Perjalanan Kembara Di Zoo Lok Kawi Wildlife Diteruskan #2

      Belum lagi berakhir kembara kami sekeluarga di Zoo Lok Kawi di Papar, Sabah baru - baru in sempena percutian bersama anak-anak tersayang. Banyak gambar liputan yang Etuza abadikan di Zoo Lok Kawi, Sabah ini. Biasalah kalau sudah ada kamera dan ada blog dalam minda itu ini sana sini menjadi topik di minda sebagai catatan di blog. Macam tamak haloba pula ya. walhal sebenarnya niat yang baik apa salahnya. 

Bukan kita punya alam ini, ini alam semulajadi adalah milikNya. Kita yakni manusia seketika sahaja menikmatinya dan memang hebat luarbiasa di Zoo Lok Kawi apabila olahan alam secara bertatasusila di buat oleh akal manusia. Inilah hasilnya tempat ini dikunjungi ribuan pelawat sehari untuk melihat aksi2 lucu, menarik dan subahanallah alam haiwan amat memukau hati Etuza serta kami sekeluarga.

Untuk anda tetamu ku di blog Etuza yang dihormati mari jom tengok2 dulu permulaan kembara kami selepas dapat tiket kemasukan sebanyak RM45.00 untuk kami lapan anak beranak. Untuk penerangan gambar inshaAllah Etuza akan buat kemudian. Sekarang ini hendak ke Wilayah Perpustakaan Keningau. Anak yang ambil PT3 ada study group ke sana. 
Salam ceria..jangan ke mana-mana ya teruskan blogwalking anda dahulu. 

Lepas dapat tiket macam tak sabar anak-anak terus ja tinggalkan Etuza nak sangat agaknya round
Zoo Haiwan hebat ni di Lok Kawi Papar Sabah..
Etuza ingatkan pada anda bahawa sepanjang jalan tiada sampah sangat bersih.Oleh itu harap tidak cuba membuang sampah
 sesuka hati anda...
Inilah barisan sangkar pertama di tepi jalan ke Zoo Lok Kawi,
Sangkar burung , sangat cantik dan menarik burung hantu pun ada tau!
Nampak tak information..ha kena baca tau!..
Chital ni ada di Osaka Jepun ..banyak nya kat sana..
Tak sangka ada di Zoo Lok Kawi Sabah ni..hebat tak!


Ha ambil gambar kenangan dekat rumah atau bangunan ini.
Ini Rumah pekerja2 di lok Kawi..

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Saya pun suka juga berkongsi. Cuma kebelakangan ni dah kurang bermusafir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kongsi edengan niat baik bukan hendak bangga apa yang ada ya

      Padam
  2. mahal juga harga tiket nya etuza, yelah kos penyelenggaraan yang semakin meningkat kan,namun keseronokkan bersama anak-anak tiada ternilai kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dewasa ja RM 10.00 ya bukan RM 45 seorang, bukan macam tu kanak RM 5.00 ja..

      Padam
  3. Berjalan2 sambil menikmati alam anugerah yg Maha Kuasa... Menarik Cikgu reviewnya.. InshaaAllah kalau berkesempatan ke sabah boleh cuba usahakan untuk pergi ke zoo ni. Harga pun berpatutan rm455 untuk 8orang... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikhwan rm 45 untuk 9 orang ya, bukan RM455. Kami dewasa...yang anak tingkatan lima rezeki dia RM 5.00

      Padam
  4. Mohon maaf ada kesilapan dari harga tiket ya ..nanti Etuza betulkan...silap lah pula kira ni

    BalasPadam
  5. Dah lama teringin nak bawa anak-anak ke zoo.
    Tapi belum ada kesempatan :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah akan ada masanya tu tunggu ja Allah izin kan ya F Shah

      Padam
  6. Intan follow sini ...
    Jangan lupa follow tau 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ke 307 kan Intan Nasir..ya ni kena jmput kena follow ..ni ..tqvm ya intan

      Padam
  7. Bestnya berjalan-jalan di zoo... teringin pula nak ke zoo ^-^

    BalasPadam
  8. dah lama saya tak ke zoo..dulu masa anak2 kecik2 lagi sellau bawa mereka ke zoo Taiping..dah besar2 ni susah nak cari waktu berkumpul bersama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya lah Kamsiah, ni pun masa cuti ambil masa bercuti gembirakan hati kakak ..dia mennagis kala hampir flight ke mesir..dah terubat sedikit tengok di Zoo..

      Padam
  9. Chital tu macam adik beradik pelanduk ya Etuza?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya sebangsa sejenis yang berlinan corak rasanya ..ni banyak kat sini Sani..

      Padam
    2. ya sebangsa sejenis yang berlinan corak rasanya ..ni banyak kat sini Sani..

      Padam
  10. Ekin g zoo taiping masa tu p jln2 rumah kakak ti jah last p

    BalasPadam
  11. Seronok pergi zoo ni. Last pergi zoo Taiping

    BalasPadam
  12. murahnya tiket masuk zoo tu tp skrg JM dh kurang minat masuk huhuhuh

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.