Selamat Menghadapi Peperiksaan Semester 2 2015 & Hal Putih Melati

Selamat Menghadapi Peperiksaan Semester 2 2015 & Hal Putih Melati

Selamat Menghadapi Peperiksaan Semester Akhir 2015Hari Ini Bermula 26 hb Oktober Hingga 29hb Oktober 2015

Murid kelas 4 bijak di kelas Nur Aliya semuanya tenang menjawab
soalan peperiksaan Bahasa Malaysia Kertas 2 Penulisan

   Assalamualaikum semua. Etuza ke udara lagi, ketika ini sedang menjaga peperiksaan kelas 4 Bijak di sekolah Etuza. Kelihatan semua murid dalam keadaan tenang menjawab tiap helaian kertas. Etuza online seketika untuk updated blog. Hal kelas ini lah sedang mejawab, nampak kan paparan gambar mereka. Inilah situasi peperiksaan sedang berlangsung. Memang sunyi sepi kerana semua murid perah otak hendak jawab soalan yang ada depan mata. Maknanya soalan yang dirahsiakan kini telah bocor. Ya bocor kerana semua telah diberi kertas soalan..masing-masing menjawab dengan idea sendiri. Jam mula paper 2 penulisan Bahasa Malaysia ialah jam 8.35 minit pagi hingga 9.35 minit pagi.Harap lah semua murid termasuk Nur Aliya yang ada anak panah putih tu dapat jawab dengan sebaikknya. Etuza tengok soalan bukan susah pun.


Gambar Unik Kucing Milik Family Etuza. 
Putih & Melati semakin comel dan cantik pula...
Comel kan Putih dan Melati..yang melihat
tu mata biru tu lah Putihdan yang tidur
di sebalik Putih tu Melati..
Bagaimana Putih & Melati Tercipta?

   Dulu sekitar bulan awal Ogos 2015, tiba-tiba putera anak Etuza bernama Ikmal bawa satu kotak. Ingat kan apa dalam kotak. Anak kucing rupanya. Haduiii!!! tidak cukup kah pula kucing miow di rumah Family Etuza ini. Sampai anak lelaki Etuza siap angkut anak kucing berbulu putih dari rumah kawan dia. Etuza geram juga sebab banyak kucing di rumah berlari-lari di luar rumah pun ada. Ada putih, hitam , kuning dan berbulu tiga warna pun ada. Huuuu!!! bertambah lagi lah anak kucing.

    Ikmal kata anak kucing ni keturunan kucing Siam. Mak oooii ada kah pula kucing ini macam manusia berketurunan. Etuza rasalah semua kucing ni hanya satu saja ada bulu. Ya ada bulu. " Kucing ni cantik bila besar ayah..kita jaga baik-baik ja lah..saya suka jadi ambil saja lah makcik Laisah yang bagi" Inilah kata-kata ikmal. Terpaksalah Etuza akur, rasanya Ikmal anak bujang Etuza ini anak lelaki yang baik hati sebab suka kucing lalu Etuza tafsirkan jiwa Ikmal ini tebal rasa kasih sayang. Wah!! best kan jika ada anak pandai menyayangi. Etuza begitu sekali tafsirkan jiwa Ikmal.Dipendekkan ceritara ha ini lah dalam gambar anak kucing dan besar selepas tiga bulan dipelihara oleh Family Etuza termasuk Etuza sekali membelai Putih & Melati.

    Kenapa Putih & Melati nama sedap betul. Ha bab bagi nama, Etuza dalam keadaan geram terpacul nama di mulut. " Siapa nama anak miow ni ayah" Aliya bertanya. " Susah-susah sangat kamurang bagi nama..ha mari ayah bagi nama, yang putih kelabu tu Putih yang bulu warna tiga bulu tu Melati..ha jadilah Putih Melati senang ingat.." Etuza bagi cadangan, rupanya mereka suka maka inilah hari ini wajah Putih & Melati sangat comel dan manja. Bulu gebu dan tidak cabut. Anak-anak mandikan sekali seminggu, makanan harian whiskers dan Putih Melati suka minum susu. Serta suka makan spirulina elken tablet 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

23 ulasan

selamat berjaya untuk anak-anak yang sedang mengambil exam...kat Sabah masih jerebu ke?

anak saya yg sekolah rendah belum mula exam lagi..awal bln depan..

Anak murid khusyuk jawab soalan, cikgu berbloglah sekejap ye hihi..
Putih & melati ada lagu cikgu tahu tak. Tetiba dlm hati kakak ternyanyi lagu putih-putih melati haha...

Selamat menduduki peperiksaaan akhir semester buat anak2 kita...
moga semuanya di permudahkan...
comell kucing etuza.. nama pun unik..

Haduiii!! jerebu masih ada sini Salbiah..tebal pula tu nampak dikejauhan...

Sekolah Etuza dah mulai hari ini madam kamsiah...boleh lah pereksa paper lepas ni..

hahahaha ya,,berblog, tapi bukan senang nak on blog, seketika ja ..lepas tadi masuk kelas lain..ha berblog balik.
Putih melati..pernah dengar anak nyanyi ..tak pasti bagaimana lirik putih melatih...best tak lagu tu kakzakie..hehehe

amin..terima kasih atie..ya unik pandai tengok kamera..

ya ..terima kasih Zakiah hanum...rajin ya singgah sini hehe

salam singgah, anak anak tadika saya pun dah start exam hari ni. moga dipermudahkan semuanya

Wa sempat lagi promosi elken spirulina kan cikgu tuza..;)

Adoi nama kucing pun putih melati ye cikgu..hihi...
Lagu fav cik akak nie..hahaha..
Kat sekolah cik akak pun....tengah ujian akhir tahun nie.....
Semoga berjaya dunia akhirat...

#rumah cik akak tak de bela kucing...sebab cik akak takut kucing...hihi..

semoga berjaya diucapkan kepada aliya...comel kucing2 tu :)

Putih Melati..comel je nama kucing Etuza.

Semoga berjaya aliya....wow comelnye kucing..putih..melati..mcm nak nyanyi laaa..putih2 melati merah2 delimaaa..siapa yang baik hati..hehehe

semoga mereka success...doa dari parent itu senjata

aduss..putih melati...berapa usia skrg?

good luck utk.anak2 yg exam tu

comelnya kucing nama pun comel... wahh.terbaik kucing cikgu mkn sprilina tu

Sesi persekolahan dah sampai kepenghujung, good luck buat adik2 semua..

Gayanya dah berminggu saya menyepikan diri.. berpuluh entri lagi yang tak sempat baca, lain kalilah saya sambung..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (454) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (392) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (234) Pendidikan (221) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (186) Hadiah (164) Pelancongan (144) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (109) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (76) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger