Thank You, Come Again #7 & Seketika Bersama Family Azmil

Entri Terakhir Moment Di Zoo Lok Kawi
 Wildlife Sept 2015.

    Anda boleh tahu maksud entri ini, kerana dapat lihat kata mengalu-alukan semula untuk datang ke Zoo Lok Kawi, Sabah ini. Etuza ucapkan terima kasih kerana sudi membaca dan melihat perkongsian Etuza di blog ini mengenai satu tempat terkenal di Sabah iaitu Lok Kawi Wildlife di Papar Sabah. Tempat ini sebenarnya sangat terkenal di Sabah kerana kawasan khazana ini semakin maju di komersilkan sebagai tempat pelancongan yang menarik di Sabah. Ada masa - masa dalam promosi atau karnival yang diadakan tempat Zoo Lok Kawi ini akan ada persembahan ULAR. Di mana orang akan memperlihatkan cara dan teknik memegang ular di hadapan visitor. Ini yang Etuza dapat infor. tetapi masa keluarga Etuza berkunjung tidak ada persembahan seumpama itu.

Moment Indah Sesuatu Yang Tidak Disangkakan. ( Monolog Seketika Di Laman Etuza.Bacalah...Monolog Ini.

Detik untuk balik dan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu kini akan bermula lagi. Satu perjalanan yang jauh menuju ke Kota Kinabalu Bandaraya Ibu Negeri Sabah di Bawah Bayu. Anak-anak kelihatan tidak sabar untuk menuju ke kereta selepas menjelajah beberapa jam di Zoo Lok Kawi ini. Etuza merasa satu kerugian apabila tidak mengambil gambar berhadapan dengan ayat indah bermoral tinggi ini iaitu " Thank You, Come Again" Bunyi sangat sedap di baca kerana tempat ini menyatakan kehendak agar kita dijemput bila-bila pun boleh datang ke taman indah ini.

Etuza merasa tidak sopan jika melihat ke kiri ke kanan, sedangkan ramai orang yang melawat juga seolah beredar hendak balik ke distinasi masing-masing. Etuza nampak ramai juga pelawat dari luar negara hadir ke sini. Orang putih, Orang Arab dan Orang Pakistan ada Etuza terserempak. Dalam mempastikan anak-anak dalam keadaan selamat terdengar satu bunyi hon kereta. Etuza tidak pastikan darim mana tetapi hon kereta itu berbunyi dua kali. Dan masa itu Euza ternampak kalibat kereta MYVI  lalu dekat Etuza. Etuza kira kereta itu hendak bergerak meninggalkan Zoo. Tetapi apa yang berlaku ialah MYVI putih itu kembali berpusing dan berhenti betul - betul di hadapan Etuza. Terkejut..Siapa ni ...Kenapa? Apa telah Etuza lakukan!. Merasa pelik pun ada sebab sepanjang kembara tadi hanya orang-orang yang tidak dikenali Etuza tegur sambil bergurau dengan   mereka. 

Bila berhenti di hadapan dan cermin kereta di buka. Wow!!!! Rupanya Azmil dan isteri dia Lyne dan anak mereka berusia tiga tahun dan aunty Julia isteri kepada adik Ibu Etuza yang berasal di Tambunan, Sabah. Kini menetap di Kunak, Sabah dan Azmil dan Isteri menetap di Lahad Datu Sabah. Etuza rasa seolah mimpi seketika. Berfikir sejenak "Kenapa dalam perjalanan kembara di dalam Zoo Lok Kawi tidak jumpa" Pertanyaan yang sama bermain di minda aunty Julia. Alamak saudara Etuza saudara sepupu anak buah Ibu Etuza. Ya Allah inikah yang dikatakan sesuatu yang tidak disangka. Terima kasih Allah. Kerana menemui mereka dalam keadaan sihat dan sudah tiga tahun sebenarnya tidak berjumpa selepas pergi ke Lahad Datu Sabah pada tahun 2012.

Inilah percaturan kehidupan. Ada masa bersama dekat selalu, kemudian kita berpisah dek kerana menuntut kehidupan ini harus diperbaiki. Pergi jauh bukan kerana ada tujuan lain tetapi hijrah kerana bekerja dan ingin memperbaiki keadaan hidup serta ingin mencari keredahanNya. InshaAllah.

Selamat Tinggal Zoo Lok Kawi Yang Indah...moment
ini akan abadi selamanya.
Semua terkejut apabila di sapa oleh insan ini
Azmil P & Lyne Madai serta aunty Julia.
Gembira sekali jumpa mereka ini..Kanak-kanak kecil itu
anak pertama Azmil & Lyne Adelia Natrah nama nya
comel..malu-malu tengok saudara baru,dia rasa pelik tu...
Ambil gambar Comel Adelia Natrah Azmil...



Jangan di ucap selamat tinggal..
Jangan di ucap selamat tinggal
Jangan di ucap selamat tinggal
Kepada kami....

Tetapi kekalkan persaudaraan...
Mantapkan keimanan selalu lah kepadaNya
Kerana ucapan selamat tinggal itu..
Adalah ucapan keramat...
Menemukan kita semula..
Di satu destinasi pasti..
Di pengakhiran alam buana ini.

Tetapi ucapkan Insha Allah 
Sampai jumpa lagi..

Nukilan Etuza.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. assalamualaikum etuza...bestnya jenjalan makan angin...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Mas Zull..begitulah hendaknya..

      Padam
  2. seronoknye dapat berjalan dgn family kan

    BalasPadam
  3. Quality time bersama keluarga memang terbaik!!!.

    BalasPadam
  4. Kelaurgaku syurgaku, insyallah...

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum Etuza, Wahh.. serononk benar tuan makan angin dengan famili.. siap cipta lagu khas gitu.. :)

    BalasPadam
  6. Seronoknya bercuti bersama family

    BalasPadam
  7. seronok bila bertemu saudara yang sudah lama tidak berjumpa..

    BalasPadam
  8. assalam....jgn diucap selamat tinggal...insyaAllah pasti akan ke lok kawi lagi menyusuri kenangan lalu...

    BalasPadam
  9. meriah je tgk gambar ni cikgu... mmg seronok bila bersama ahli keluarga nak2 secara kebetulan berjumpa dgn saudara mara.. :D

    BalasPadam
  10. menguatkan ukhuwah...

    mmm bila laa turn sy plak smpi ke sn? ;-)

    BalasPadam
  11. kiranya 'perjumpaan' yang x di rancanglah eh ni

    BalasPadam
  12. Meriah tengok Etuza dan family serta pertemuan yang tidak dirancang.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.