Minda Apabila Bergelar Blogger

Minda Apabila Bergelar Blogger

Merenung Sejenak Minda Apabila Bergelar Blogger

    Angkat bakul sendiri, gelaran blogger bukan sesuai untuk Etuza yang hanya menulis di blog secara asas sahaja. Blogger yang sebenar adalah yang sepenuh masa dan hadap komputer siang dan malam. Blogger sebenar yang layak ialah yang peka apa sahaja even atau function walau di mana akan berada di tempat itu untuk rakam segala peristiwa dan sejarah yang berlaku melibatkan negara kita. Dari berita sedih, pelik, gembira dan pelbagai bentuk cerita yang original dan sebenarnya berlaku dalam dunia bloggers tersebut. Maafkan Etuza hanya meminjam kata blogger " Minda Apabila Bergelar blogger" Seketika di blog Etuza.Maafkan Etuza bukan blogger sebenar - benarnya.Tajuk entri itu untuk Seo Blog Etuza hari ini. tajuk paling sesuai ialah " Minda Apabila Memiliki Blog" Bagaimana minda yang Etuza maksudkan?

Minda Apabila Memiliki Blog.

Potret indah kemarin di satu Taman Bunga rumah
 seseorang di Keningau
 Etuza ada blog, blog bertema Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan atau Etuza Blog. Perasaan Etuza yang ada di minda apabila terbabit dalam berblog setiap hari.Terpanggil Etuza hendak kongsikan kerana perasaan ini seolah kuat menghantui minda Etuza.Sebenarnya begini.

1. Bila ada  blog, di minda ini ingin selalu ada Entri baru untuk menjadi tatapan pembaca maya di mana juga.Dengan itu rasanya minda Etuza agak aktif berfikir walaupun kini meniti usia.

2. Ada masa Etuza begitu tertarik mengambil gambar walau di mana-mana pergi. Seolah semua yang berlaku di depan mata suasana manusia, hiruk pikok kotaraya dan keindahan panorama alam amat membuat Etuza seronok untuk mengambil gambar, semuanya untuk bahan Entri di blog. Wah! bukan seronok kah tu. Setiap pergerakan kita ke mana pun akan kita lakar kenangan yang abadi seketika dalam hidup kita. Menarik rasanya hidup apabila kita menghargai apa juga rezeki yang Allah beri.Ukuhuwa dan semua yang kita lihat adalah berdasarkan rahmatNya bukan.Jadi perlu hargainya sebagai satu tanda kita bersyukur kepada Allah.

3. Sentiasa gembira dan bahagia sekali adanya teman penaman di alam maya. Seolah hendak selalu mendengar dan membaca serta melihat teman blog lain. Mereka amat baik dan memahami jiwa seorang blogger seperti Etuza. Mereka bijak melontarkan kata-kata dalam komen atau paparan blog mereka. Kerana semua teman bloggers Etuza tidak pernah meletakkan kata-kata benci dan mengharu birukan blog kita. Terbaik lah teman blog Etuza. Kita teruskan ukuhwa ini. Akan sampai satu saat Etuza beri penghargaan kepada anda. 

4. Minda Etuza bagaikan segar dan banyak informasi dalam kotak fikiran. Tidaklah seperti "Katak di bawah tempurung' Yang takutkan dunia luar. 

5. Etuza sentiasa bahagia bersama keluarga. Ada saja bahan cerita informasi Etuza kepada mereka. Semua kata-kata Etuza berkisar kepada motivasi dan kata nasihat kisah kejayaan teman-teman blogger dan kejayaan individu yang lain di alam maya. 

Antara itu lah yang ada di minda Etuza apabila terlibat dalam dunia blog yang menyeronokkan. Dan yang paling hebat Etuza rasakan ialah Etuza dapat merasakan nikmat melihat keajaiban kuasa Allah apabila setiap melihat keindahan adanya ingatan kepada yang maha kuasa atas hebanya Dia menciptakan keindahan alam itu. Syukur alhamdulillah dengan nikmat berblog antara yang tersirat inilah hikmah yang kita dapat.

Etuza abadikan kegembiraan di Taman indah
 di satu tempat di Keningau.Blog Pesona Etuza.

Mama, azie dan alya juga abadikan kenangan di
Taman Bunga ini..canti bunga2an yang ada..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

15 ulasan

Banyak kebaikan berblogging ni kalau kita betul2 manfaatkan sebaiknya. Semoga Cikgu terus semangat berblogging :)

SUKA BW BACA N3 BLOGGER YG PELBAGAI INFONYA SETIAP HARI ITUPUN JIKA INTERNET OK N PC XMERAGAM...

Terbaik lah cikgu. Merendah diri itu yg sebaik-baiknya. Cantik juga laman rumah tu penuh dgn warna warni bunga.

menjdi blogger buat kita sentiasa berusaha mencari dan memberi idea yang baik..mendapat kepusan bila berkongsi info menarik bersama rakan blogger yang lain..alhamdulillah..

Wah! canti betul imej PC tu bergerak2 lah nampak kuntum bunga tu...

terima kasih...Etuza bukan lah hendak heboh hal life Etuza semua Jaf dalam blog. Tetapi kita beri info kongsi perkara yang mmberi rasa gembira dan pengajaran dan pedoman tu yang tepat. kalau blog hiburan itu jiwa mereka dan pasti dalam apa yang kurang baik itu ada kebaikan terselit

betul tu PI banyak ilmu bila BW tu

tidak dibafikan memang banyak kebaikan..segarkan minda agar tidak berkarat..wah Farah juga sangat kenal JM pula ya..tahinia sampaikan salam dari Sabah.

Sama le persepsi kita cikgu, tak layak di gelar blogger cuma berkongsi cerita bersama sahabat alamaya....seronok bukan !

Gayanya saya perlukan masa untuk aktif semula..

Aiza suka membaca perkongsian cerita dan info dari rakan blogger.. Semoga cikgu terus bersemangat untuk menulis di blog.. ;)

Setiap blogger pasti ada tujuan apabila mewujudkan sesebuah blog. Jika punya tujuan maka tahulah dia akan apa yg ingin dikongsikan.

Andai matlamatnya baik...InsyaAllah, ia akan mendapat kebaikan dan ganjaran berpanjangan.

semua cikgu Etuza terus succes dalam berblog ye

setuju dengan pendapat Etuza.semoga Etuza terus berkongsi ilmu di blog

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (445) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Promosi. (313) Doa (312) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Artis (20) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger