Begitu Sekali Abu Talhah Dan seorang Ansar Pada Solatnya.

Tazkirah Petang Jumaat yang Indah
* Hari ini khutbah Juamaat di tempat Etuza ialah memperkatakan 10 awal Muharam banyak peristiwa dalam Sejarah Islam pada 10 awal Muharam hari Asyurah.
Marilah Beristigfarlah & Mohonlah Keampunan DariNya.
   Tazkirah Jumaat atau pengisian hal agama menjadi kemestian di laman Etuza setiap hari Jumaat. Namun Jumaat kali ini tidak memberi ruang secukupnya untuk Etuza laksanakan tugasan seorang blogger bagi menyiapkan entri hal agama atau tazkirah Jumaat atau hal-hal bersangkut paut hari Jumaat, penghulu segala hari.Kebetulan pula hari ini 10 Muharam hari Asyurah umat Islam ramai berpuasa sunat.

Masih tidak terlambat untuk kita lakukan satu hal entri agama dalam blog iaitu hal Abu Talhah dengan solatnya. Begitu sekali Talhah Dengan Solatnya. Abu Talhah suatu masa dahulu ketika hidup bersama Rasulullah, memiliki kebun yang penuh dengan buah-buahan tanamannya. Suatu hari Abu Talhah r.a.hu, melakukan solat di dalam kebunnya. Tiba-tiba  perhatian Abu Talhah telah tertumpu kepada seekor burung yang telah sesat di antara rimbunan daun-daun yang tebal. Mata Abu Talhah mengikuti gerak-geri burung itu sehingga ia terlupakan bilangan rakaat yang telah dilakukannya.Kelalaian Abu Talhah telah menimbulkan kekesalan yang tidak keruan di dalam hatinya. Selepas mengakhiri solatnya itu Abu Talhah berjalan ke arah rumah Rasulullah. Setibanya di hadapan beliau, Abu Talhah pun berkata:-

WAJIB KLIK SINI- Apakah yang berlaku
"Ya Rasulullah, kebunku telah menyebabkan aku lalai dalam solat. Aku mendermakannya pada jalan Allah.Tolonglah pergunakannya dengan cara yang sebaik-baiknya"
Peristiwa yang hampir-hampir sama telah berlaku kepada salah seorang Ansar. Dia telah mendirikan sembahyang dalam kebunnya. Tiba-tiba matanya terpandang kepada buah-buah yang telah masak ranum yang bergantungan di dahan-dahan pohonnya.Ini menyebabkan Ansar itu lupa bilangan rakaat yang telah dikerjakannya. Hatinya sedih tidak terkira-kira. Seorang Ansar itu pun membuat keputusan untuk mendermakan kebunnya itu. Diserahkan kebunnya itu kepada Usman. Usman kemudian, dijualnya kebun itu dengan harga lima puluh ribu dirham dan wang itu dibelanjakannya pada jalan Allah. 

Subahanallah, sungguh hebat ketaatan keimanan dua hambaNya ini. Abu Talhah dan seorang Ansar. Hari ini mampukah kita melakukkan hal sebegini sedangkan kita ada melakukan ketidak khyusukan dalam solat kita.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Allahuakbar..ampunkan dosa atas kelalaian hambaMu ini..

    BalasPadam
  2. Allahu , Jika dibanding dengan iman kita, jauhnya :(

    BalasPadam
  3. Subhanallah...istiqhomah dan putihnya hati mengingat PENCIPTA..

    BalasPadam
  4. Allahuakhbar.. jauhnya dari diri ku..

    BalasPadam
  5. Allahuakhbar nak dibandingkan dengan diriku jauh sangat :(

    BalasPadam
  6. jom sama2 kita berusaha jadi lebih baik

    BalasPadam
  7. Allahuakhbar..tak terlintas difikiran apabila tak khusyuk dalam sembahyang bila melihat sesuatu..

    BalasPadam
  8. insyaAllah semoga kita berusaha menjadi yang terbaik..

    BalasPadam
  9. Thanks cikgu..sama2 kita muhasabah diri

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.