Ramlee Jalimin Jainin, Tokoh Penulis Dari Pedalaman

Ramlee Jalimin Jainin, Tokoh Penulis Dari Pedalaman  
     Etuza ada menemui penulis terkenal di Pedalaman Sabah iaitu Encik Ramlee J Jinin. Beliau aktif menulis sejak lama, dan masih teruskan perjuangan menulis dalam berbagai genre seperti cerpin dan novel. Etuza kagum dengan semangat beliau yang kaya dengan ilmu penulisan.Bergabung tenaga juga dengan Dewan Bahasa & Pustaka Sabah.

Baru-baru ini keluar cerpin beliau bertajuk "Kalabatu" dalam Daily Express akhbar di Sabah. Etuza melihat penulis ini seorang lelaki yang tenang dan sarat dengan ilmu. Beliau ada menceritakan kepada Etuza bahawa beliau baru juga kembali dari Indonesia menyertai rombongan Penulis Asia ke Indonesia. Hebat sekali. Selain itu Ramlee JJ ini juga seorang yang berjawatan Guru Besar di Sekolah Meninipir, Keningau, Sabah.Etuza sebenarnya sempat bersama penulis ini dalam Kursus Pentaksiran Pendidikan Moral Tahun enam di Sekolah Menengah Gunsanad 2 Keningau sept 2015, Sabah. Etuza sangat gembira dapat bertanya serba sedikit tentang penulis terkenal ini. 
Gambar - gambar Penulis terkenal Di Pedalaman Sabah
Ramlee Jalimin Jainin
Ini Biodata Dalam Cerita Yang Etuza Copy Dari Laman  Abd Naddin 

“Saya menulis mulai tahun 1977.Waktu itu saya lebih cenderung menulis rencana dalam majalah sarina, menggunakan nama R.Jalimin Jainin.,” katanya.Ketika itu, beliau pernah menulis artikel mengenai beberapa faktor kemunduran bumiputera di Sabah, dan disiarkan dalam akhbar Bacaria. Selain itu, beliau juga pernah menulis dalam Mingguan Islam, “tapi tidak lama, hanya empat keluaran sahaja,” katanya.

Dalam bidang puisi pula, Ramlee Jalimin Jainin sudah menghasilkan lebih 200 puisi. Beliau mula menulis puisi sejak tahun 1979. “Yang sebetulnya, saya banyak menulis berkaitan bidang pendidikan, dunia guru dan pelajar dan sebagainya”. Begitu juga cerpen, walaupun jumlahnya tidak banyak, sekitar 10 cerpen tetapi beliau banyak menyingkap bidang perguruan. 


Kita menulis mengenai perasaan dan fikiran kita mengenai alam sekeliling kita, menghasilkan puisi-puisi yang akrab dengan guru,” katanya lagi. Tokoh penulis dari pedalaman ini dilahirkan di Kampung Bayangan Keningau pada tahun 1959.Beliau mendapat pendidikan awal dari SK Binaung 1965-1968, dan SK Luagan 1969-1973. Selepas itu di GPS Bingkor 1972, SMK Gunsanad 1973-1977 dan Maktab Perguruan Kent Tuaran 1980-1981. Antara sekolah yang pernah menjadi tempatnya berbakti ialah SK Paitan, SK St James Keningau, SK Bunga Raya Keningau dan kini beliau menjawat jawatan Guru Besar SK Karamatoi.


Di Petik Dari Laman INI sila Klik.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Kebanyakan penulis berasal dari seorang guru kan...

    BalasPadam
  2. Bestnya jumpa org yg byk pengalaman dlm penulisan..boleh dengar pengalaman dia dan minta tip penulisan kn...

    BalasPadam
  3. Keningau area pendalaman kan...
    Best kalau minat kita menulis...cik akak nie teringin nak menulis novel..
    Tapi...asyik kandas je dengan ayat pertama..hahahaha

    BalasPadam
  4. Seronok kalau dapat berjumpa dengan orang yang banyak ilmu dan kita boleh mengambil inspirasi dari beliau

    BalasPadam
  5. Wah cikgu boleh jadikan beliau sebagai sumber inspirasi..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.