Dua Ekor Anak Kucing Dijumpai Depan Rumah Blogger Etuza!

Dua Ekor Anak Kucing Dijumpai Depan Rumah Blogger Etuza!


Asalamualikum semua, entri kedua pagi sabtu dalam blog Etuza.

Nampak anak kucing, ada dua ekor ..Nak tahu certara kewujudan anak kucing ini..mari Etuza ceritakan secara ringkas.
Dua ekor anak kucing ini semakin sihat di teratak Etuza..
Dua Ekor Anak Kucing Dijumpai Depan Rumah Etuza

Pagi khamis minggu lalu, seawal jam 5.30 pagi Etuza buka pintu rumah untuk menyiasat talian paip air yang kelihatan semakin kecil. Silap-silap mama dalam dapur jika tidak cukup air untuk memasak Etuza nanti akan menerima bebelannya.Baik awal-awal menyerah diri dengan memeriksa kemungkinan ada paip yang bocor atau terlepas ikatan pada sambungan paip ke rumah Etuza. Panjang pula intro....sorry. Nak sedap untuk anda memulakan pembacaan.

Tiba-tiba terdengar "Ayah anak kucing, comel lah dua ekor!!! dari mana anak kucing ni..ayah tengok! anak kucing masuk rumah sudah!!" Etuza segera ke depan rumah. Betul ada dua ekor anak kucing seperti adik beradik nampaknya. Pelik betul ada anak kucing depan pintu rumah Etuza. Anak kucing itu seperti sedang sakit. Sakit mata pada kedua-dua mata anak kucing tersebut. Etuza rasa sangat pelik jika anak kucing yang belum kukuh berjalan itu pandai lari dari pemiliknya dan berjalan ke arah rumah Etuza. Rumah Etuza ini jauh dari perumahan. Jauh ada jalanraya besar masuk simpang dan masuk ke  jalan grable lagi. Silap-silap anak kucing yang tidak tahu apa-apa jalan besar ke jalan kecil ke, pasti kena langgar kereta kalau menuju ke rumah Etuza ini.

Tanpa fikir panjang lagi, Etuza akur sahaja dengan agak terpaksa benarkan Aliya membawa anak kucing itu dan beri makan wiskers. Sementara Azie kakak Aliya menyediakan tempat sementara anak kucing tersebut sepeninggalan kami sekeluarga.Selepas sampai di sekolah Etuza menuju ke kantin sekolah dan mulailah cerita hal anak kucing.

"Anak kucing mana ada yang pandai lari jauh hingga ke rumah cikgu, mesti ada yang sengaja letak tu, dengan niat anak kucing itu akan selamat di rumah cikgu" Ini kata-kata teman Etuza ketika bersama menjamah juadah bersarapan pagi.
Kakak, Mama dan Aliya
turut menyayangi  kucing..
Subahanallah...
"Alamak..siapalah pula yang suka sangat letak buang anak kucing depan pintu rumah Etuza ini. Ini bukan sekali dua tetapi banyak kali, tak terkira dah anak kucing di rumah Etuza, lepas satu ada satu, baru yang lain membesar datang lagi anak kucing, dua ekor juga. Putih dan melatih juga dua ekor, tompok 1 dan tompok 2 juga dua ekor, belum lagi anak kucing yang sedia ada seperti bulat dan saudara nya yang lain" 
Bisik hati Etuza. Ya Allah...mohon beri Etuza kesabaran, ketabahan dalam memelihara anak-anak kucing yang merupakan makhlukMu jua. Petang selasa minggu ini Etuza dan mama serta Azie sudah bawa anak kucing ini ke klink Jabatan haiwan diberi suntikan dan rawatan mata. Pegawai Jabatan Haiwan di daerah Keningau kata, mata anak kucing ini seperti kena racun atau kena bisa penyengat katanya. Sekali lagi Etuza rasa pelik. " Adakah anak kucing ini berusaha dengan gigih meredah hutan sawah dan kebun getah semata-mata hendak berlindung di rumah Etuza, sehingga disengat mata hampir buta mata anak kucing ini". Biarkanlah apa-apa yang berlaku masa lalu anak kucing ini. Aliya kata apa nama anak kucing. Etuza pun dah buntu. Macam-macam nama Etuza dan anak-anak beri pada kucing.

Sekarang melihat anak kucing ini bagaikan menyeri rumah Etuza, semakin gemuk dan tebal bulu lembut pula tu. Sudah tidak berbau kerana Azie dan Aliya rajin mandikan anak kucing ini hingga bau busuk kucing ini hilang. Kesihan pula anak kucing ini. Ya Allah mohon agar kami tabah dalam ujianMu. Terfikir Etuza kucing kesayangan Nabi Muhamad ialah bernama Muiza. Cantik pula nama kucing nabi Muhammad SAW.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

Saya dulu takut kucinf sekarang Alhamdulillah ok dah. Comel je anak anak kucing tu

makhluk Allah yg wajar dikasehani tu rugi mrk yg membuangnya ke rumah cikgu spt membuang rezeki pula tapi cikgu yg beruntung kan dianugerahi rezeki Allah...

Di belakang rumah sya pun ada 3 ekor anak kucing..seperti baru dilahirkan

Untung kalau rumah banyak kucing...dijaga elok..insyaAllah..pasti kaya dengan kasih syg..cik akak...kucing...hihihi...memang tak lah...pobia sangat

murah rezeki ckgu nanti kerana pelihara kucing tu...dua2 nya comel

Tak minat kucing..nanti kena cakar

Kata orang jika ada tetamu yang beetandang ke rumah pasti murah rezeki.. Kucing pun makhluk Allah swt.. InsyaAllah pasti akan terus murah rezeki cikgu sekeluarga.. ;)

Comelnya kucing2 tu..

Orang kata kucing pembawa arezeki, moga Cikgu dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki, aamiin..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger