Imej Berkata Bermoral Tinggi

Bloggers Marilah Belajar Agar Tidak Mengeji!

Gambar Bermoral Tinggi - Etuza 
   Asalamualaikum semua pada hari sabtu yang indah sekali ini, dan pastinya yang merasakan nikmat ini akan merasakan rasa bersyukur bahawa nilah keindahan hidup hari ini atas kurniaan Ilahi. Hadapilah dan nikmati lah layar hidup kita dengan penuh bahagia bersama insan - insan tersayang. Syukur alhamdulillah dengan hirup udara segar kala matamu terbuka di ulit mimpi semalam.

Madah itu berbicara, imej itu tidak bohong dan katanya pasti yang penuh meyakinkan kita. Tiada siapa mampu menyangkal bahawa kata - kata dalam imej amat bermakna untuk kita serta bermoral tinggi ."MARILAH BELAJAR AGAR TIDAK MENGEJI". Kata - kata mutiara ringkas dan tak berganjak itu untuk ku padamkan rasa mengegois diri, sebagai antara jalanku membuang rasa mengeji orang lain dan apa juga makhluk ciptaanNya. Agama kita ajarkan kita agar jangan mengeji sesiapapun atas kecatatannya.

Kita mengeji hari ini dan akan datang bagaikan kita sebenarnya sedang tidak puas hati dengan ciptaan Allah. Allahuakbar, wahai teman mari ikut Etuza agar kita mampu BELAJAR TIDAK MENGEJI sesiapapun. Sekalipun paparan di dalam blog teman - teman kita.Kita sebagai hambaNya sesungguhnya tidak layak mengeji dan menghukum orang lain.Bersihkan hati hari ini, padam kan noda hitam agar dapat BELAJAR AGAR TIDAK MENGEJI lagi. Salam hormat hendak hantar anak ke extra clas.Jumpa lagi di entri mendatang.

Hendak jalinkan ukuhuwa sesama blog klik SINI.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. siapa lah kita untuk menilai sesama manusia :)

    BalasPadam
  2. Selamat berhujung minggu yer Cikgu Etuza... Jika ilmu penuh di dada pasti indah tiap tutur kata kan ^-^

    BalasPadam
  3. Kita ni hidup didunia hanya sementara ..jangan sibuk duk menulai orang lain ...tapi nilaikan dulu diri kita sendiri

    BalasPadam
  4. Inshaallah..terima kasih atas peringatan sesama kita

    BalasPadam
  5. jauhi sikap x elok tu kerana ia xkan di sukai ramai

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.