Pesona Keperibadian Nabi SAW

Tazkirah Pagi Isnin
Nabi Tidak dapat Tidur

     Pada suatu malam Nabi SAW. tidak dapat melelepkan matanya.Nabi berguling ke sana ke mari, namun mengantuk tidak juga, lalu isterinya bertanya.
               "Mengapa tidak boleh tidur. Ya Rasulullah?"

Nabi SAW menjawab.
                "Ada sebiji tamar, terletak di suatu tempat tadi, kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya. Sekarang aku menyesalkerana buah tamar itu dihantar ke mari untuk disedekahkan kepada orang - orang miskin"

Buah kurma yang nabi makan mungkin kepunyaan beliau sendiri. Tetapi oleh kerana para dermawan biasanya menghantarkan sedekah mereka ke rumah Nabi untuk dibahagi - bahagikan oleh beliau sendiri, perbuatannya memakan buah tamar itu telah telah menimbulkan keraguan dalam hatinya. Demikiannlah ketelitian Nabi mengenai sesuatu yang dilakukannya.

Bagaimana pula dengan keadaan kita sekarang? Ada di antara kita yang memakan benda haram tanpa kesangsian  dan ketakutan. Semoga tazkirah ringkas pagi isnin ini mampu membuat kita berfikir akan di mana punca segala makanan dan minuman kita. Kita berharap agar sumber yang kita makan dan minum itu semuanya dari sumber halal dan tidak meragukan. 

Panduan di sini ialah sekiranya bahan yang kita dapat itu seperti makanan meragukan dari mana elok kita pastikan dahulu datangnya dari mana, agar kita tidak ragu dan rasa bersalah memakan atau menggunakannya. Salam hormat, niat kan hari ini semoga Allah beri yang terbaik dari semalam.

Hal gambar dalam laman sosial KLIK SINI

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Begitu mulianya hati baginda ,
    Alangkah moleknya dicontohi kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. subahanallah Sal, Nabi kita amat mulia dia lah contoh teladan ikutan menjadi sunnah umat Islam

      Padam
  2. Alhamdullilah satu perkongsian yang terbaik. Jadikan Rasullullah sebagai idola dan panduan dalam hidup kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul CIKpinz kita jadikan amalan nabi tu ikutan role model paling terbaik

      Padam
  3. Betapa keperibadian baginda tidak ada tolok bandingnya
    Baru sebiji tamar tu, bagaimana dgn mereka yg rasuah duit berjuta-juta tanpa segan-silu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nabi SAW insan luar biasa kekasih Allah..kita beruah dapat ikut sunnah nabi biar bukan semua tetapi cukup kita kuat meyakinkan diri pada Allah ..Nabi SAW insan yang kamil

      Padam
  4. waalaikumussalam. terima kasih abg ETUZA atas perkongsian

    BalasPadam
  5. terima kasih di atas perkongsian ini...

    semoga kita pun menjadi macam Nabi SAW..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah..kita pastikan makana minuman tu halalan

      Padam
  6. assalam...hmm perlu difikrkan banyak kali sebelum memasukan rezeki makanan ke mulut.drpd sumber yg hak..walau kita bukan nabi yg maksum tapi dosa pahala tetap ditulis n dikira malaikat pencatatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahuakbar PI..benar sekali tu...alhamdulillah rasanya kita adalah umat nabi SAW yang mampu mempastikan yg makanan rezeki halal dan haram..terima kasih ya PI

      Padam
  7. Subhanallah..tidak semua milik kita adalah hak kita..dan apa yang kita miliki sebolehnya pastikan halal dan suci..kerana bakal menjadi darah daging..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kata2 menyatakan halalnya rezeki maka daging dalam badan kita juga sihat ..terima kasih mesej yang baik ni dari PC

      Padam
  8. sudah tidak di ragukan dan tidak ada yang memungkiri betapa Nabi Muhammad SAW adalah pribadi yang mulia, dan kita umatnya wajib mengikutinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah C Thea..kita mohon agar kita dapat syafaat Nabi Allah ni

      Padam
  9. bandingkan peribadi Rasulullah dgn para pemimpin sekarang...

    BalasPadam
  10. Kita, pada zaman ini, malah menyesal sebab tak makan/guna apa pun yang melintas depan mata..:(

    BalasPadam
  11. Peringatan untuk aiza juga.. Mesti jujur&ikhlas di dalam melaksanakan tugas atau kerja yang diamanahkan..

    BalasPadam
  12. okay. tersentap. entah apalah kita makan selama ni. masha ALLAH. takut pula -.-

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.