Taman Kolam Air Panas Poring Ranau Sabah

Taman Kolam Air Panas Poring Ranau Sabah

Kolam Air Panas Yang Dijaga Ketat Di Poring Ranau Sabah

 Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini, sebenarnya ada banyak tempat menarik sebagai daya tarikan kepada pelancong dalam negeri atau dari luar negara. Salah satu tempat yang menarik untuk di lawati di Sabah ialah di Ranau Sabah, kerana banyak tempat menarik dan unik berpusat di Ranau. Antaranya Ranau ada tempat penanaman sayur kubis di Kundasang Ranau, ada ikan jinak dan mesra dengan manusia di Sungai Tagal Ranau kemudian ada Kolam Air Panas di Poring Ranau serta ada banyak lagi yang Etuza tidak nyatakan.

Dalam gambar Etuza kongsikan tempat menarik di Poring Kolam Air Panas di Ranau. Gambar ini merupakan gambar yang tersimpan lama dalam folder dan dalam backup photo di komputer Etuza. Etuza tidak memeriksa artikal dahulu Etuza adakah Etuza buat entri hal lawatan kami di Poring Kolam Air Panas ini. Untuk kali ini paparan lawatan kami ke Kolam Air Panas di Poring Ranau bersama lima anak kami ketika itu masih kecil. 

Dalam lawatan kami ke Kolam Air Panas ini, memang ramai pelancong bertali arus kerana selain di Kolam Air Panas, terdapat Taman Rama-Rama di Poring Ranau berada tidak jauh dari Kolam Air Panas ini, serta ada lokasi Air Terjun di kawasan bukit tinggi yang sangat cantik dan damai melihatnya. Untuk ke pancuran air terjun pelancong hendaklah mendaki bukit hingga sampai di kawasan air terjun yang Etuza nyatakan itu. Oleh kerana Etuza memikirkan aspek keselamatan maka Etuza tidak berniat membawa anak-anak Etuza di kawasan bukit yang ada air terjun. Cukup kami bersiaran di kawasan Kolam Air Panas di Poring Ranau. Baiklah mari lihat beberapa lagi gambar yang jenuhnya menunggu loading ketika di ruang catatan blog Etuza.



Jernihnya air sungai mengalir..air sungai dari Gunung Kinabalu
mengalir ke kawasan Poring Ranau



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Cantek nya pemandangan air sungai yang mengalir dengan batu2an ...tentu seronok dapat mandi manda di situ.

    BalasPadam
  2. cantik sungguh alam semulajadi air terjun poring ni..

    BalasPadam
  3. nampak jernih air sungai itu.. tentu seronok dapat pergi ke sana bersama keluarga..

    BalasPadam
  4. Excited PC tengok air sungai yang mengalir bersih tu...ada batu batan..indahnya bila dapat bersantai atau riadah.

    BalasPadam
  5. mcm pernah baca entri ni....entri lama kan ke salah

    BalasPadam
  6. cantiknya pemandangan sungai tu..menenangkan jiwa

    BalasPadam
  7. Selalu juga dengar tentang hot spring ni. Cantik tempatnya.

    BalasPadam
  8. Subhanallah cantik pemandangan latar belakang tu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.