Berjimat Pilih A Hendak Kualiti Pilih B Semua Ada Logika

     Selamat malam semua, tengah membaca entri di blog ke tu? Atau sedang membuat blogwalking sebagaimana rutin seorang bloggers dengan adanya kelapangan waktu malam. Etuza terpanggil nak percepatkan kemasukan Entri masih baru ini. Bagaikan baru keluar dari kotak akal atau dari gudang idea yang tidak pernah kering oleh aliran pemikir seorang blogger.

Kalau goreng pisang baru pasti laris. Hal entri ini serupa tulah agaknya lah sebab ini  dapatan petang hari ini sekitar jam 2.30 petang. Dalam sibuk kita bersukan satu negara hal-hal kerja lain kena juga buat. Ini Etuza hendak cerita hal batu bata. Ya batu bata untuk alat atau bahan buat dinding kongkrit rumah batu anda. Jemput tengok ada apa di catat pada A dan B. Nampak kan.

A & B menunjukkan beza harga dua jenis bata.
Bata putih & Bata merah ( bata masak )
    Etuza dan isteri Etuza sebenarnya pergi servey harga bata di kilang di jalan menuju ke Tenom. Pada tahun 2003 Etuza ada ke kilang bata ini untuk membeli langsung bata untuk bina rumah yang kami diami sekarang ini.  Etuza hendak bantu isteri menunaikan hajat sahaja sebenarnya bukan hendak bina rumah baru. Isteri Etuza hendak baiki ruang dapur rumah bapa mentua di kampung sebenarnya. Bila isteri ada niat baik tu umpama bina masjid baru untuk ayah dia. Etuza sokong sangat dan inilah jalan atau prosesnya. Sekarang ini apapun mahal, jika silap langkah duit tidak kecukupan, maka perlunya berjimat dan membeli bahan atau alat rumah yang berpatutan dan kena dengan harganya.

Apakah Maksud A Bolt Merah

# Merupakan harga terbaru bata merah ( bata masak ) mengikut jumlah bata 700 biji sebundle RM 310 dan less RM295 hanya kurang RM 5.00
# Harga bata 600 biji sebundle pula bagi bata merah ( bata masak ) RM 265 dan boleh dapat less RM 250 kurang RM15.00

Apakah Maksud B Bolt Merah

# Merupakan harga bagi bata putih ( tidak masak )bundle 600 biji berharga RM 210 dan less RM 195 kurang cuma RM 5.00.
# Harga bundle bata putih ( tidak masak ) 700 biji berharga RM 245 dan less RM 230 kurang RM 15.00.

Dalam keterangan ini jelas kita telah diberi perbandingan harga. Dan Etuza kira saiz dapur bapa mentua bukan besar, cukup ada ruang tamu di dapur  tempat masak dan bilik untuk store. Etuza agak dalam 4 atau 5 bundle bata. Jika hendak berjimat molek kita ambil harga B tetapi ada tetapinya. Sebab bata kurang kualiti dan Etuza difahamkan bahawa jika memilih bata kasar atau bata putih susana dalam rumah agak panas berbanding menggunakan bata merah yang kukuh serta lebih halus. Ambil pada harga A menjadikan struktur rumah lebih kukuh. Pilihan mana agaknya hendak di pilih. Biarlah kami yang memilih. Kedua bandingan harga itu masing-masing ada kekuatan. Pilihan ditangan kita pilihlah dengan bijak kan.

Etuza hendak tambah cerita. Dahulu bata merah tahun 2003 masih murah baru RM 145 sebundle atau RM 165.00 sebundle. Kenaikan bata zaman ini yang cukup tinggi. Itu harga bata ya, belum dicongak GST yang akan melekat dalam bil. Huuuu!!..tiada jalan pilihan kena juga membeli bata dalam masa terdekat ini.

Anda nampak tak gambar mama baju merah tu dan Etuza.
Besar pula tak kan tidak nampak..soalan cepu emas! ..


Inilah pintu gerbang kilang bata di Keningau berada di Jalan Tenom yang lebih kurang 8 Kilometer dari Bandar Keningau andaian Etuza lah. 
Tengok Keningau Bricks SDN. BHD. Milik orang Cina. Dan Pemilik kilang ini tinggal dekat kilang rumah pun besar banglo penuh dengan bunga-bungaan yang cantik. Siap dengan taman sekali. Apa lagi kami bergambar berdua saja. Mama baju merah Etuza baju hitam.

Banyak Etuza ambil gambar tapi memadailah hanya ini ya. Loading lama lah jadi hendak cepatkan Enrti meletup ni. Sebab jarang rasanya blogger buat entri hal batu bata ni. Diharapkan informasi ini memberi manfaat kepada kita. Salam sejahtera dan jumpa di entri esok hari.

Sebelum itu mari klik blog milik Karya Ku - PARIDAH..lihat dan nilaikan keajaiban kuasa Allah. Sebak membaca dan melihat dua insan ini.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Pernah juga ada masalah yang sebegini masa nak renovate dapur dulu. Saya memilih A kerana strukturnya lebih kuat dan faktor yang penting juga adalah dapur kita lebih sejuk. Maklumlah, kalau orang perempuan, banyak juga masa dihabiskan duduk di dapur, jadi ruang dapur haruslah selesa... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya betul..dapur kena selesa demi untuk kaum wanita...terima kasih pandangan ya

      Padam
  2. Untungnya beli bata ada diskaun...kat segamat macam tak dapat kurang..harga tetap

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kan daya kan Yan..mujur ada less tetapi kos hantar dan GST kan kena juga..so tiada beza,,,

      Padam
  3. Kalau saya pastinya pilih A, nak yang berkualiti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah ..gembira betul dgn kehadiran Umi..terima kasih masih ada kesudian..
      Kita lebihkan yang berkualiti sebenarnya...

      Padam
  4. Harga material sekarangni cepat berubah2... memang kena prihatin utk pilih yg terbaik dan berbaloi dengan perbelanjaan... waahh cikgu.. romantislah berdua... alhamdulillah... :) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebetulan ja tu KK, ada taman dekat kilang ni...lawa taman so ambil kenangan dengan kebenaran..tak di benarkan awal2 kami balik..

      Padam
  5. antara bta A dan B x jauh beza harganya so buat pilihah bijak :-)

    BalasPadam
  6. ya JM kena pilih secara bijak...itu yang tepat

    BalasPadam
  7. sekarang untuk membeli barang mesti kena buat kajian dan perbandingan. kena jadi pengguna yang bijak,

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.