Pesona Blog Dunia Cik Akak & Kepuasan Berblog Itu Abstrak

♥ Realiti & Fantasia Cinta ♥ Blogger Sarawakian, Infomasi, Lifestyle, Drama Online, Novel Online, Tips Nuffnang, Tips/Petua, Sukan & Ayat Jiwang
Ini Grafik View Setiap hari Blog Cik Akak..hampir 20,0000
Ini baru mencanak tinggi..
Assalamualaikum semuanya. Semoga sihat dan alhamdulillah pastinya semua telah menunaikan solat subuh yang baru sahaja berlalu. Syukran..doa yang baik-baik inshaAllah Allah beri yang baik-baik. Allah suka hambaNya yang berdoa meminnta padaNya apa juga kebaikan serta rezeki. 
Dua hari yang lalu Etuza menerima jemputan melalui komen agar datang klik dan baca di blog Cik Akak. Etuza rasa tidak sabar hendak terjah blog dia waktu itu tetapi Etuza kesuntukan waktu yang terbaik hendak ke laman Cik Akak. Blogger wanita yang sangat-sangat bersopan santun.Hebat peribadi dia dan sangat merendah diri. Baik sungguh hati dia. 

Etuza klik lah seterusnya apa entri Cik Akak dalam blog, biasa kita blogger akan letak satu domain bagi memudahkan pengunjung kesan dan klik entri kita yang kebiasaannya dalam ruang domain galeri atau arkib catatan. Wow!!! terkejut Etuza tersenarai dalam kaca mata blogger Cik Akak sebagai 44 Blogger Sporting yang ditulis oleh Cik Akak menerusi kajiannya. Jarang blogger buat kajian sebegini.Sangat bagus sebenarnya. Tahnia pada Cik Akak.Untuk lebih lanjut cuba klik entri ini ( Jom Sembang Blogger Hari-2 Bersama 44 Blogger Sporting) Cik Akak kata 44 blogger sporting itu merujuk kepada setiap hari updated blog ini.Wow!!!! naik semangat Etuza tau hendak berblog dan terus jadikan blog Cik Akak bloglist di blog Etuza. Menarik jarang Blog Etuza mendapat penghargaan sebegini. Terima kasih Cik Akak.

Jom Sembang Blogger Hari-2 Bersama 44 Blogger Sporting (mungkin url anda tersenarai)

Entri baru Cik Akak juga amat bagus. Sangat Etuza menyetujuinya. Memetik katanya "Gempak sebagaimana pun pageview,..,tapi tiada komen...memang umpama blog tidak bernyawa" Etuza sejujurnya tidak menafikan bahawa ruangan komentar itu antara lain yang akan kita lihat yang akan kita ambil jalan untuk meninggalkan jejak kita di blog kegemaran. Baiklah jika ada kesempatan anda klik lah blog Cik Akak kita ini. Pasti ada sesuatu yang anda rasa kelainan pada blog dan blogger bernama Cik Akak.


Ucapan Untuk Cik Akak, Terima Kasih
ada kesan naik followers Blog Etuza

Kepuasan Berblog Anda Pada Kedudukan Apa  ( Pendapat Etuza )

1. Semua orang yang ada blog inginkan blog itu dikenali ramai. Sebab itu kita cari followers banyak-banyak. Dengan follower puluhan ribu maka blogger itu akan puas berblog, walaupun tanpa sebarang komentar dia sudah berpuas hati.Kesimpulannya blogger sebegini hanya mahu mengumpul followers beribu berjuta jika tercapai setimpal dengan usahanya dia dah puas hati.

2. Blog sedikit followers tertapi entri meletup ( Meletup sangat meletup)Hingga grafik naik rangking kerana pageview melonjak tinggi. Ini disebabkan entri semasa yang dibuat menarik cara penyampaiannya disertai pula gambar yang sangat menarik kelihatan. Bila naik pageview naik grafik blogger ini sudah berpuashati. Tetapi komentar tidak seberapa. Blogger ini sudah berpuashati apabila ramai pembaca datang membaca entri meletup di blog dia. 

3. Blog terkenal dengan informasi terkini dan semasa yang sentiasa diklik oleh pembaca maya. Dalam blog sarat dengan kepelbagaian sumber seperti antaranya IKLAN Job dan kerjaya. IKLAN PRODUK kesihatan kecantikan. BLOG WANG memang blog sebegini naik grafik pageview sangat ramai. Jutapun ada Etuza kira kerana kita akan dapat lihat jumlah online direct terus ke blog terkenal ini.Pemilik blog seperti ini sudah sangat berpuas hati.Disamping entri lain di blognya yang sangat menarik perhatian serta bermanfaat kepada masyarakat maya.

4. Tetapi kepuasan pada Etuza ialah merangkumi semua iaitu:-
4.1. Etuza mahukan followers ramai sampai bila-bila tetap mahu selagi ada yang mahu follow. Etuza mahu ada komentar dalam blog. Jika tiada komen sepi hidupku sebagai blogger maya yang indah ini.
4.2 Etuza mahu dikritik Etuza mahu belajar dari kesilapan berblog. Komen yang membina atau kritik untuk mengajar Etuza amat Etuza harapkan, dengan ruangan komen itu kita tahu sejauh mana orang menilai blog kita entri semasa kita.
4.3. Etuza mahu blog Etuza bergambar berimej agar lebih menarik, Etuza selalu katakan bahawa tubuh badan kita tanpa cacat, kita miliki kerjaya, kita miliki yang memang Allah berikan kepada kita sedikit sebanyak kita kongsikan kepada orang lain kerana semua itu dari Allah, kita pinjam sementara dan itu cara Etuza mengaggungkan kehebantan kuasa Allah. Ada orang malu dan rasa hina dirinya. Sedar kah kita bahawa bila kita sendiri hina diri kita, dan ada orang lain keji kita, kita sebanarnya sedang hina Allah yang takdirkan diri kita sebegitu dan sebegini. Bersyukurlah berilah pujian kepada Allah. Kita memuji bunga yang indah sebenarnya kita sedang memuji Allah yang ciptakan bunga itu
4.4. Etuza mahukan blog Etuza naik grafik pageview ramai kerana dengan grafik tinggi blog kita telah tampil menyumbangkan ilmu jika ada kepada masyarakat umum.
4.5. Etuza mahukan Blog Etuza kaya dengan entri yang menarik bermanfaat kepada ramai orang, sekurang-kurangnya menjadi bahan bacaan kepada individu tertentu. Dan banyak lagi sebenarnya keperluan kita dalam blog sehingga kita merasa berpuas hati.

Bagaimanapun kepuasan berblog ini sebenarnya terlalu abstrak. Setiap individu mempunyai citarasanya sendiri. Sebab itu kita jauh dapat menilai orang lain. Tetapi tanyalah diri sendiri, kepuasan yang anda ada bagaimana. Akhir sekali, sebagai manusia kita tidak sempurna, kita tidak akan selalu berpuas hati. Kerana kesempurnaan yang total adalah milik Allah. Berbloglah kita dengan aman dan cara kita. Niat kita hanya ingin menulis kalau ada ilmu dalam entri kita ucapkan syukur alhamdulillah.Salam hari sabtu. Semoga seronok hari ini dengan menjalani kehidupan dengan cara harmoni aman dan damai.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Juga tersenarai di blog cik akak.
    masing masing punya pendapat masing masing.
    kadang jika follower ramai, kita rasa boleh menyetuh lagi ramai hati manusia melalui entry kita.

    one way of seruan dakwah. pendapat saya lah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahnia ya TKK..ya betul entri sangat penting. Perkara kedua follower dan lain2 dalam blog

      Padam
  2. Asalamualaikum cikgu...betul tu cikgu..blog tanpa pengomen memang umpama tak bernyawa...jom blogwalking ;-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam iryanty...seumpama begitu tetapi paling penting Entri blog ada maka tak apa ada pembaca maya cara begitu juga blog lebih terkenal..

      Padam
  3. Setuju dengan Etuza kepuasan berblog itu abstrak. Mrs. A pernah terjumpa ada blog yang tak buat ruangan komen sebab masa tu bila Mrs. A nak komen tak boleh pastu tengok semua posting dia memang takde komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya Mrs A..blog terkenal walaupun x ada komen sebenarnya..Etuza sendiri akuinya dan ada drop komen walau pemilik blog tersebut x layan komen kita.Kerana entri dia kita merujuk..ambil panduan

      Padam
  4. Ya Allah....ada entri pautan bersautan..terima kasih cikgu....cik akak sokong apa yang dinyatakan dalam setiap perenggan entri. Apa yang penting..kita sentiasa hormati setiap penulisan kita...ikhlas kita penulisan....tak kira banyak mana isi...atau sekadar bermadah2... tapi semua itu melambangkan kita...siapa kita dalam alam maya..

    Apa yang cik akak buat nie pun...salah satu cabang untuk cik akak bertegur sapa dengan blogger yang cik akak tak pernah kenali.. tak sangka .....mereka sentiasa sporting dengan apa yang cik akak lakukan.....

    BalasPadam
  5. assalam cikgu n3 yg sgt menarik..didoakan cikgu sukses capai impian cikgu dlm blogging...

    BalasPadam
  6. belum pernah terjah blog cik Akak tu..tapi kalau lihat pageview cecah uluhan ribu setiap hari mgkin sotry yg di share sgt menarik

    BalasPadam
  7. kalau up entri setiap hari tu, ofcoz JM x boleh masuk dalam list...kalau seminggu 1 entri yes itu baru JM namanya heee...itu sbb pageview seribu je ;p

    BalasPadam
  8. betul lah setiap blogger mahukan follower yg ramai dan kalau boleh bilangan yg tggalkan komen juga byk..bg JM...bila ada yg tinggalkan komen boleh tambah bilangan kenalan di alam maya

    BalasPadam
  9. tetai agak sukar untuk mendapat reader yg setia terutama blog JM yg hanya berkisar kisah travel, x ramai yg minat travel...tetapi until now bersyukur keranaa masih ramai follower dan reader yg setia

    BalasPadam
  10. Setiap orang pasti ada tujuan ketika menulis blog.. Kini aiza menulis apa yang aiza suka untuk dikongsi dengan orang lain..

    BalasPadam
  11. Follower Cikgu dah 351, alhamdulillah makin meningkat..

    BalasPadam
  12. Cikgu rajin update blog, x terkejar dek saya nak datang selalu..

    BalasPadam
  13. Pasti pageview Cikgu mencanak tinggi skrg ni..

    BalasPadam
  14. Sekali lagi entri ni naik rangkingh di resnt post blog Etuza

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.