Refresh Entri Hits Sept - Okt Di Blog Etuza 2015 ( KR 2 - Selesai )

Refresh Entri Hits Sept - Okt Di Blog Etuza 2015

Tiga Entri Top Sept - Okt 2015 Di Blog Etuza
     Tertanya Etuza kenapa tiga Entri yang bertajuk di atas gambar itu begitu hits atau top paling top di blog Etuza. Top di blog Etuza saja ya, tidak mungkin top di blog orang lain. Ego kan bercakap, pasal Entri ni hanya ada di blog Etuza kan itu rasionalnya lah. Untuk lebih jelas tiga Entri tu ialah:-

2. Mustaqim Anak Blogger Semakin Membesar ( Klik )
3. Lagu Hits Lalu Kembalikan Nostalgia Blogger Dari Sabah ( Klik )

   Sebagai bloggers kita secara logiknya perlu juga membuat kajian tentang Entri yang tiba-tiba meletup dalam blog kita. Apa kah yang pembaca maya ingin tahu tentang catatan di blog kita hingga mencapai ribuan klik atau VIEW sedangkan artikal lain seolah semput menanti klik para pembaca maya. Ada artikal kita dalam sehari hanya merai 20 klik VIEW saja seharian. Rasa semputkan, itu pada blogger yang nampak prestasi grafik blog kita dalam papan pemuka (Dashboard )kita. Sejujurnya Etuza suka melihat prestasi blog. Sebab dengan cara kita perihatin hal persetasi blog kita ada suntikan agar terus berkarya melontarkan informasi yang menyenangkan pembaca maya.

Hasil Kajian Analisis Etuza

Entri 1 - Kata Kunci / Ucapan Hari Raya

Hasil kajian analisis Etuza pembaca maya pada bulan September 2015 ramai klik di search Google tentang Kad Ucapan hari Raya aidil Adha 2015, serta ramai pembaca yang mencari informasi tentang hari raya korban. Keyword atau kata kunci pada tajuk entri Etuza begitu dekat dengan SEO carian hal hari raya haji maka kemungkinan pembaca terklik secara sengaja atau tidak entri Etuza di Google yang kelihatan bersaing dengan entri hal hari raya haji dari blogger lain. 

Entri 2 - Kata Kunci / Anak Blogger

Entri kedua, mengenai anak lelaki Etuza bernama Ibnu Mustaqim, yang menjadi ikon imej " Mustaqim Anak Blogger Semakin Membesar" Kata kunci Anak blogger kemungkinan menjadi perhatian pembaca maya, mereka ingin tahu anak blogger siapa gerangannya yang sedang membesar dalam carian search Google. Etuza terasa lah pembaca ini tertarik hendak klik tajuk ini berdasarkan andaian Etuza bahawa pembaca hendakkan tips bagaimana membesarkan anak-anak. mereka hendak cari ilmu tentang penjagaan anak-anak. Selain itu Etuza ada mengaitkan gambar header kelihatan anak kecil lelaki yang Etuza peluk itu adalah Ibnu Mustaqim yang kini sudah mencecah 13 tahun.

Entri 3 - Kata Kunci / Hits dan Nostalgia Blogger

Entri ini ada kaitan dengan lagu hiburan semasa, apa lagi ada Etuza kaitkan dengan perkembangan AF 2015 dengan tampilan wajah artis AF yang bersuara merdu iaitu Syamel. Etuza kira entri ini biasa biasa sahaja tetapi imej original dari Etuza itu benar-benar mengejutkan Etuza sehingga Entri ini 3 minggu bertakhta dalam post popular di laman Etuza. Tidak dinafikan naluri masyarakat ini sebenarnya inginkan hiburan yang mampu menyeronokkan mereka. Sebab itu entri apa saja hal dunia hiburan pasti HOT atau HITS di mana-mana blog individu. Sayang Etuza tak berapa sinonim dengan entri dunia hiburan walaupun blog Etuza memaparkan pelbagi genre penulisan.

Nasihat Etuza Kepada Teman Bloggers.

1. Cari lah kata kunci ( keyword ) pada tajuk Entri jika hendak entri itu SEO di internet maya. Pasti mudah hendakkan trafik naik di blog anda.
Fikirkan apa tajuk yang boleh memancing search enjin carian di google.

2. Jika kita hendak belasah sahaja tajuk akan mengakibatkan blog kita tiada di jenguk oleh pembaca lain selain blog list kita. Apapun bukan menjadi kepentingan utama kita hal ini dalam hobi kita berblog. Namun seronok jika trafik naik ribuan view. Hidup blog kita.

3. Kreatifkan penulisan, susun dan perhatikan agar kelihatan lebih kemas dan menarik perhatian pembaca. ( Etuza juga sedang belajar memperkemaskan cara penyampaian catatan di blog ) Baru SEO entri kita sepanjang hari sepanjang minggu atau sepanjang masa dalam talian maya. Satu perkongsian yang lebih kepada TIPS berblog dan tips entri SEO klik di online maya. Sebagai contoh VIEW pada Entri blog seperti SINI kita dapat lihat. Malangnya ini blog LysSa Faizuren, boleh saja jadi blog panduan kita.


Pernah ke anda di hargai oleh teman bloggers klik SINI untuk melihat blogger beri penghargaan itu.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. mmg kalau blog pasal hiburan ni laku macam pisong goreng panas.... Andaian cikgu tu ada betulnyakan... pa2 pun selamat maju jaya cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikhwan ada masa nak cuba buat entri hiburan yang terkini...bukan selalu..naik trafik blog pastinya

      Padam
  2. Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian..betul dan setuju sangat kata kunci itu sangat memainkan peranan penting untuk meningkatkan traffic view..apa pun kita lakkanlah sehabis baik..selebihnya serah pada DIA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger kena jujur dalam penyampaian ..point dalam catatan harus yang sahih. Sebab itu kita kena berserah pada Allah selepas melontarkan idea d blog. Kita tidak mahu di cop blogger yang tiada panduan dan tidak ikut landasan kan PC

      Padam
  3. tahniah. CF dah lama tak tengok berapa view entri2 lama. huhu.

    BalasPadam
  4. terima kasih cikgu di atas perkongsian...

    tengah belajar lagi ni...

    BalasPadam
  5. kata kunci amat penting untuk entri. Mudah untuk orang datang ke blog kita. Perkongsian yang baik dari Etuza

    BalasPadam
  6. Kemahiran mencari kata kunci yang dicari itu pula yang agak sukar terutamanya dengan persaingan dari ramai blogger-blogger hebat..

    BalasPadam
  7. wah, anak blogger pun boleh top ye. hehehe..

    okay2 saya akan follow nasihat cikgu. terima kasih :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.