Bahaya Tertinggal Gauze ( Gumpalan Kain ) Dalam Rahim - Segarkan Ingatan

Bahaya Tertinggal Gauze ( Gumpalan Kain ) Dalam Rahim - Segarkan Ingatan

Bahaya Tertinggal Gauze ( Gumpalan Kain ) Dalam Rahim - Segarkan Ingatan Etuza, Tidak Menyangka Kejadian Ini Juga Berlaku Kepada Wanita Lain.

Gambar Sekadar  Menghiasi Laman
Mama dan anak-anak. Afif yang bertopi
lahir tahun 2000.15 tahun sudah berlalu...
Subahanallah permata hati dari Allah
Asalamualaikum semua. Etuza blogwalking ke blog kegemaran dan pasti akan klik babab.net yang menjadi baclink blog Etuza. Sangat bersyukur dan berterima kasih kepada admin babab.net. Alhamdulillah membantu menerima dan promot apa juga entri di blog Etuza.

Mohon Berhati-Hati, Melibatkan Nyawa.
   Tahun 2000 anak lelaki Etuza bernama Afif mama lahirkan di hospital. Alhamdulillah kerana mama melahirkan bayi sihat dan cukup sifatnya. Air mata menyambut Afif bergenang di pipi. Masih terasa detik itu amat bahagia sekali bila dua nyawa selamat bersama. Setelah semuanya diurus kebenaran keluar wad kami bergerak balik ke rumah.

Malam selepas mama melahir, mama mengadu sakit perut bahagian bawah perut dan menyatakan sukar untuk buang air kecil. Bila rasa hendak buang air kecil mama tidak lawas dan keluar sedikit sahaja. Keadaan menambah kesakitan apabila mama sukar membuang air kecil.Hal ini berlarutan hingga 7 hari, Etuza sangat pelik memikirkan dan rasa begitu simpati. Etuza fikirkan kesan urat saraf biasa di rahim wanita sebaik baru melahirkan baby. Etuza tidak merasai peritnya melahir tetapi rasa pelik dengan mama  kali ke lima melahirkan baby kelihatan dia sungguh kesakitan menahan dalam rahim. 

Mama berpaut pada dinding di bilik air setiap kali mama ke bilik air, Etuza rasa ada sesuatu yang berlaku. Etuza bertanya kepada mama sakit bagaimana? Mama cakap seperti keras bawah pangkal rahim katanya.Tidak pernah mama begini katanya. Lain betul rasanya seolah ada benda menyumbat. Etuza tidak pula terfikir benda lain tetapi segera Etuza berdoa dan berdoa, pergi menemui ibubapa dan memberitahu keadaan mama.Etuza langsung tidak terfikir ada pihak nurse yang melakukan kesilapan. Jauh sekali bersangka buruk pada setiap mereka. Sebab ini pengalaman ke lima kali melahirkan anak.

Kemudian Etuza menemui Tuan Haji Karno ( Kini Arwah - Alfatihah pada arwah )Masa itu Tuan Haji ini memberikan sebotol air doa kepada Etuza. Segera kamu beri minum kepada isteri kamu katanya. Masa itu mama masuk  hari ke tujuh hari. Petang hari mama masuk ke bilik air, katanya pangkal bawah rahim sangat sakit dan seperti ada benda hendak keluar. Mama berfikiran benda yang akan jatuh adalah gumpalan darah nifas di rahim seperti selalu yang dia alami. Tapi apa yang berlaku mama amat terkejut apabila belum sempat mama masuk biliuk air satu benda berbunyi jatuh dari rahim mama. Ya Allah segumpal kain berlumur darah seperti gambar yang ada dalam cerita yang dikongsi oleh Norsyazwani Mohd Nasirudin, 25  klik ohmyduniaku untuk anda lebih mengetahuinya.

Etuza mohon agar tiap wanita  berhati-hatilah dan pastikan segera berjumpa ke hospital bila ada sesuatu yang pelik berlaku. Etuza segera memberitahu seseorang yang Etuza kenali memberitahu hal apa yang berlaku kepada mama. Individu itu mengatakan tidak apa tidak perlulah ke hospital katanya, kerana mama sudah selamat. Etuza pendamkan niat bersemuka dengan pihak yang bersama mama melahirkan bayi. Kenapa ya tidak berhati-hati? Proses itu kan diketahui, di pelajari dan diperaktikkan, kenapa ya? Sanggupkan melihat ada nyawa terkorban akibat perbuatan leka seperti itu. Semoga perkara ngeri ini tidak berlaku kepada sesiapa sahaja. Etuza berpesan ingat yakinlah bahawa Allah akan beri petunjuk apabila kita menemui jalan buntu pada masalah kesihatan kita.Dialah yang maha mengetahui.Terima kasih ya Allah.



Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

18 ulasan

SYUKUR ALHAMDULILLAH MASALAH TU XBERPANJANGAN KERANA PERTOLONGAN TUAN HAJI KARNO DGN IZIN ALLAH...TAPI KECUAIAN PIHAK HOSPITAL MENGENDALIKAN IBU2 BERSALIN YG MEMUDARATKAN KESIHATAN IBU2 XHARUS DIPANDANG RINGAN...MCM BENDA YG TERTINGGAL DLM BHGIAN SENSITIF WANITA YG SENTIASA DILAPORKAN BERLAKU..SBB TU ORG DULU2 MLS NK BERSALIN DI HOSPITAL...KATA MRK STAFF HOSPITAL TU BUKANNYA MAK BAPA KITA YG BERTANGGUNGJAWAB N SYGKAN ANAKNYA..

bahaya betul.. disebabkan kecuaian pihak lain, kita yang menanggung derita.. tapi nasib baik lah tak berpanjangan sakit tu dan telah elamat semuanya.. ni juga pengajaran buat kita semua tak cuai dalam apa-apa pun...

Alhamdulillah, tapi teruk ya yang di bloh ohmyduniaku tu. Kena bedah lagi sekali..kesihan tul..

Subhanallah..bahayanya...alhamdulillah semuanya selamat..

Semoga pengalaman ini, menjadi iktibar kepada ramai orang agar berhati2. Apapun manusia ini tak sempurna ada sahaja kelemahan diri..kerja melibatkan nyawa bukan perkara mainan..semoga ada kebaikan dan hikmah entri ini..

bila nampak di blog ohmyduniaku..teringat hal yg telah lalu..semoga ada kebaikan entri ini MKL

Bahaya..mujur boleh keluar..syukur alhamdulilah

Alhamdulillah, mujurlah tiada apa yg serius berlaku. Tetapi teruk juga isteri Cikgu terpaksa menahan sakit selama seminggu.

ya Allah..kesiannya..jadikan iktibar...

bahaya betul.. seharusnya pihak berkenaan berhati-hati..

Ya Allah... Bahayanya.... Teringat makcik saya... Bukan gauze.. Tapi uri masih tertinggal sedikit... Dia berpeluh peluh sampai basah baju... Darah pulak x henti2 keluar... Last2 pitam... Sedangkan dalam wad hanya ada makcik saya dengan sorang pompuan hamil.... Takkan tak dapat nak fokus dan berhati2... Wallahualam...Apa apa pun, syukur semua selamat...

alhamdulilah isteri cikgu tak ada apa2.. takut pulak nak beranak hahaha

ya Allah seram plak

Bahayanya..sebab tu jangan ada kecuaian bila melibatkan manusia ni..mujur tak ada apa-apa..

Subhanallah..bahaya betul la ..kena selalu berhati2 ..takut lya baca entri cikgu ..nasib mama takde apa2

Mama bersalin biasa k Cikgu?

Alhamdulillah proses melahirkan kesemua anak kami xder mslh, menerima layanan memuaskn biarpun di hospital kerajaan cuma.

Kita cuma insan biasa, x mgkn dpt lari dari kesilapan & perlu.maaf memaafi antara satu sama lain.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (184) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger