Tarikh Pengisian HRMIS Diilanjutkan & Boleh Stress Pengisian Data HRMIS 0.2 Di Pedalaman Sabah

Alhamdulillah Etuza Sudah Siap Mana Yang Diperlukan  Dalam Data HRMIS 0.2 

Tarikh 28hb Oktober 2015 tarikh
akhir sistem data HRMIS
Pastikan anda siap semuanya.
HRMIS data diperlukan untuk kenaikan pangkat
Dokumen Sasaran kerja Tahunan 
Untuk rekod Prestasi anda..
Jangan remehkan..

Capai KPI antaranya dalam bidang Kurikulum.SKT 2015

     Asalamualaikum semua selamat berhari sabtu, hari berhujung minggu dengan anak-anak atau keluarga anda. Tapi tidak bagi Etuza kerana ketika ini rasa pening - pening lalat masih terasa. Boleh jadi ada kesteresan Etuza dalam mengisi data  SKT dalam HRMIs 0.2. Etuza rasa ada juga kakitangan lain yang boleh stress hal HRMIS ini. Kenapa boleh jadi seperti itu adalah kerana line internet kita selalu slow. 

Apakah lagi faktor lain hasil kajian Etuza?

1. Masuk laman utama HRMIS memang penuh menunggu jika line tidak kuat. Letih juga menunggu. Anda rasa tak! pada yang kuasa line tu 100% dan plus lagi , iya ok tahniah. Tetapi kami yang di Pedalaman Sabah hanya Allah yang tahu. Kasihan yang tiada line langsung dan terlebih kasihan yang tidak mengerti menggunakan aplikasi komputer. Minta tolong atau upah orang lain ke ada tak begitu? Boleh juga kan isi HRMIS data. Yang penting selesai. Terserah lepas tu penilaian PPP.

2. Bila aplikasi software komputer ada kerosakan. Main lah windows asyik log in. Itu keadaan komputer di serang virus kan. Ha ini juga masalah besar. Komputer ni mudah serangan virus. Kena cepat-cepat tau format kan komputer anda, agar lancar HRMIS bila log in.

3. Kekangan masa, seperti Etuza dua hari kursus, mana nak tangani HRMIS, IQPSS dan INILAM. Tidak cukup tangan. Huuuu!!! ada rasa stress hari ini. Mujur baru siap HRMIS bahagian latihan. Mohon maaf lah ada late sedikit berbanding teman guru lain yang dah siap print sekalian dokumen.Tahnia pada mereka. Gigih hari ini Etuza juga sudah siap mana sepatut di isikan.

4.Dokumen kursus tidak dapat kesan tarikh. Ini berlaku bila fail peribadi ada di sekolah, tidak boleh kan bawa ke rumah. Rekod untuk sendiri dalam fail pun selak punya selak boleh pula cicir kertas jemputan kursus. Mujur ada blog ada FB boleh rujuk. Kelakar cara nak kesan kursus kan. Janji siap data HRMIS.

Ada tak yang masih sangsi data HRMIS tu. Ok ini panduannya ya sila klik dan baca harap membantu kurang kan stress kita.

1. Klik SINI laman HRMIS tunggu paparan

2. Id anda ialah no kad pengenalan diri

3. Isikan password atau kata laluan anda ( kata laluan kena ingat-catat)
Jika lupa kata laluan anda akan di sekat bila 3 kali percubaan masukkan kata laluan ke ruang khas itu.

4. Jika disekat anda hubungi kerani sekolah atau admin yang dipertanggungjawabkan data HRMIS ikut jabatan anda.
5. Mulai isi data setiap yang diperlukan dalam ruangan. Taip aksara ringkas-ringkas. Ruang kotak yang halus itu tidak mahu panjang aksara ayat kita. Biarkan ringkas saja tau. Jika panjang aksara anda loading simpan akan menjamu anda lagi dengan rasa STRESS.So buat ayat ringkas ya.

6. Sudah siap isi data dalam ruang tu ha, simpan dulu bila berjaya disimpan baru klik untuk tambah lagi data lain.

7. Akhir sekali selepas simpan jangan terus hantar ke PPP anda. semak dulu lah ya, ejaan salah ke, seperti Etuza selalu salah ejaan. Bila yakin semuanya pasti dan tiada ruang tertinggal kosong terus klik HANTAR ha sudah siap. Beres buang stress. Menyanyi lagu lah satu kan. Ya lah happy. Selamat mencuba, anda pasti boleh.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. saya punya hrmis 22hb tarikh akhir, tengah sibuk siapkan sume maklumat.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Mesti lega kerja2 semua dah selesai :)

    BalasPadam
  3. bagus perkongsian panduan ini.. selamat mengisi hrmis 2.0.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengejar masa Aiza..banyak kena siapkan paper exam juga kena buat, baru siap soalan sejarah tahun 4

      Padam
  4. Balasan
    1. ya rutin hujung tahun tetapi tahun ini cara online biasa manual..tak berapa stress

      Padam
  5. happy weekend cgu
    orang pencen dah rileks ni
    selamat bertugas demi bangsa dan negara

    BalasPadam
  6. Ramai juga kengkawan yg stress bila isi Hrmis ni cikgu.. mmg kena byk sabar bila nk isi...huhu

    BalasPadam
  7. HRMIS di mana saja slow je kan Cikgu...

    BalasPadam
  8. Belum dapat tarikh akhir..

    Biasanya laju jer..

    BalasPadam
  9. JM dah lama kemaskini data tu..so relax lah skrg

    BalasPadam
  10. Semua tempat slow HRMIS ni Etuza, perlu ada penambahbaikan

    BalasPadam
  11. kursus tu saya print aja dari e-SPLG etuza..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.