Pelindung Dari Api Neraka

Sedekah Pelindung Dari Api Neraka


Allah s.a.menjanjikan kepada orang yang bersedekah dengan ganjaran syurga dan sedekah adalah pendinding daripada api neraka. Sedekah juga dapat menjinakkan hati kita sekaligus membuang sifat sombong yang wujud dalam hati. Ia sebagaimana sabda nabi s.a.w. Muhammad iaitu:-

"Sesiapa yang sangup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah ) separuh kurma, maka hendaklah dia lakukan"

Dalam sebuah hadis lain yang dilaporkan oleh  Anas, baginda bersabda "Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu dari Jahannam"

Sebagai hambaNya yang kerdil,marilah lipat gandakan amalan yang sangat mudah ini iaitu bersedekah.Kepada siapa jika niat kita betul untuk mendapatkan keredahaanNya maka kita usah mengambil kira siapa orang yang kita beri sedekah sekalipun mungkin kepada haiwan semata.

Kenyataan surat siaran cuti kali ke 2 bagi sekolah terlibat ,nak baca klik SINI

Dipetik dari buku bacaan Keajaiban  & Kehebatan Sedekah ditulis oleh Muhammad Ali Imran Terbitan Pustaka Ilmuan.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Sedekah memang banyak hikmah nya..
    Senyum juga satu sedekah.

    BalasPadam
  2. In sha allah ~

    semoga amalan kita diterimaNya... aminnn

    BalasPadam
  3. insyaAllah cikgu... amalkan sedekah utk mengelak diri jadi bakhil...biar sedikit asal dpt membantu sesama kita..
    TQ atas ilmu cikgu :)

    BalasPadam
  4. assalam amalan bersedekah sangat besar fadilatnya tq perkongsiannya..cikgu.

    BalasPadam
  5. Tangan kanan memberi..jangan sampai tangan kiri tahu..itulah sebaik2 sedekah

    BalasPadam
  6. Sekecil kecil dan selemah lemah sedekah adalah doa..

    BalasPadam
  7. 3 perkara yang membantu kita ketika di kubur nanti.. anak yang soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah.. oleh itu jangan berkira untuk bersedekah..

    BalasPadam
  8. mari kita biasakan diri lakukan amalan mulia ni

    BalasPadam
  9. Semoga kita semua mendapat ganjaran syurga kerana rajin bersedekah

    BalasPadam
  10. Terima kasih di atas peringatan ini..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.