Blog Etuza Bukan Blog Terbaik Maafkan Etuza

Blog Etuza Lebih Kepada Paparan Suka - Suka Bukan Blog Yang Terbaik Untuk Anda. Maaf kan Etuza.
Monolog Etuza.

    Teman maya ku, malam ini Etuza memohon maaf dengan penuh ikhlas, harap Etuza dapat dimaafkan. Sudah sekian lama terfikir akan kehadiran blog kecil ini, bagaikan menyemak di alam maya. Kerana setiap kali ke udara dengan entri yang kononnya baru dari minda Etuza pasti sarat memuatkan gambar-gambar berbagai jenis. Kemungkinan gambar-gambar yang banyak itu menjadikan loading komputer teman maya terasa lambat dan berat. Maafkan Etuza yang masih belajar dalam dunia informasi blog.Itu antara masalah yang timbul. 

Teman maya ku, Etuza hendak sampaikan pesan minta lah agar teman maya memahami kenapa Etuza bersuara dan berpesan seumpama malam ini di blog Etuza. Kepada teman maya yang hendak ketawa membaca catatan ini, ketawalah kerana terasa lucu mungkin bagi anda tetapi tidak pada Etuza. Blog Etuza ini sebenarnya bukan yang terbaik bagi anda, jika ada antara teman maya yang sukakan entri Etuza diucapkan terima kasih.Sungguh amat hargainya. 

Tetapi teman mayaku, Etuza bukanlah hendak berperasangka dengan sesiapapun. Tidak sama sekali tetapi ini hak Etuza menyuarakan apa di hati dengan ikhlas.Etuza hendak berpesan kepada teman maya dan sesiapa sahaja agar bertindak lupakan blog Etuza, tinggalkan blog Etuza atau usah klik sama sekali andai anda adalah insan yang TIDAK SUKA GAMBAR-GAMBAR DI BLOG sama ada blog Etuza atau blog yang lain. Etuza faham amat faham jika ada antara kita yang sangat menjaga mata ( penglihatan) hatta melihat wajah lelaki atau perempuan dirasakan amat BERDOSA. Jika itu berlaku ...mohon agar tinggalkan blog Etuza yang sememangnya banyak gambar pembuktian sosial Etuza atau gambar kenangan Etuza.InshaAllah anda akan lebih tenang apabila berpindah ke blog yang hanya paparan catatan tanpa secalit gambar.

Teman maya ku, blog Etuza lebih kepada yang ada dalam gambar, sila baca. Bukan hendak gemparkan Dunia maya dengan riak. Mohon bukan itu tujuan Etuza. Etuza lakukan kerana inilah antara cara Etuza zahirkan kesyukuran kepada Allah yang anugerahkan apa yang ada pada Etuza. Segalanya kan kita pinjam sahaja, tiada yang abadi, amalan yang baik, keimanan letaqwaan juga yang abadi.

 Baca lagi pesanan Etuza dalam gambar ini.
* Etuza tahu ramai teman yang tidak balas follower Etuza.
* Etuza tahu juga ada blog yang Etuza belum follow dan tidak follow, kerana tiada jejak yang nyata.
* Etuza tahu ada blog yang sering Etuza drop komen, kerana blog itu Etuza gemari. Etuza terus komen walau tidak tahu pemilik blog itu suka komen Etuza atau tidak , kerana tiada respond walau sepatah.
* Etuza tahu blog itu lebih terkenal dan sangat terkenal, Etuza tetap komen dengan rasa ikhlas kerana ruang komentar disediakan dengan kemas.
*Etuza tahu ramai blogger wanita,sebab itu elakkanlah dari klik blog Etuza ini kerana memang diakui banyak gambar dalam catatan Etuza.Itu habit Etuza yang tidak dapat di Elakkan. Tanpa gambar Etuza tidak berapa dapat berfikir cungkil idea.
* Etuza tidak mahu menjadi bisu di laman maya, perlu bertegur sapa, perlu berukuhuwa dalam blog walking. Kalau ada yang gelar Etuza kepoh mulut tak berkunci Etuza terbuka terimanya. 
* Hanya satu sahaja "orang yang mengeji insan lain, sedang insan itu tidak tahu, insan yang mengeji itu umpama sedang memakan daging insan yang di keji" Marilah fikirkan hal ini.Kita tidak lari kemana melainkan kita dapat kemurkaan Allah. Terima lah blog Etuza dengan hati terbuka walaupun bergambar banyak.Terima kasih.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Yang baik PC jadikan panduan dan pedoman..yang kurang baik kita sama sama perbetulkan cikgu..mana ada insan sempurna..kecuali DIA..Allahu..eh..comel la kucing cikgu..siapakah gerangan namanya..mulus bulunya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon maaf jika tersentuh emosi entri Etuza ni. Etuza berharap dengan Enrti ni kita jauhkan dari mengeji ..tidak ada lah yang mengeji ..lebih kepada muhasabah Etuza, sebab terkena sendiri banyak gambar pula blog Etuza ni..risau sendiri ada yang muak tengok.
      ooo kucing tu melati namanya ..memang putih tul bulu dia tu.anak2 etuza jaga dan beri makan pada melati dan seekor lagi putih

      Padam
  2. Assalamualaikum cikgu.. Buang ketepi semua kata org yang penting kita ikhlas berblog. Rasanya ini adalah hak kita untuk berkongsi. Teruskan niat murni cikgu dgn perkongsian segala macam ilmu... InshaaAllah saya senantiasa sokong setiap penulisan cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..InshaAllah Ikhwan. Mohon maaf ya lain entri Etuza ni. Etuza ..lebih kepada nasihat jika ada yang tidak gemar gambar2 banyak dalam blog..

      Padam
  3. Inilah dunia penulisan alama maya...ada yang suka ada pun yang tak suka..
    Tak kira apa pendapat orang..yang pentinh minat kita lebih kepada menyampaikan apa yang harus kita sampaikan...setidak-tidaknya...anggap blog kita sebagai sahabat di saat kita berduka atau gembira...
    Yang tak berbalas komen...yang tak suka dengan image...kita abaikan dulu...
    Sebab kita menulis dari hati..tak perlu orang macam tu....
    Anda ada peluang....kita raih...andai kita ada usaha...jalan yang panjang berliku..boleh jadi jalan yang lurus...
    Bagi cik akak...orang suka...tak suka..itu adalah lumrah dunia..
    Anggap dan ambil hikmah di sebaliknya..
    Kenapa orang tak suka blog aku....
    Kenapa pula orang suka blog aku...
    Itu semua adalah pancaroba dunia penulisan alam maya...
    Apa yang penting bagi cik akak...penulisan yang ditulis dengan hati yang ikhlas..akan sentiasa segar menjadi pilihan pembaca...tak perlu gempak..yang penting hasilnya...penulisan anda...usaha anda berbaloi...

    Alamak panjang betul komen cik akak..boleh buat satu entri..hihi

    BalasPadam
  4. Cikgu, siapa yang mengata tu, biar Zumal cari dia!!!

    BalasPadam
  5. Bagi saya takde cacat cela nya blog etuza .Takde salah pun nak pamer gambar ...biarlah apa org nk kata.Blog kita curahan dari hati kita utk abadikn sebagai kenangan.

    BalasPadam
  6. Salam singgah!,
    Cikgu, dunia maya mahupun realiti, kita buat baik setara mana pun tetap akan ada yang tidak suka, tapi bila mana kita balas dengan kebaikan atau pun diam, kita jauh lebih baik dari yang mengeji,

    Satu saat yang mengeji akan penat, yang besabar akan bahagia, Moga Allah bukan pintu hati mereka. Blog kita perkongsian kita, selama mana ia tidak mendatangkan murka Allah terus kan. :)

    Jangan bimbang cikgu kalau kita ikhlas selalu ada yang menyokong . ok. teruskan memeberi dan menulis cikgu.

    saya juga mohon maaf seandai sebelum sebelum ni saya ada terdetik rasa tidak ikhlas. kita tidak tahu kan.

    BalasPadam
  7. Sedih lah pulak baca entri cikgu ni...kuatkan semangat tau cikgu...cikgu tahu tak diam tak diam dah hampir setahun yan ikuti blog cikgu...dan blog cikgu juga telah mengukir sejarah peribadi di blog yan..kerana tanpa disangka baru berapa bulan yan bina blog ..yan dah dapat rezeki yang tak disangka dari blog cikgu...ingat lagi tak ?

    BIARKAN ORANG NAK KATA APA...YANG PENTING CIKGU GEMBIRA DENGAN CARA CIKGU

    BalasPadam
  8. assalam..kita menulis menyuarakan rasa hati kita..bukan ada kena mengena dgn sesiapapun..abaikan saja komen2 negatif yg melunturkan minat cikgu blogging dgn gembira...mungkin hanya seorang yg xmnat n3 kita tapi beribu r juta lagi yg suka..

    BalasPadam
  9. cikgu Etuza!!!! sedih plak bila baca entri ni...cikgu perlu kuat semangat eh...JM pun pernah kena perli dalam ruang komen cara JM tulis entri..mmg teuk lah kena amat memalukan sampai satu tahap nak berhenti menulis tetapi JM ambil komen negatif tu sebagai satu cabaran..so don gibab n kipidab ehh

    BalasPadam
  10. Jangan sedih cikgu.. Aiza doakan semoga cikgu terus success di dalam penulisan blog.. Maaf sebab aiza jarang dapat blogwalking di blog cikgu.. Kekangan masa kerja menghadkan masa..

    BalasPadam
  11. Jangan gitu Cikgu, hidup kita mesti ceria..

    BalasPadam
  12. Bukankah saya sudah datang melawat Cikgu malam ni?? cam le kamu tu glemer UA oiiiiii.. sedarlah diri sikit, hu3

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.