Pesona Keperibadian Nabi SAW

Pesona Keperibadian Nabi SAW

Tazkirah Pagi Isnin
Nabi Tidak dapat Tidur

     Pada suatu malam Nabi SAW. tidak dapat melelepkan matanya.Nabi berguling ke sana ke mari, namun mengantuk tidak juga, lalu isterinya bertanya.
               "Mengapa tidak boleh tidur. Ya Rasulullah?"

Nabi SAW menjawab.
                "Ada sebiji tamar, terletak di suatu tempat tadi, kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya. Sekarang aku menyesalkerana buah tamar itu dihantar ke mari untuk disedekahkan kepada orang - orang miskin"

Buah kurma yang nabi makan mungkin kepunyaan beliau sendiri. Tetapi oleh kerana para dermawan biasanya menghantarkan sedekah mereka ke rumah Nabi untuk dibahagi - bahagikan oleh beliau sendiri, perbuatannya memakan buah tamar itu telah telah menimbulkan keraguan dalam hatinya. Demikiannlah ketelitian Nabi mengenai sesuatu yang dilakukannya.

Bagaimana pula dengan keadaan kita sekarang? Ada di antara kita yang memakan benda haram tanpa kesangsian  dan ketakutan. Semoga tazkirah ringkas pagi isnin ini mampu membuat kita berfikir akan di mana punca segala makanan dan minuman kita. Kita berharap agar sumber yang kita makan dan minum itu semuanya dari sumber halal dan tidak meragukan. 

Panduan di sini ialah sekiranya bahan yang kita dapat itu seperti makanan meragukan dari mana elok kita pastikan dahulu datangnya dari mana, agar kita tidak ragu dan rasa bersalah memakan atau menggunakannya. Salam hormat, niat kan hari ini semoga Allah beri yang terbaik dari semalam.

Hal gambar dalam laman sosial KLIK SINI

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

23 ulasan

Begitu mulianya hati baginda ,
Alangkah moleknya dicontohi kita semua.

Alhamdullilah satu perkongsian yang terbaik. Jadikan Rasullullah sebagai idola dan panduan dalam hidup kita.

Betapa keperibadian baginda tidak ada tolok bandingnya
Baru sebiji tamar tu, bagaimana dgn mereka yg rasuah duit berjuta-juta tanpa segan-silu.

waalaikumussalam. terima kasih abg ETUZA atas perkongsian

terima kasih di atas perkongsian ini...

semoga kita pun menjadi macam Nabi SAW..

assalam...hmm perlu difikrkan banyak kali sebelum memasukan rezeki makanan ke mulut.drpd sumber yg hak..walau kita bukan nabi yg maksum tapi dosa pahala tetap ditulis n dikira malaikat pencatatnya...

Subhanallah..tidak semua milik kita adalah hak kita..dan apa yang kita miliki sebolehnya pastikan halal dan suci..kerana bakal menjadi darah daging..

sudah tidak di ragukan dan tidak ada yang memungkiri betapa Nabi Muhammad SAW adalah pribadi yang mulia, dan kita umatnya wajib mengikutinya

Halalan dan toyibah...

subahanallah Sal, Nabi kita amat mulia dia lah contoh teladan ikutan menjadi sunnah umat Islam

Betul CIKpinz kita jadikan amalan nabi tu ikutan role model paling terbaik

Nabi SAW insan luar biasa kekasih Allah..kita beruah dapat ikut sunnah nabi biar bukan semua tetapi cukup kita kuat meyakinkan diri pada Allah ..Nabi SAW insan yang kamil

sama sama JM milkx...semoga dapat manfaat

InshaAllah..kita pastikan makana minuman tu halalan

bandingkan peribadi Rasulullah dgn para pemimpin sekarang...

Allahuakbar PI..benar sekali tu...alhamdulillah rasanya kita adalah umat nabi SAW yang mampu mempastikan yg makanan rezeki halal dan haram..terima kasih ya PI

ada kata2 menyatakan halalnya rezeki maka daging dalam badan kita juga sihat ..terima kasih mesej yang baik ni dari PC

InshaAllah C Thea..kita mohon agar kita dapat syafaat Nabi Allah ni

betul pastikan yang halal..ya Iryanty

Kita, pada zaman ini, malah menyesal sebab tak makan/guna apa pun yang melintas depan mata..:(

Peringatan untuk aiza juga.. Mesti jujur&ikhlas di dalam melaksanakan tugas atau kerja yang diamanahkan..

okay. tersentap. entah apalah kita makan selama ni. masha ALLAH. takut pula -.-

peribadi yg patut d contohi

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger