Welcome Lok Kawi Wildlife Park #1

Welcome Lok Kawi Wildlife Park #1

    Welcome di Lok Kawi Wildlife Park pada 23hb September 2015 bersamaan hari rabu.Impian hendak bersiaran di Lok Kawi bersama anak-anak tercapai pada hari itu. Syukur padaNya kerana memberikan kesempatan menikmati keindahan panorama alam di Lok Kawi di Sabah ini. Betullah kata - kata bahawa " Jauh berjalan luas pengetahuan).Banyak pengalaman yang kami sekeluarga dapat hasil dari lawatan terbaik keluarga kami ke Taman Lok Kawi.

Welcome di Lok Kawi ..ambil gambar kenangan kami
 di Lok Kawi Papar, Sabah

      Etuza terus terang belum ke Lok Kawi di Papar, Sabah. Hanya Etuza ada membaca di lama internet dan paparan siaran tentang Lok Kawi di kaca television. Memang sebuah kawasan yang menjadi daya penarik pelancong dalam negara atau di luar negara.Pada mulanya Etuza mengagak tempat - tempat menarik di Lok Kawi Wildlife ini pada satu kawasan sahaja untuk menempatkan pelbagai jenis haiwan yang ada di Lok Kawi. Anggapan Etuza meleset apabila sepanjang jalan terdapat berbagai sepsis haiwan serta sangkar tempat tinggal haiwan itu dengan saiz yang luas dan besar sekali, agar haiwan dapat dilindungi dan dapat dipelihara dengan baik.

Jam sekitar 10 pagi telah ramai pelawat datang dari pelusuk Sabah di Lok Kawi Papar, Sabah ini. Ramai sekali dengan berjalan beramai - ramai dari satu tempat ke tempat lain.Untuk mengambil gambar binatang dan pokok - pokok atau tumbuhan yang ada di jaga rapi inilah kesempatan sebenar untuk mendapatkan gambar yang menarik dari pada pelbagai arah dan jenis haiwan.

Welcome Di Lok Kawi Wildlife Park

* Menyediakan Pakej RM 10 tiket untuk - Dewasa
* Menyediakan pakej RM 5.00 tiket untuk kanak - kanak RM 5.00 
* Bayar dan dapat kan tiket di kaunter di hadapan sekali sebelum masuk ke arah sangkar haiwan.
* Lok Kawi Wildlife berada dalam sejauh 15 Kilometer dari Bandaraya Kota kinabalu Sabah.
* Ketika di Lok Kawi Wildlife Park, semua golongan di larang memberikan makanan kepada apa juga jenis haiwan.Ini diberitahu atas petugas di kounter dan pekerja lain.


Sedang menuju ke pintu utama taman ini. Anak - anak seolah tidak
sabar melihat binatang yang unik kelihatannya.
Daya Tarikan Di Lok Kawi Wildlife Menurut Blogger.

* Satu kawasan yang sangat luas, redup dengan dedaun pepohon hijau yang menarik perhatian sesiapa sahaja melihat.
* Udara bersih dan membekalkan oksigen yang sangat bagus untuk bersiaran pada masa cuti sekolah.
*Melihat keindahan pepohon dan tanaman bunga-bungan dan herba menghias jalanan amat menimbulkan rasa kagum kepada yang kuasa.
*Melahirkan rasa menghargai alam sekitar. Dapat merasakan nikmatnya melihat keunikan haiwan yang berbagai jenis, nama dan fizikal mereka.
* Boleh menemui ramai orang yang datang melawat di kawasan ini.Serta dapat mengabadikan kenangan berkunjung ke sini dengan mengambil gambar.

Inilah pintu utama serta tempat kaunter di Lok Kawi Papar Kota Kinabalu
Etuza kongsikan perasaan gembira selepas dapat tiket.
Anak - anak juga merasa amat gembira bersama Etuza dan ibu mereka di Lok Kawi
Kempen Membaca KLIK untuk di baca
Memulakan perjalanan ke kawasan haiwan ...tidak sabar
untuk mengambil gambar haiwan yang ada.
Jangan lupa gambar kenangan ketika berkunjung
ke Lok Kawi Papar ini.
    Jemput datang ke Lok Kawi Papar Sabah, kerana dengan kunjungan pertama kali anda akan merasa satu kepuasan dan serta  minda yang penat bekerja akan merasa tenang melihat keindahan alam semulajadi serta makhluk alam haiwan. Di masa akan datang, rancang percutian bersama anak - anak anda. Selamat datang ke Lok Kawi Wildlife Papar, Kota Kibanalu. More infor VIRAL nak tahu teruskan klik.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

Dulu masa abah yan tentera..nak dipindahkan ke lok kawi..tapi mak taknak..sebab jauh dari keluarga...

Tak sangka lok kawi juga ada zoo

harga tiketnya tak lah mahal..berbanding dgn pengalaman yg dikutip disana..

Walau sekadar melihat dari gambar kakak dapat gambarkan keseronokan itu
Apa lagi kalau perginya sekeluarga - happy berganda pastinya:)

Tempat yang menarik untuk dilawati terutamanya musim cuti sekolah..

Seronok laaa dpt jln2 satu family

ya tiket berpatutan...Zoo ni macam ada..puas tengok memerang berenang2..

betul..nampak anak2 happy..banyak binatang yang belum mereka nampak depan mata ..kali ni semua real depan mata

Family time. Anak-anak mesti suka bila dapat jalan-jalan dengan keluarga.
Bila la nak sampai Sabah. asyik tergendala saja.

Tempatnya cantik, harga tiket pula berpatutan. Memang patut ke sana

ya ada zoo dekat lo kawi ni iryanty

menarik!!! Ntah bila nk ke sana

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger