Soalan Ramalan Ke Temu Duga Untuk Anda

Soalan - Soalan Ramalan Ke Temu Duga Untuk Anda!

Etuza sedang berbual dengan orang
Jepun di Osaka! Jauhnya menjayakan
Temu Duga!! Gambar sekadar hiasan cuma.

      Kita dapat perhatikan setiap hari dalam akhbar dan media sosial, ada sahaja pemakluman tentang jawatan kosong ( tawaran kerja/ peluang kerjaya ) yang di siarkan.Pemakluman peluang kerjaya itu di maklumkan dalam sektor kerajaan mahupun swasta. 

Rialiti di zaman ini terlalu ramai pencari kerja, justru itu berlaku persaingan yang sangat hebat. Apa tah lagi dengan prestasi keputusan peperiksaan mereka cukup tinggi dan berkebolehan atau berkemahiran. Etuza merasakan ramai yang diberi peluang tetapi terlalu sedikit yang berjaya ekoran dari aspek gagal membuat persediaan ke temu duga yang bakal di hadapi. Peserta yang hadir ke temu duga sebenarnya hanya diuji dari segi keutamaan iaitu kebolehan individu itu berinteraksi dan berkomunikasi dengan Pegawai Penemuduga itu. Ada masa atau ada situasi Pegawai Penemuduga menguji perserta dengan soalan yang tidak dijangka, seperti berseloroh atau bergurau sedikit peserta. Ini bertujuan melihat emosi p[eserta, melihat sikap peserta boleh kah kawal emosi dan tetap tenang hadapi semua soalan yang diajukan.

Sebenarnya setiap individu menurut kajian dan pembacaan Etuza mengenai TEMU DUGA, terdapat perkara sangat penting anda lakukan sebelum hadir ke bilik temu duga anda. Iaitu calon yang pergi ke temu duga harus usaha meramal soalan - soalan oleh Pegawai Penemuduga, soalan ramalan itu akan membantu pemohon kerjaya itu bersedia dengan jawapan sebelum hari temu duga.

Antara soalan ramalan temu duga tersebut ialah:-

1. Boleh kah anda memberi keterangan tentang diri anda?
2. Apakah yang mendorong anda untuk memilih kerjaya ini?
3. Apakah pengalaman yang ada peroleh dalam pekerjaan anda yang lalu?
4. Kenapa anda berhenti kerja?
5. Apakan pencapaian lepas yang anda banggakan?
6. Apakah anda mempunyai pengalaman dalam bidang kerja jenis ini.
7. Kenapa anda fikir anda layak untuk kerja ini?
8. Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?
9. Apakah yang membuat anda berminat dengan perkhidmatan ini dan pada produk syarikat?.
10. Apakah anda boleh menyumbang terhadap kemajuan syarikat ini.?
11. Apakah kekuatan dan apakah lebihan anda?
12. Apakah kelemahan dan keistemewaan anda?
13. Apakah kegemaran atau hobi anda?
14. Mengapakah syarikat patut melantik anda.
15. Bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi?
16. bagaimana kah pandangan rakan anda terhadap diri anda?
17. Apakah rancangan jangka panjang kerjaya anda?
18. Bagaimana anda mengatasi masalah yang di hadapi.
19. Bagaimana kah anda ingin orang lain menilai anda?
20. Bagaimana anda menymbang terhadap kemajuan syarikat ini?

Selamat mencuba tips ini. Ramalan soalan ke temu duga ini khas kepada sesiapa sahaja yang bakal ke Temu Duga. Anda boleh ramalkan soalan yang Etuza beri.. Informasi tambahan SINI.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. ASSALAM...PERSAINGAN MENDAPAT PEKERJAAN AMAT SENGIT JADI PERLU MEMBUAT PERSEDIAN SEBELUM HADIRI INTERVIEW...BAGUS SEKALI TIPS YG CIKGU KONGSIKAN..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah terima kasih...boleh jadi panduan ni..

    BalasPadam
  3. Tetiba teringat waktu temuduga guru pra sekolah..jenuh menjawab..siap melukis..menyanyi...

    BalasPadam
  4. Percaya tak cikgu? Okje tak de banyak pengalaman interview ....sekali jer seumur hidup.....
    Tu yang duk kerja satu company sepanjang kerja tu....takut nak interview hihi

    BalasPadam
  5. Fuh..kalau hadir temuduga tanpa persediaan memang lidah kelu tak mampu bercakap..

    BalasPadam
  6. Pasti ramai akan datang membaca entri ini sebagai panduan sebelum ke temuduga. Apapun persediaan diri amat penting. Nice info Etuza.

    BalasPadam
  7. pernah pegi temuduga spa tapi x de plak soalan2 mcm ni huhuhhu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.