Intro 1 Keperihatinan JPA & Intro 2 Apa Ada Dalam Blog NickNashram

Intro 1 Keperihatinan JPA & Intro 2 Apa Ada Dalam Blog NickNashram

Etuza perkenalkan blog NICKNASHRAM
Nick Nashram
Klik pada header anda akan jumpa blog milik Nick Nashram.

Assalamualaikum semua, salam jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah kita masih menghirup udara hari ini untuk terus melangsungkan kehidupan ini di dunia pana.

Intro 1 Keperihatinan Jabatan Perkhidmatan Awam

Lepas balik dari solat jumaat tadi, langsung ke dapur tengok apa juadah yang sudah disediakan oleh mama. Lapar rasanya banyak urusan melibatkan pengurusan mengisi data baru Kos Biaya Pengajian dari JPA kepada puteri anak sulung Etuza yang sedang belajar di luar negara. Mujur ada email dan khidmat phone. Boleh berhubung dengan orang jauh, seolah amat dekat suaranya. Dan seketika terubat rindu. Selesai urusan maka rasa lega dan berdoa tawakal moga segalanya dimudahkan. Panjangnya intro. 

Belum habis intro, bagus ya JPA amat perihatin dengan semua pelajar dibawah tajaan JPA. Pihak JPA tambah nilai kos biaya pengajian pelajar yang mendapat tajaan JPA. Anak Etuza mengatakan bahawa nilai kos biaya di naikkan dengan kadar tambahan RM12,000 persetahun ekoran dari naik taraf duit atau kenaikan nilai mata wang Malaysia ke UBD - Dollar baru-baru ini. Terima kasih lah kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Ini bagus sangat lah dan alhamdulillah anak Etuza antara yang telah mendapat surat penawaran kos biaya baru dari JPA bermula tahun ini. Etuza harap anakanda di rantau sangat bersyukur dengan tambahan nilai ini. Dan bagi anak Etuza semua kos pengajian setahun bagi anak sesi 2015-2016 telah kami bereskan. Alhamdulillah syukur kepadaMu Allah yang maha besar.


Etuza ketika membuat blogwalking, tanpa sengaja terjumpa semula blog yang menjadi blog kegemaran Etuza pada awal pembabitan berblogging iaitu blog milik NICKNASHRAM terlipat juga lidah sebut nama Nick ini. Blogger ni dahulu bujang dan amat bersahaja dalam menyampaikan entri dalam blog beliau. Harap betul, masa ini Nick dah kahwin, Etuza doakan semoga Nick bahagia dengan pasangan hidup Nick. Ok kenapa apa ada sebenarnya dalam blog Nick ini. Hingga terpanggil Etuza tampilkan ceritara hal Nick.Bonus kepada blogger NICK kiranya lah kan. 

Begini Etuza jujur hendak katakan Etuza kagum dengan entri terbaru NICKNASHRAM, Nick tampilkan satu teguran yang maha hebat, berani dan amat besar hikmahnya jika ada tetamu maya di luar sana yang ambil SEDAR kesedaran agar berhentilah dari sekarang. Sudah dikatakan HARAM ya, tetapi kenapa masih hendak lakukan. Kenapa? kenapa dek? kenapa encik abang?  wahai pakcik? kenapa wahai remaja wahai genarasi muda negara? kenapa ya dan kenapa masih hendak juga teruskan. HARAM tu dek....kan haram. Ya Allah mohon kepadaMu agar menginsafkan kami menyedarkan kami. Semoga dapat iktibar dan mulailah berjuang melawan nafsu nafsi yang hanya menjurus kepada ketagihan cuma. 

Beginilah Apa Ada Dalam Blog NICKNASHRAM - klik juga SINI sekarang, jangan lari ya. Baca dan berdoa lah dan berterima kasih kita kepada sesiapa sahaja yang cuba memberi nasihat. Yang cuba membawa anda agar hidup lebih aman dan bahagia dengan kesihatan yang Allah berikan kepada kita. 

Sudah jumpa paparan blog NICKNASHRAM maka berbahagialah kerana masih ada insan yang sayang sangat dengan anda. Marilah jalani kehidupan sementara ini dengan melakukan hidup tanpa ada HARAM..mari berjuang ke arah redhaNya. Destinasi kita pasti satu yakni di akhirat sana. Terima Kasih.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

asalam..maafkan kesalahan ejaan tu ya..maklumlah blogger ni dah berumur...sesekali tersalah ejaan pula..

Blogger ni yan lom kenal...kejap lagi yan intai blog beliau

terima kasih sebab tulis pasal blog saya.
banyak lagi nak kena belajar.
apa yg penting isu yg kita nk sampaikan dlm blog tu tercapai.
apapun, saya x merokok :)

Ekin pun selalu gak kesalahan eja cikgu hihihi

Belun kenal lagi dgn blogger ini

perkongsian yg bermanfaat melalui blog dpt ganjaran pahala tanpa sedar

Tahniah dan terima kasih buat JPA kerana prihatin dengan situasi ekonomi sekarang.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (383) Berita (383) Dunia Blog (337) Promosi. (312) Doa (310) Info Lelaki (272) Tips Blog (269) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (209) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (75) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Artis (19) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger