Nuffnang Terima Kasih

Nuffnang Terima Kasih

CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS 

Sejujurnya Etuza tidak berani hendak membuat Entri hal Nuffnang, sebuah syarikat terbesar pengiklanan yang mendominasi laman sosial di internet.Untuk membuat entri hal Nuffnang secara ringkas dan apa itu Syarikat Pengiklanan Nuffnang di Malaysia ada Etuza buat tetapi untuk CPUV pada Iklan Nuffnang di laman Blog Etuza tidak pernah beri kenyataan. 

Kalau lihat gambar sedang  memegang dagu dan seperti sedang berfikir. Bayangkan seperti itulah lagaknya Etuza pada iklan Nuffnang di laman Etuza. Seolah Etuza ada berbagai andaian. Betul kah apa yang Etuza lihat dalam blog teman maya. Dengan gembiranya mereka kata ada bonus dari Nuffnang siap dengan cek lagi. Siapa lah tidak tertarik. Sekurang-kurangnya adalah rezeki kita berblogging. Sedikit pun amatlah bersyukur jika dapat.

Log In Akaun Nuffnang Berjaya Petang Ini.
Petang ini Etuza cuba lagi log in akaun Nuffnang Etuza. Sejak bulan Mac hingga Oktober Etuza gagal log ini. Kerana line internet tidak lancar. Mybe menyebabkan Etuza tidak tembus masuk ke laman Nuffnang pada akaun Etuza yang terdaftar. Amat terkejut semakin naik dan naik. View blog naik dan Unik Klik juga semakin bertambah. Ini lah semangat keberanian timbul pula dalam hati. Ya lah rupanya ini benda yang teman blogger kata itu. 

Ok Etuza akan tunggu payment pertama dari Nuffnang nanti.Seperti anda gembira begitu hendaknya Etuza. Namun bukan lah mengharap sangat, jika rezeki Etuza tidak kemana. Untuk anda Etuza akan klik dengan ikhlas Nuffnang di laman anda dan bolehlah juga anda klik Nuffnang Etuza itu. Kepada yang klik Nuffnang Etuza hingga ke hari ini terima kasih. Antara wajah yang Etuza lihat ialah Blogger Kamsiah dan Umi Alya serta ramai lagi yang Etuza belum kenali.

Nuffnang anda bagaimana? Pasti lebih hebat dari Etuza. Etuza baru belajar, banyak benda hal teknologi yang Etuza masih belum menguasinya. Berilah bimbingan pengetahuan kita kongsi sedikit ilmu. Pasti indah kehidupan kita.Terima kasih Nuffnang!! terbaik sekali.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

14 ulasan

tahniah Etuza, banyak earning tu :)

NUFFNANG NI PANTANG KALAU ADA KLIK FRAUD...JADI CIKGU JGN SUGGEST KWN2 KLIK IKLAN DI BLOG CIKGU NANTI SELAMBA JER NUFFNANG BLOCK PAYMENT...KAK DAH TERKENA.

Alhamdulillah tahniah cikgu..

Yan tak ada nuffnang pun cikgu..tak timbul2 iklannya..huhu

Tahniah, Cikgu! Moga semakin bersemangat utk berblogging :)

tahniah..alhamdulillah..:)

Tahniah....saya cuba juga letak iklan nuffnang...ada juga sikit....lepas tu dah tak bertambah-tambah...hehehe

Pn Paridah...apa itu fraud...

tahniah cikgu semoga dimurahkan rezeki

Tahniah..rezeki buat Etuza dan keluarga

Alhamdulillah rezeki berblogging..tahniah cikgu

Fraud salah satu penipuan, nuffnang dapat detect jika kita sengaja / berpakat klik iklan antara satu sama lain dgn tujuan nak dptkan duit.

Alhamdulillah rezeki Cikgu..

Lama dah sy x buka akaun nuff, gamaknya iapn dah merajuk kot..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger