Kenapa Masih Belum Lancar Membaca?


     Kenapa masih belum lancar membaca? Bunyi seolah direct to the point. Soalan cepu emas yang boleh membuat kita terfikir sesuatu. Tetapi masih dalam kata-kata sopan bertata susila. Mengapa ya belum lancar membaca! Terasa ada sesuatu yang menyebabkan keadaan individu di sekolah belum juga LANCAR membaca. Wah! adik-adik semua sampai bila hendak lancar ni? Tunggu umur lagikah bertambah  setahun lagi, tak kala naik kelas tahun depan baru nak  nak sangat agar lancar membaca. Bunyi lain saja..harap ada yang faham.

Satu Kajian Kenapa Tidak Juga Lancar Membaca.

Adik dah 9 tahun kan, kenapa belum lancar ni adik?. Hari ini sebenarnya admin blog Etuza ini ada menjalankan aktiviti membaca di sekolah. Murid-murid di kelas tahun 3 ( usia 9 tahun )Nampaknya ada perasaan hampa bila ada beberapa murid lelaki dan perempuan masih teragak-agak sebut tiap patah perkataan pada ayat-ayat dalam kad cerita. Sebutan pun salah serta amat lambat menyebut perkataan. Belum lancar lah, ya belum lancar. Boleh membaca tetapi TIDAK LANCAR  dan SEBUTAN SALAH. Sebab itulah terasa gatal jejari admin membuat catatan hal kenapa masih juga tidak lancar membaca. Sayang sekali jika usia sudah 9 tahun masih belum lancar membaca. 

Disimpulkan secara ringkas bahawa banyak faktor kenapa murid / pelajar  belum lancar  membaca. Antaranya:-

Sikap Pelajar Di sekolah Rendah.


1. Tiada kemahuan agar cepat lancar membaca.Setakat boleh baca tetapi tiada usaha dan  kemahuan yang tinggi untuk cepat lancar membaca.
2. Pelajar tidak kisah nasihat guru dan ibubapa sendiri.Tidak ikut apa suruhan guru dan ibubapa. Pelajar ini jelas malas ketika ada masa senggang di rumah.
3. Tidak mengambil perhatian ketika guru menyampaikan pengajaran di kelas.
4. Pelajar selalu tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.
5. Minda pelajar tidak terbuka untuk rajin belajar dan membaca. Tiada kesedaran untuk berubah dari malas ke rajin.
6. Membuang masa tanpa mengambil langkah membaca ketika masa cuti sekolah.

Dari Segi Peranan Ibubapa


1. Ibubapa tidak memberi kerjasama menangani masalah anak belum lancar membaca.
2. Ibubapa menyerahkan bulat - bulat ( 100% ) tugas mendidik anak darah daging sendiri kepada guru di sekolah.
3. Tiada galakan atau nasihat yang tegas kepada anak-anak tersebut. Menyebabkan anak-anak tiada kesedaran dan tiada usaha.
4. Pemberian makanan seimbang dan berkhasiat tidak dititik beratkan, sebab itu minda murid lambat berkembang.
5. Sosiobudaya keluarga yang tidak mementingkan pelajaran. Tidak merasa rugi jika tidak meningkat atau tiada peningkatan anak sendiri dalam bidang akademik di sekolah.
6. Tiada bahan bacaan tambahan di rumah. 

Tindakan Sepatutnya Agara Anak Sendiri lancar Membaca.


1. Ibubapa dan anak sendiri harus sedar cepat-cepat bahawa masa tidak menunggu kita lagi. Keperluan agar lancar membaca itu amat mendesak dan sangat penting agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

2. Ibubapa harus mengambil masa ajar anak agar lancar membaca. Suruh anak membaca beberapa ayat dalam sehari, buat latih tubi pasti cepat dan lancar membaca.

3. Ibubapa harus kawal aktiviti anak semasa cuti. Usah terlalu biarkan anak bebas tanpa membaca buku bahan bacaan.

4. Belikan anak-anak bahan bacaan tambahan.Admin berfikir sesebuah keluarga seperti di desa admin mesti berupaya membeli buku dalam seminggu.Beli yang murah agar ada bahan bacaan di rumah.

5. Terakhir dari admin, ibubapa harus sedar mendidik anak adalah tugas bersama guru. Guru memudah cara ibubapa pembentuk utama agar anak ke arah kemanjadian manusia yang cemerlang di masa depan.Fikirkan dari sekarang agar anak anda cepat dan lancar membaca.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. kena bagi semangat dekat budak-budak ni contohnya kalau nak jadi pilot mesti tahu baca nama-nama negara, negeri, daerah, bandar, jalan, lorong dan sebagainya. bagitahu juga betapa 'seramnya' kalau tak tahu baca nanti tak dapat capai cita2, sentiasa dipermain-mainkan dan macam2 lagilah keburukan timbul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..pelbagai cara usaha sekolah. Kena ikthiar juga ibubapa sebenarnya, sebab murid di sekolah singkat masa, bukan semua guru ajar membaca secara dekat, pelbagai subjek..peranan ibubapa amat2 penting jika mahu anak sendiri berjaya. Mohon dapat membantu..

      Padam
  2. Betul apa yang cikgu kongsikan.... Ibu bapa juga perlu mainkan peranan mereka... Macam cikgu tulis janganlah harapkan 100% pada cikgu... perkongsian yg menarik.. :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah anak2 saya dah lancar membaca seawal 5 /6 tahun tapi sememangnya cukup menguji kesabaran nak mengajar mereka

    BalasPadam
  4. Risau juga bila anak sy belum lancar membaca..tapi umur masih 5 thn lah.. kena rajin belajar selain dr sekolah, di rumah pun kena ulangkaji .... sbg ibubapa, kesabaran kenalah tinggi....:)

    BalasPadam
  5. ibu bapa lah yg perlu memberi galakan dan sokongan terlebih dahulu sblm ank2 dihntr ke sekolah...

    BalasPadam
  6. sekolah menengah pun masih ada jugak pelajar yang tak lancar membaca..lagi teruk kalo macam tu.

    BalasPadam
  7. Dulu Zumal pun lambat dalam belajar, arwah tok wan ajar setiap hari tapi entah la darjah 3 baru ok...

    BalasPadam
  8. Adik yan pun lambat membaca..tapi sejak masuk program linus di sekolah..alhamdulilah sekarang dah pandai baca

    BalasPadam
  9. Tahap IQ anak2 x sama, insya allah akan dipermudahkanNya, aamiin..

    BalasPadam
  10. nice sharing cikgu, mmg akan menjadi kerisauan kpd parent jika anak lambat or agak lembab membaca jd perlu byk bersabar

    BalasPadam
  11. Ibubapa harus bersabar jika anak lambat membaca. Galakan penting untuk mereka.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.