Keluarnya Nabi Musa Akibat Kezaliman Firaun & Hikmah Tauladan Sepanjang Zaman

Salam Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Etuza abadikan kenangan di hadapan surau di tepi
 jalandi kawasan Jalan Kimanis. InshaAllah akan Etuza
kenalpastikan nama surau ini di kampung mana..
lupa ambil  gambar pintu gerbang surau ini.

     Hari ini hari Jumaat bersamaan 16hb Okt 2015. Etuza sudah jelaskan bahawa setiap hari Jumaat akan terbit satu artikal di blog Etuza ini sebagai satu rutin atau tugasan Etuza yang berkaitan dengan hal-hal agama, tazkirah atau apa juga berkaitan dengan sunat kita lakukan pada hari Jumaat. Dan paling wajib kita lakukan pada hari Jumaat bagi kaum Adam ialah solat wajib Solat Jumaat sejurus mendengar Khutbah dari mimbar masjid mahupun surau di mana-mana sahaja.



Kaum Bani Israil Keluar Dari Mesir Angakara Kezaliman Firaun

    Khutbah Jumaat di masjid Ar Rahim, Keningau hari ini amat meneraik perhatian semua jemaah Jumaat termasuk Etuza. Khatib yang menyampaikan dengan penuh semangat dan sesekali menekan suara menyeru umat Islam agar saling hormat menghormati dan mengimarahkan jemaah solat di Masjid atau Surau di mana-mana sahaja. Khatib mengatakan agar tidak seperti yang berlaku di Bumi Mesir apabila Kaum Bani Israil sangat menderita akibat penindasan dan kekejaman seorang pemerintah yang amat kejam iaitu Firaun.

    Pada zaman kegemilangan Nabi Musa, peristiwa menyayat hati ini berlaku dan hingga kini menjadi satu iktibar kepada bukti yang kukuh kepada Dunia agar tidak ada satupun kuasa melebihi kehebatan kuasa Allah, sekalipun manusia atau pemerintah paling besar di Mesir iaitu Firaun yang mengaku Tuhan ketika itu. Selain Firaun membantah sekeras-kerasnya kebenaran yang Nabi Musa kembangkan iaitu kebenaran bahawa Nabi Musa itu Nabi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah yang satu. Nabi Musa mengetahui kedudukan sebenar dirinya bukan dari keturunan darah daging Firaun, tetapi darah keturunan Bani Israil, maka Nabi Musa berazam akan membela keselamatan Kaum Bani Israil yang sentiasa di tindas oleh Kaum Firaun.

    Hingga tiba satu masa Kaum Firaun memburu Nabi Musa akibat kematian kaum Firaun bernama Fatun. Firaun sendiri telah mengejar Musa tanpa henti untuk membunuh Nabi Musa, sebagai juga bukti bahawa keagunggan dan kekuasaan Firaun tiada tandingan dan Firaunlah Tuhan yang berhak disembah pada zaman itu. Nabi Musa dengan beberapa Kaum Israil yang lain melarikan diri dari Mesir hingga tiba di satu tempat di hadapan Nabi Musa saujana lautan tidak bertepi. Nabi Musa kebingungan tetapi tetap yakin pasti Allah berikan jalan penyelesaian. Pada masa itu kelihatan Firaun semakin hampir.Nabi Musa dan pengikutnya disiang hari dan semalaman meredah padang pasir tiba-tiba menemukan laut merah iaitu tiada jalan lain selain melalui Laut Merah. Tetapi harus bagaimana?

Nabi Musa dalam keadaan bingung mendengar teriakan kaum Israil lalu berdoa:-


"Janganlah kamu khuatir dan cemas, perjalanan kami telah diatur oleh Allah kepadaku, dan Dilah yang akan memberi jalan keluar serta menyelamatkan kami dari cengkaman musuh yang zalim itu"

Gambar hiasan dari google
Klik SINI untuk informasi.
Imej dari Google..
    Dengan wajah yang tenang Allah wahyukan agar Nabi Musa memukul tongkat ke arah laut, maka terbelah lautan menjadi dua dengan membentuk air laut naik ke atas membentuk gunung. Pada kedua belahan lautan itu jelas terlihat dasar untuk laluan, dengan segeram rombongan kaum Israil bersama Nabi Musa melalui jalan itu menuju ke Timur laut.  Sementara Firaun dan tenteranya yang begitu ramai melihat laluan pada belahan lautan itu dengan bangganya melalui laluan itu dengan perasaan amat hebat bahawa terbelahnya lautan menjadi dua adalah kerana kekuasaan dan kemegahan Firaun. Nabi Musa dan Bani Israil kemudian sampai di satu tempat yang selamat melihat Firaun dan Bala Tenteranya mengejar mereka dengan melelui jalan di tengah lautan. Dengan kuasaNya Allah pertemukan semula dua belahan lautan menjadi satu. Tenggelamlah Firaun dan pengikutnya diperut lautan yang sangat dashyat. Semua kejadian ngeri itu disakisakan oleh Nabi Musa dan Kaum bani Israil yang ditindas. 

    Dalam khutbah Jumaat hari ini ada khatib mengatakan bahawa, pada saat panggilan nyawa kepada Firaun, Firaun baru hendak mengakui bahawa Firaun ingin mengikuti ajaran Nabi Musa dan mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Firaun mahu menjadi salah seorang penganut agama Allah dan ingin menjadi kaum Bani Israil yang pernah ditindasnya. Namun sudah terlambat kerana Firaun kini dalam keadaan najak hingga akhirnya Firaun meninggal dalam laut yang dalam, Allah hancurkan Firaun serta rakyatnya.

    Lihatlah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Semua apa di dunia ini tiada sehebat dan tiada berkuasa melainkan Allah dan kita sebagai manusia sehebat manapun pasti lah tidak setanding dengan Allah, sedangkan kita manusia ini juga adalah makhluk ciptaanNya. Subahanallah. Hingga pada hari ini Allah jadikan mayat Firaun menjadi batu dan terdapat di Muzium Mesir sebagai satu sejarah dan kebuktian penderhakaan Firaun yang keterlaluan kepada Allah yang maha esa. Kini kita mendapat tauladan bahawa kewajiban menyembahNya adalah wajib dan hanya Allah berhak disembah.






Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Balasan
    1. terima kasih, sudikan datang lagi membaca catatan dah siap

      Padam
  2. Asalamualaikum..salam jumaat cikgu...ALLAHUAKHBAR..MOGA ZAMAN NI TIADA LAGI MANUSIA SEKEJAM FIRAUN.. Amin

    BalasPadam
  3. Allahu...syukur..bertambah lagi pengetahuan PC...terima kasih cikgu Etuza kongsi pengisian khutbah hari ini..

    BalasPadam
  4. SALAM JUMAAT CIKGU...ALLAH TINGGALKAN FIRAUN UTK KITA FAHAMI KISAH YG ALLAH FIRMANKAN DI DALAM ALQURAN AGAR KITA MENGKAJI N MEMAHAMINYA...

    BalasPadam
  5. bersama kita mengambil ikhtibar dari kisah-kisah nabi dan rasul Allah terdahulu..

    BalasPadam
  6. perkongsian yang baik dan bermanfaat.Kita harus mengambil iktibar dari kisah-kisah sebegini

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.