Pantun Melayu Kiasan Kata Yang Tersurat

Pantun Melayu Kiasan Kata Yang Tersurat

Pantun Nasihat
 Pantun Melayu

Selamat malam, apa khabar hari ini? Sudah dinner  ke atau tengah online dan meneruskan blogwalking anda. Apa juga aktiviti anda ketika ini pastikan keselamatan dalam rumah, agar tidak berlaku insiden yang kita tidak ingini. Etuza ingat di Daerah Keningau sejak akhir-akhir ini sering berlaku gangguan kuasa elektrik tanpa mengira waktu. Bagi orang kebanyakan penggunaan lilin harus dipastikan agar di tegakkan pada alat yang tidak mudah terbakar seperti botol kaca yang hendak di buang. ( Sempat menasihati pada diri sendiri dan orang lain yang suka kan nasihat ).

Pantun empat rangkap ini adalah ciptaan agak tergesa-gesar dari Etuza. Tergesa - gesa untuk terbitkan apabila line internet tidak lancar serta sangat memakan masa yang lama untuk menunggu loading internet. Dengan itu pantun ini agak tergesa - gesa di terbitkan. Pantun ini bukan Etuza tujukan kepada individu tertentu tetapi Etuza zahirkan diblog untuk tatapan semua untuk di baca dan dihayati. 

Tiada kaitan dengan sesiapa sahaja melainkan kita sekadar bermain kata madah, kata kiasa Pantun Melayu dan ingin menyampaikan satu unsur nasihat dalam Pantun Melayu itu.

Etuza mohon agar ada blogger yang membetulkan kesilapan dalam Pantun Melayu Etuza itu. Mohan agar dapat dimurnikan. Terutama Blogger Paridah.

Kepada blogger Iryanty Ahmad pemilik blog Belajar Untuk Sabar serta teman bloggers dan reader yang lain jemput baca penjelasan Etuza tentang makna pantun Etuza. Mohon kepada yang arif dapat dimurnikan untuk kita berikan frasa Pantun Melayu Etuza lebih manis dibaca.

Pandang Usah Rambang mata
Pilihlah Satu Sebagai Teman Ceriakan Hidupmu
Pandang Usah Rambang Mata
Jika tersalah Pilih Merana Hidupmu

Pantun Dari Blogger Paridah
* Hati Resah tidak terkata
*Rasa kasih ingin bertemu
* Pandang usah rambang mata
*Tersalah pilih merana hidupmu

( Pantun ini, bermaksud kita sebagai manusia usah terlalu rambang mata, apa dilihat semua suka dan akan mengambil atau membelinya tanpa sedar kita sudah habis duit dalam saku. Kalau dalam konsep mencari JODOH kita sebaiknya memilih satu diantara ramai pilihan. Pilih lah yang benar-benar kita berkenan dan serasi dan akan bahagia. Tetapi jika kita rambang mata, sekejap mahu dia, kemudian esok lusa mahu yang baru dijumpai, maka kita akan merana dan menderita akibat kita tersalah pilih, kerana hakikat sebenar kita dibezakan oleh sikap, iman dan keikhlasan )

Bunga Di Laman Indah Berseri
Menarik Sekali Bunga Baiduri
Usah Di Pandang Pada Yang Satu
Masih Ada Ruang Memilih Yang Satu

Pantun Dari Blogger Paridah 
* Bunga di laman indah berseri
* Cantiknya bunga intan baiduri
* Pilihlah yeman sebagai suri
* Sentiasa bersama menanti hari.

( Pantun ini, jika sekali baca memnag kurang difahami. Etuza maksudkan pantun ini iaitu, walaupun kita diminta memilih hanya satu yang terbaik tetapi kita harus akur masih ada peluang untuk kita membuat pilihan yang lain dengan cara terhormat. Kadang kala kita diuji memilih yang satu dengan lebih istiqomah bahawa ada yang lebih terbaik sebenarnya diantara banyak tetapi memerlukan kita bersabar usaha dan tawakal, pasti akan menemui yang satu jadi pilihan)


Pergi Ke Kebun Memetik Si Buah Cempedak
Buah Pilihan Yang Masak Ranum 
Bila Memilih Pilihalah Hati Yang Molek
Iman dan Taqwa Bersama Di Sulam

PantunDari Blogger Paridah
* Pergi ke kebun petik cempedak
* Buah dipilih masak penganan
* Hati diruntun hajat kehendak
* Yang dikasihi taqwa beriman

( Sebagai panduan untuk memilih pasangan hidup kita harus membuat perkiraan tentang keikhlasan hati kejujuran dan kasih sayang insan itu kepada kita. Tidak dinafikan bahawa ramai dikalangan lelaki mahupun wanita inginkan pasangan hidup yang terdiri dari insan yang kamil dan beriman kepadaNya. Pasti kehidupan dan kerukunan rumah tangga itu pasti akan kukuh dan sepanjang zaman)

Ucapan kepada blogger Paridah & Blogger Iryanty Ahmad

Etuza ucapkan  terima kasih banyak-banyak kepada blogger Paridah kerana membetulkan pembayang dan maksud yang lebih jelas kepada pantun Etuza yang asal. Etuza memohon maaf kepada blogger Iryanty Ahmad yang memberitahu Etuza tentang pantun karya Etuza ada sesuatu yang pelik katanya. Etuza sangat gembira menerima pandangan dari mereka, begitu juga JM. Sejujurnya Etuza semalam mahu terbitkan cepat hal entri bunga baiduri. Bila Etuza lihat kuntuman bunga itu kelihatan berwarna - warni maka Etuza terfikir membuat pantun.( Pantun tergesa-gesa) Nampaknya hari ini Etuza mendapat satu ilmu dari otai pantun dari blogger Paridah. Diharap blogger Iryantu Ahmad kini lebih faham pantun yang telah dimurnikan oleh blogger Paridah. Etuza memohon maaf atas kelemahan Pantun Melayu Etuza. Subahanallah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

18 ulasan

kalau ada banyak pilihan untuk di pilih biasa JM akan solat istikhoroh terutama bab pilih kerja atau buntu utk buat pilihan tetapi bab jodoh? sorang pun x de mcm mana nak pilih heheheh

pergi ke kebun memetik cempedak? bukan cempedak x boleh petik ke...heeee....saje nyakat cikgu Etuza

assalam pantun melayu ni ada formatnya tersendiri cikgu .. ada dua baris utk pembayang n dua baris utk maksud...kak pun xpandai sangat tapi setakat nak tolong edit sikit2 boleh jer heh..heh..

Hati resah tidak terkata
rasa kasih ingin bertemu
Pandang usah rambang mata
tersalah pilih merana hidupmu

Bunga di laman indah berseri
cantiknya bunga intan baiduri
pilihlah teman sebagai suri
sentiasa bersama meniti hari

Pergi ke kebun petik cempedak
buah dipilih masak penganan
Hati diruntun hajat kehendak
yang dikasih taqwa beriman

harap cikgu puashati dgn pantun segera kak ni..sebenarnya xder ilham nk murnikan pantun2 cikgu tu.

JM - InshaAllah tiap insan lelaki dan wanita telah ditetapkan olehNya , bila dan waktu bila tu Allah yang lebih tahu ya. Semoga Jm akan menemui insan yang dapat melindungi JM . Teruskan berdoa kepadaNya usah putus asa..

harap maknanya sama kan JM.memetik tu perbuatan akan memetik cempedak... Petik cempedak boleh juga .cempedak di sana buat cokodok kan..hehehe

harap maknanya sama kan JM.memetik tu perbuatan akan memetik cempedak... Petik cempedak boleh juga .cempedak di sana buat cokodok kan..hehehe

Wsalam PI..ooo ya baru sedar..memang ada pembayang dan maksud. Subahanallah ..nilah pantun yang hebat dari otai Pantun PI, terima kasih banyak2 ada pemurniaan. Sedap baca. terima kasih ya PI. Harap blogger Iryanti dapat rasa pantun hebat PI ini ya.

Mentari pagi bersinar indah
Memancarkan cahaya menerangi bumi
Pantun Paridah semuanya indah
Jasa Paridah kami hargai
( betul kah pantun ni...)

Maaf ye cikgu....yan bukan pelik apa cikgu..sebab biasanya pantun kan hujung nya bunyi sama...pantun cikgu bunyinya lain..maaf sekali lagi cikgu..maaf sangat2

Kak paridah punya pantun dapat yan rasa ....maaf ye cikgu...yan Dah faham pantun cikgu...

Betul tu kata kak paridah..pantun ada pembayang dan maksud..sebab tu yan pelik baca pantun cikgu..hujungnya tak kena...maaf ye cikgu

pandai cikgu etuza berpantun. arz tak mahir

semoga dipermudahka buat sis JM

tksh cikgu..kak rasa sebenarnya cikgu saja jer kata xreti berpantun tu...kak tengok molek jer indah pantun cikgu yg ditulis tu...berpantun sesuka rasa jer cikgu ..bermain bahasa menghibur duka..

Warisan melayu penuh dengan keunikan tersendiri. salah satunya pantun.. seronok sebenarnya bila tengok ada pertandingan berbalas pantun secara spontan, itu menunjukkan kreativiti seseorang.. saya tak pandai lar nak berpantun. kalau nak reka, sebulan baru siap satu pantun..

waaa....berpantun kita...sy pun xreti sgt berpantun...stakat utk kegunaan sndiri jer...hihihi

sungguh mendayu sayang berlagu
alunan suara penuh memikat
sungguh melayu memang begitu
kaya bahasa penuh tersirat

kat sini buat cempedak goreng x pernah plak buat cokodok hehehe

dah lama tidak berpantun sejak meninggalkan zaman persekolahan. Indah budaya kita. Harap kita dapat mempertahankan budaya bangsa dari ditelan zaman.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (435) Ceritaku (420) Berita (380) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (119) Sejarah (105) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Percutian (26) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Kucing (20) Perkahwinan (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger