Empat Fokus Utama Bajet 2015/2016

Tumpuan dan keutamaan perbelanjaan Kerajaan bagi Tahun Kewangan 2015/2016 ini dijuruskan kepada meneruskan pelaksanaan empat fokus utama seperti berikut:- 


Empat Fokus Utama Bajet 2015/2016 Ialah:-

( Etuza petik dari teks Ucapan Bajet 2015/2016  )
Pertama: Memperkasa Pendidikan dan Latihan. Fokus ini menekankan aspek pembangunan modal insan melalui Sistem Pendidikan Negara yang lebih mantap dan relevan dengan keperluan pasaran pekerjaan. Ini adalah sebagai satu pelaburan yang utama untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi lagi beriman, untuk menyumbang kepada pembangunan Negara yang sustainable. Fokus ini juga memberikan keutamaan kepada programprogram latihan dan pembangunan kemahiran bagi belia-belia di pelbagai peringkat, termasuk melalui aliran sekolah teknikal dan vokasional atau melalui institusi-institusi berkaitan, seperti Pusat Pembangunan Belia, Pusat Pembangunan Usahawan dan sebagainya; 
Pertama, Memperkasa Pendidikan dan Latihan. 18. Pengukuhan Sistem Pendidikan Negara adalah merupakan usaha berterusan bagi membina modal insan di Negara ini sebagai satu pelaburan yang utama untuk melahirkan rakyat berpendidikan, berkemahirandan berakhlak mulia. Bagi maksud tersebut, beberapa peruntukan akan disediakan bagi menyediakan peluang-peluang pendidikan dan latihan yang pelbagai untuk membina kemahiran dan keupayaan yang diperkukuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja tempatan
Kedua: Meningkatkan Produktiviti Negara dalam Perkhidmatan Awam dan Sektor Swasta sebagai asas kepada kerjasama yang mantap pada mendokong pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan berdayatahan; 
Anda Perlu KLIK SINI dan BAJET SINI- Apakah Yang Berlaku
Ketiga: Merangsang Kegiatan Pelaburan, bagi menarik dan menggalakkan lebih banyak aktiviti pelaburan termasuk oleh pelabur-pelabur asing yang akan turut membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana, dan juga peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan; dan 

Keempat: Meningkatkan Kesejahteraan Awam bagi meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi rakyat dan penduduk Negara ini, termasuk usaha ke arah membasmi kemiskinan. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.