpur. Lembu melepaskan bahan kumuh najis dan air kencing berbaur. Alamak tewas lah Etuza kali ini. Sekejap sahaja di area ini. Bersambung lagi..jangan lupa klik laman Etuza pasti lihat haiwan dalam gambar. Kongsikan dengan anak-anak anda. Semoga ada manfaatnya.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

Bila pusing zoo, air mmg laku cikgu, dapat air mineral sejuk pun dah mcm dapat fresh orange ...hihi...

Berbaloi baloi nampaknya sehari suntuk dapat tengok macam macam binatang ye cikgu

banyak lagi nak di kongsi ni Hainom..tunggu ja ya..tak dapat round Lok Kawi...terima kasih suka tengok Zoo..juga kan..

Dekat zoo johor harga air masih berpatutan ...

Pertama kali nampak kera berjalan ..tu pun di blog cikgu :-))

CP kalau pi zoo mesti nak tengok gelagat orang utan..

seronok dapat spend time dengan family..

quality time.. !

Semakin mahal air jika kita berada di lokasi yg jauh..tiada jaln pilihan kena membeli ..

Ayah saya memang suka ambil gambar. Seronok bila tengok kenangan indah dlm blog terbaik ayah . ))

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (446) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Doa (313) Promosi. (313) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (24) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger