Tragedi Ngeri Kren Runtuh Di Mekah

Tragedi Ngeri Yang Tidak Di Sangka Di MekahRuntuhan  Kren  Mengakibatkan Panggilan Ajal Kepada 62 Jemaah Haji sept 201

Gambar dari laman Sinar Harian 
Gambar Etuza ambil dari laman Themalaya.
Terima kasih Google search
       Etuza ada mengikuti beberapa pembacaan di blog teman - teman tentang tragedi kren jatuh terhempas di Mekah minggu lalu. Dalam berita di TV menyatakan bahawa kejadiaan itu berlaku apabila angin ribut petir yang sangat kuat di Mekah. keadaan sebegitu pasti ada yang akan musnah dan rosak. Bila keadaan sebegitu berlaku kita yakni manusia tidak akan juga ketahui. Semuanya di atas ketentuan Allah. Allah uji Dunia dan Allah uji seluruh umat nabi Muhammad agar teruskan perjuangan mencari keredhaanNya. Senjata utama yang dapat di lakukan ialah berdoa semoga saudara kita yang pergi naik Haji tahun ini akan selamat menunaikan ibadah suci ini.

Kepada yang terkorban mari kita hadiahkan mereka dengan doa dan Alfatihah. Sesungguhnya apa yang paling dekat dengan kita adalah hal kematian. 

Setelah Etuza meneroka membaca untuk membantu mempastikan nama Jemaah haji yang datang ke Mekah alhamdulillah nama jemaah haji dari Keningau tidak ada disenaraikan. Etuza di khabarkan Pengetua SMK Keningau bernama Ahmud Saribin serta isterinya Normah Tahir ( Suami Isteri ) juga dalam jemaah haji di Mekah ketika ini. Etuza yakin mereka berdua dalam keadaan selamat. Kepada sesiapa juga saudara yang ada keluarga yang sedang menjalankan ibadah Haji di Mekah ketika ini marilah bersama mendoakan mereka agar sempurna haji mereka dan selamat kembali ke Malaysia nanti.

Pray For Jemaah Haji Di Mekah.



" Allah tahu kenapa kita diuji, pasti ada hikmah yang Allah tunjukkan. Allah tahu umatnya yang selalu memuji bertasbih kepadaNya di sayangi
dan di kasihiNya. Lalu apakah yang mampu  kita katakan selain Allah huakbar Subahanallah Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui
dan maha melihat segala apa yang terjadi di dunia ini"

Ini Etuza sertakan makluamt di Kosmo Online dan satu lagi di tulis oleh Tribunalkaltim.com.Semoga memeberikan sedikit penjelasan  mengenai informasi yang cedera dari Jemaah haji Malaysia 2015.

PETALING JAYA -" Jemaah haji Malaysia yang cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah ialah Zainul Arifin Zulkifli, 36, dari Batu Caves, Selangor; Ahmad Muzafar Mamat@ Adam, 39, Bangi, Selangor; Mohd. Nor Azman Hassan, 44, dari Cheras, Selangor; Noordin Wahab, 59, dari Kuala Terengganu; dan Abdul Razak Mahmood, 61, dari Tanah Merah, Kelantan.
Yang lain ialah Mat Deris Mohd. Noor, 62, dari Bachok, Kelantan; Mohd. Sharif Meon, 64, dari Klang, Selangor; Faridah Mat Yacob, 46, dari Bachok, Kelantan; Rusiah Baba, 50, dari Cheras, Kuala Lumpur; dan Faridah Mansor, 63, dari Dungun, Terengganu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kesemua waris mangsa yang cedera dan yang masih belum dikesan telah dihubungi pihak Tabung Haji (TH) semalam."
TRIBUNKALTIM.CO - "Sebanyak 62 jamaah tewas dan 30 jamaah luka-luka setelah derek atau crane terjatuh di sekitar Masjidil Haram Mekkah hari ini seperti dilansir Dailymail.
Beberapa gambar mengenai kejadian jatuhnya crane beredar di media sosial memperlihatkan korban berlumuran darah berserakan di lantai masjid di lokasi derek menghantam langit-langit masjidil Haram.
Insiden ini terjadi terjadi saat jutaan jemaah hadji dari berbagai belahan dunia melaksanakan ibhada haji tahunan pada bulan in"


Klik juga hal SINI  mungkin anda mampu tersenyum
melihatnya.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Balasan
    1. ada 8 orang jemaah haji Malaysia dikgabarkan masih hilang di Mekah..simpati tul ni JM

      Padam
  2. Ahmud Saribin mantan pengetua sekolah saya.. Beliau memang terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dia lah dah pindah di SMK keningau kan..pengetuan kepada anak Etuza sudah...

      Padam
  3. Al-Fatihah buat semua mangsa. ujian dari Allah

    BalasPadam
  4. Al Fatihah... Semoga jemaah Haji lain dipermudahkan kerja ibadah mereka...

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah
    Semoga dipermudahkan urusan mereka di sana

    BalasPadam
  6. Semoga Para korban luka diberi kesabaran dan kesembuhan, korban meninggal semoga diterima amal ibadahnya dan diampuni dosa2nya. Dan tidak lupa semoga keluarga yang ditinggal tabah dan sabar dengan musibah ini. Aamiin

    BalasPadam
  7. semoga keluarga mangsa tabah dengan dugaan ini

    BalasPadam
  8. Al-fatihah.. mereka ini antara org terpilih untuk dikebumikan di tanah suci...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.