Kesan Jerebu Hidung Mulai Pedas Terasa Pedih Mata

Kesan Jerebu Hidung Mulai Pedas Terasa Pedih Mata

 Kesan Jerebu Hidung Mulai Pedas Kemarin 
Ramai teman bloggers yang aktif bertanya kepada Etuza hal kabus yang Etuza nyatakan dalam entri awal pagi 19hb Oktober bersamaan isnin 2015. Sebenarnya memang ada kabus agak tebal pada pagi isnin di Keningau. Rasa sejuk mencengkam hingga mengakibatkan Etuza dan isteri pening kepala akibat keluar rumah pada awal pagi Isnin sekitar jam 5.20 pagi kerana hendak menyiasat talian paip air yang seolah air semakin kecil.

Dinginnya amat terasa dan kabus meneyelubungi diri. Akan tetapi Etuza tidak nafikan ada jerebu bersama kabus tersebut. Kita rasa ada kabus pagi kerana petang 18hb Oktober di Keningau hujan hingga ke malam di kawasan perumahan Etuza. agak lebat juga kerana tangki air penuh hingga mencurah. 

Kesan dari siraman hujan pepohon hijau dan rumput melata dapat menghirup air dan berrespirasi dalam proses fotosentesis. Tumbuhan membina makanan sendiri. Kabus tebal sekitar jam 5 pagi hingga jam 6.30 pagi kemudian beransur hilang tinggalkan jerebu menyesakkan. 

Kelihatan jerebu semakin tebal pada jam 1.00 petang di Keningau. Dan pada petang 20hb Oktober 2015 pertama kalinya Etuza rasa seperti hirup udara terasa seperti asap, hingga batang hidung Etuza terasa pedih hingga ke hari ini. Kesan jerebu ini semakin menjadi-jadi di Malaysia hingga banyak sekolah seperti di Lahad Datu, Tawau dan Sandakan di tutup sekolah di kawasan Sabah. Selain telah dua hari sekolah di tutup di Shah Alam Selangor dan Kucing Sarawak.

Ini Pembacaan Etuza Di www.mstar.com.my. Sila Baca. Adakah Tanda-Tanda Jerebu Akan Berakhir. Cuba Kita Baca Bersama.

Menurut pakar, kebakaran hutan di Indonesia yang menyebabkan penularan asap jerebu ke seluruh Asia Tenggara dilihat tidak akan berkesudahan sehingga tahun depan, demikian lapor agensi berita Reuters.

Walaupun Indonesia menerima tekanan daripada negara-negara jirannya, penganalisi menganggarkan jumlah titik panas yang semakin meningkat di bahagian timur negara itu akan berlarutan sehingga awal tahun depan.

"Mungkin ia akan berlarutan sehingga Disember dan Januari," kata Herry Purnomo, seorang saintis di Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa yang berpengkalan di Bogor, Indonesia.

Tambahnya kawasan panas kini merebak ke Papua iaitu sebuah kawasan yang biasanya tidak berlaku kebakaran

Menurut orang tua-tua, bila awal pagi sangat sejuk hingga ke kalbu, itu tandanya kemarau akan melanda. Sebab itulah tajuk entri Etuza pada 19hb Oktober 2015 berbunyi " Kabus Pagi Apakah Maknanya" Lebih kepada kata-kata simbolik mungkinkah kemarau akan melanda Keningau amnya atau seluruh Sabah khasnya atau seluruh Negara Malaysia. Marilah berdoa agar negara kita cepat-cepat kembali normal dengan IPU yang menyihatkan. Amin.
KLIK SINI untuk membaca hal Jerebu di mstar.com

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

betul2 anum pun dah start merah mata

Asalamualaikum cikgu... :-))

Arap2..menghampiri hujung tahun ni adalah musim hujan..insyallah ami...

Biarpun Jerebu terjadi angkara manusia tetapi kita kena muhasabah bahawa jika Allah mahu turunkan ujian buat hambaNya bila-bila masa pun akan terjadi. Mungkin dgn cara ini akan lebih mendekatkan diri kita semua kepadaNya. Sambil itu mengingatkan kepada yg seweang-wenangnya merosak ekosistem yg indah tanpa peduli kesannya..

JB ada juga tapi tak serius sangat sebab itu sekolah masih diteruskan - musim exam sekarang ni cikgu.

Amin...harapnya begitulah..rindu matahari..bulan dan bintang...kami tersangat rindu Ya Allah..

Moga Allah redakan jerebu dengan HujanNYa

semoga cepat hilang jerebu..

Teruk jugak... Saya pun rasa loya loya jer kalau keluar rumah musim jerebu nie... Tengok dalam TV hari tuu pun cakap maybe berlarutan sampai January tahun depan... Hurm... Bilakah akan selesai...

Sama2 kita berdoa supaya jerebu segera berlalu. Makin hari makin teruk nih.

masih belum berkurang jerebu ni

Alhamdullilah dah berkurang jerebu di sini

Kat tempat lya dah kurang jerebu cikgu...moga2 akan hilang cepat2 laaa jerebu ni..

Kat Sabah jerebu lagi ke tak Cikgu?

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger