Elakkan Baju Bercorak Imej Binatang Ke Masjid Atau Surau

Pesanan & Pedoman Sebelum Ke Masjid Atau Surau


   Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

  Pagi subuh ini, Etuza hendak mengkongsikan pesanan dari AJK pengurus Masjid Ar Rahim pada hari jumaat lalu bersamaan 16hb Oktober 2015. Pesanan dan pedoman ini diumumkan sebelum azan dan diumumkan oleh seseorang yang amat Etuza kenali iaitu En. Dennis Wong atau nama muslimnya Hadi Abdullah. Dia berkopiah putih dan berbaju kurta putih. Subahanallah hingga ke tahap ini iman dia dan ukuhuwa dia. Syukran sewajarnya yang mualaf harus terus belajar mendalami Islam yang addin.

Pesanan & Pedoman Itu.

" Saya hendak berpesan agar pakailah baju yang elok dan bersih bila ke Masjid atau Surau, elakkan tersalah pakai pakaian yang bercorak imej binatang seperti anjing dan sebagainya"

" Solat jemaah Jumaat minggu lalu didapati ada jemaah yang memakai pakaian bercorak binatang iaitu imej anjing. Kita hendak buat teguran untuk kebaikan bersama dan semoga solat Jumaat kita diterima Allah" InshaAllah. Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatu.

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Balasan
    1. semoga infor ini viral seketika..untuk niat beritahu apoa yang baik apappun sudah sedia maklum hal ni kan aRz

      Padam
    2. betul tu..adab berpakaian pun mesti dijaga

      Padam
    3. Nampak sangat tu tak beradab...

      Padam
  2. selain dari baju bercorak yang tidak elok, kebersihan diri juga perlu dijaga elak ketidakselesaan jemaah di sebelah contohnya bau rokok, bau mulut yang kuat, sebab itu disunatkan berwangi wangian

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu aRz..inshaAllah akan selalu memperbaiki solat dan pakaian kena jaga kebersihan biar yang tak ada corak pun ok..

      Padam
  3. Kalau imej binatang seperti anjing memang tak sepatutnya kita sebagai Muslim memakainya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga yang pakai baju macam tu ya..Satu lagi ada yang pakai baju jenama arak contohnya Budweiser...Kalau tak tahu memang orang itu akan pakai sahaja baju tersebut..

      Padam
    2. Satu lagi baju kelab bola sepak luar negara, banyak imej yang tidak sesuai di baju tersebut

      Padam
  4. betul tu cikgu.. Kalau ke masjid eloklah pakai pakaaian yg xde gambar daan tulisan... selain xelok boleh juga menganggu kusyuk solat org yg kan...

    BalasPadam
  5. betul tu cikgu.. Kalau ke masjid eloklah pakai pakaaian yg xde gambar daan tulisan... selain xelok boleh juga menganggu kusyuk solat org yg kan...

    BalasPadam
  6. betul tu..sila lah berpakaian sopan dan cantik...pakai jubah putih kan cantik...nak bertemu yang maha Agung tu Allah yang maha besar

    BalasPadam
  7. elakkan memakai baju bercorak begini.. pakaian kita mencerminkan siapa diri kita..

    BalasPadam
  8. berpakaian juga mestilah mengikut syarak. pakaian bergambar ni mungkin akan membuatkan fokus kita terganggu kerana gambar tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apatah lagi kalau gambar tu gambar yang pelik-pelik lagi lah hilang tumpuan..

      Padam
  9. Seeloknya kalau ke masjid, pakai baju plain kan cikgu, jadinya jemaah belakang pun selamat dpd berkata kata dlm hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hainom: Betul tu kalau tidak memang boleh menggangu kekusyukkan semasa solat.

      Padam
  10. Itu mungkin kera cetek ilmu nya. Memang kena selalu diberi peringatan disebabkan manusia ini mudah lupa.

    BalasPadam
  11. ramai orang sekarang kurang mengambil berat tentang adab berpakaian di masjid. Itu rumah allah, kita harus menghormati tempat suci.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.