Tips Belajar Berkesan Di Dalam Kelas

Tips Belajar Berkesan Di Dalam Kelas

( Mohon maaf templete blog Etuza sedang dalam pembaikan)
Bloglist dan alat lain akan di pasang dari masa ke semasa.
Harap maklum 


      Kali ini Etuza hendak share kan tips belajar berkesan di dalam kelas khasnya kepada semua golongan yang sedang belajar baik kanak-kanak, remaja atau juga golongan dewasa yang hadir dalam kelas untuk belajar. Dan kita sama - sama amalkan tips belajar berkesan dalam kelas ini, dengan harapan semoga cara belajar ini benar - benar membantu tingkatkan prestasi dalam kefahaman terhadap pelajaran di dalam kelas. 

Tips tersebut dengan menggunakan 3 Perkara Utama.

1. Tips Tengok Cikgu Mengajar
     Tips tengok guru mengajar dengan kedua mata, seharusnya individu pelajar harus dalam keadaan sedia dan tengok guru di hadapan. Perhatikan guru untuk memulakan penumpuan dalam kelas. Tengok guru dengan penuh perhatian akan menjadikan pelajar fokus belajar dalam kelas. Tengok guru dengan penuh minat dan daya tumpuan kontek mata. Bila pelajar tengok guru, maka akan mulai meresap segala ilmu yang guru curahkan. 
Tengok guru merangkum kepada :- 
* Keadaan cara  guru ketika mengajar menerangkan pelajaran.
* Tengok tiap pergerakan guru, apa guru buat di hadapan. 
* Tengok apakah bahan bantu guru mengajar. Perlu pelajar tengok betul-betul maka proses cepat memahami isi pelajaran akan bermula. Berbanding pelajar yang lalai dan tidak tengok   guru memang akan jauh ketinggalan dan lebih parah lagi apabila satu perkara yang guru terangkan tidak difahami oleh pelajar.

2. Tips Dengar Cikgu Mengajar
     Tips dengar guru harus dengan telinga. Selepas tengok guru kena dengar tiap apa guru cakap atau terangkan dalam kelas. Ketika guru bercakap menerangkan isi pelajaran lah paling banyak ilmu guru curah berbanding dalam buku  ( ini menurut seorang penceramah motivasi keibubapaan ). Maka keperluan benar-benar mendengar harus dilakukan. Fokus tengok dan dengar guru menerangkan pelajaran pasti pelajar menjadi cemerlang menguasai ilmu pelajaran di dalam kelas.

3. Tips Faham Cikgu Mengajar.
    Tips seterusnya ialah Faham Cikgu mengajar. Bila elemen tengok guru dan dengar penerangan guru di dalam kelas pasti elemen ke tiga iaitu Faham Cikgu akan berlaku. Faham merujuk kepada kefahaman kepada isi pelajaran, faham cara dan kaedah guru mengajar serta faham tips berkesan guru mengajar sesuatu tajuk pelajaran.
Elemen ketiga adalah pokok paling tinggi di antara 3 perkara tips belajar berkesan dalam kelas. Bila pelajar tengok ( fokus ) dengar cikgu bercakap dengan teliti serta tupuan yang baik maka apa juga ilmu pelajaran akan mudah di fahami. Malah apabila diadakan ujian atau kuiz semua pelajar akan mampu menjawab dengan baik. 

Kepada ibubapa sampaikan kepada anak-anak masing-masing iaitu ada 3 perkara utama agar dapat menambah prestasi memahami dan mengetahui isi pelajaran di kelas dengan cara Tengok Cikgu, Dengar Cikgu dan Faham Cikgu. Pasti setiap pelajar di dalam kelas akan cemerlang dalam prlajaran serta dapat bersaing hingga ke tahap lebih tinggi. Cubalah terapkan 3 perkara kepada anak-anak masing. 

Tiga elemen ini jika seseorang individu guna kan amalkan sentiasa ketika belajar di dalam kelas pasti akan 100 % memahami dan mengetahui akan apa juga yang individu pelajar itu pelajar bersama cikgu di dalam kelas. 

Jika berminat teruskan klik SINI

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Tips ini sangat berkesan guru dan ibuba harus terap kan dlm minda murid.moga ada kesan positif.Keterangan belum siap, inshaAllah etuza akn di sambung mohon etuza di maafi

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. minta maaf ya tak sempat siap pagi subuh tadi...inshaAllaha akan siapkan

      Padam
  3. assalam...perlu fokus bila cikgu mengajar kan cikgu...

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum cikgu...harap cikgu dapat huraikan 3 tips tu...tq cikgu perkongsian

    BalasPadam
  5. Tips berguna, moga ilmu diperolehi barakah ^-^

    BalasPadam
  6. Harap tips ni dapat bantu Nad study. Tinggal nak amalkan je hehe :)

    BalasPadam
  7. tips yang saya kira terbaik untuk di fahamai tengok guru, dengar guru dan fahamkan guru..memang inilah jalan jika nak faham p & P di dalam kelas

    BalasPadam
  8. betul,harus di fahamkan cara mengajar di kelas yang benar

    BalasPadam
  9. Betul tu..3 tips yg berkesan. Badan juga perlu sihat dan cergas supaya dpt beri tumpuan yg penuh.

    BalasPadam
  10. boleh kongsi tips ni dgn adik bongsu JM :-)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.