Assalamualaikum Semua...
Inilah masakan Mama Semalam
Ikan Masak Merah Idaman Aliya
( Boleh anda cam juga ya simple ja ikan masak merah ni)
Kepada teman bloggers atau teman pembaca maya laman Etuza, kemarin petang ada Etuza kongsikan riadah kami ke satu kolam cantik di Keningau, niat memang hendak membeli ikan air tawar yang fresh. Ialah begitu niat Etuza agar dapat makan bersama anak-anak dihujung minggu. Etuza tidak perasan atau tidak diberi tahu hal kemahuan Aliya anak bongsu Etuza.
Bila ke satu supermarket Etuza bersama Aliya mencari barangan yang hendak dibeli. Tiba-tiba Aliya hulurkan botol sos cili. Etuza agak terkejut " Hai sejak bila pula Aliya pandai mencari bahan makan di dapur ni! selalunya barang mainan atau buku darbie atau buku yang cute seperti dairy saja dia gemar, apa hal beli sos cili lah pula?" Pelik juga Etuza fikirkan. Ok tak apa Etuza ia kan dan ambil botol sos tu masukkan dalam bakul bersama keperluan yang lain.
Sampai di rumah Etuza pastilah on line tengok blog kesayangan, selepas solat maghrib, banyak lah Etuza membaca dan buat blogwalking. Etuza melekat seketika di babab.net, backlink yang terbaik Etuza kira.Alhamdulillah banyak artikal Etuza naik hits pula tu seperti artikal Etuza yang bertajuk " Updated Ruang Komentar Unggul" Capai ribuan klik selepas link di babab.net.
Tiba-tiba Aliya memanggil Etuza ke dapur. Ha pasti mak dia bagi arahan untuk makan semeja bersama. Etuza tinggalkan blogging masuk dapur, dari jauh nampak hidangan lazat " Ikan Masak Merah" mama sudah siap masak ikan air tawar dari Kolam Pancingan La Bom Boi yang Etuza beli.Hummm!!! sedapnya, tak sabar hendak menjamah nasi.
" Inilah ikan masak merah" tiba-tiba Aliya bersuara. "Ooo iya kah!..patutlah Aliya cepat-cepat ambil sos cili di supermarket tu, Aliya yang teringin makan ikan masak merah kan..." Etuza mengagak dan pasti benar tekaan Etuza kepada niat Aliya sejak kemarin kini tertunai oleh mama. " Hahaha baru ayah tahu ...ni lah ikan masak merah, sedap..seorang satu ekor ya ..." Hadui nak mengarah pula usah ambil lebih. Hehehe sorok-sorok Etuza ambil dua ekor. Itu lah kejadian ikan air tawar dari Kolam Pancingan La Bom Boi semarin.
Pesan Etuza sesekali berilah anak-anak berriadah bersama, beri mereka perasaan bahagia bersama kita. InshaAllah murni jiwa meraka.Hidupan memberi KLIK SINI.
10 Ulasan
makan bersama keluarga adalah saat2 yg sangatt membahagiakan...
BalasPadamanak2 sayapun suka masaka ini..
BalasPadam** masakan.. error lagi..
BalasPadamBagusnya Cikgu, selalu bawa anak2 kemana hatta ke Pasaraya, Alyapun dah tunjuk skil memasak tu
ikan tilapia jenis hitam ni...dikampung kak ada yg ternak ikan tilapia merah...sedapnya resepi masakan kesukaan alya...
BalasPadamriadah boleh eratkan ukhuwah family same goes to makan semeja. ni sorang kesana sorang kesitu
BalasPadamsedap makan ikan talapia ni..seronok bila makan bersama keluarga
BalasPadamSedap masak macam ni..
BalasPadamBestnya..mesti aliya suka kan dpt makan masakan mama..
BalasPadamjgn kata Aliya je..JM yg tgk ni pun dah terliur nih..ishh...pandai lah mama masak!
BalasPadamSedapnya 'Mama' masak..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.