Tetamu Allah Pusara Di Mekah

Lima Jenajah Selamat Dikebumikan Tanah Arab
Selepas Meninggal Akibat Terkena Runtuhan Kren
11 hb Sept 2015 
Alfatihah.
Lima senarai jemaah haji wanita terkorban di Mekah
pusara di Mekah
     Jemaah Haji wanita dari Malaysia kini telah dikenal pasti dan disahkan meninggal dalam kejadian runtuhan kren di Mekah yang barlaku pada hari Jumaat minggu lalu.Mereka yang terkorban adalah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah, Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Rusiah Suar, 56, Sungkai, Perak dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

Sementara 2 jemaah haji lelaki rakyat Malaysia telah di sahkan salah seorang selamat dan seorang lagi belum diketahui statusnya selamat atau sebaliknya. Menerusi berita di TV 1 jam 8 malam Etuza sempat menonton dan mengambil beberapa maklumat mengenai perkembangan terbaru jemaah haji Malaysia di Mekah khasnya perkembangan terkini jemaah yang terkorban. Seramai 107 yang terkorban dalam insiden runtuhan kren di Mekah mukarramah September 2015.

"Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengesahkan selain Allahyarham Rusiah, tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat" Awani Astro .

Sembahyang jenajah ghoib telah dilakukan oleh keluarga mangsa runtuhan kren di Mekah pada hari ini serta tahlil bacaan Yassin oleh pihak keluarga dan ada yang diadakan di masjid  serta di rumah mangsa  hari ini. Tabung Haji Malaysia memaklumkan bahawa semua jenajah dikebumikan di tanah Arab Mekah. Alfatihah kepada tetamu Allah, kekasih Allah di bulan haji di Mekah pada tahun 2015. Semoga roh mereka tenang di alam barzak dan diampunkan dosa serta ditempatkan di sisi orang - orang yang bertaqwa.

Melihat keluarga arwah yang meninggal dan pusara mereka di Mekah kelihatannya tenang hadapi ujian yang menyayat hati ini. Mekera redha dengan ketentuannya. Mereka merelakan pemergiaan jemaah haji wanita. Namun bagi rakan sebilik mangsa bernama Rusia amat hiba dan sedih hingga menangis menceritakan detik ngeri kren jatuh dengan bunyi hempasan yang sangat kuat. Rakan sebilik arwah Rusia ingin mencuba menyelamatkan arwah Rusia tetapi di halang oleh pihak berkuasa dan terpaksa akur dan melihat Rusia terbaring di tempat mereka iktikap bersama.

Bila Allah menjemput tiba.Maka tiada lagi yang mampu menghalanginya.Bersemadilah tetamu syurga Allah di Mekah..Pusara mereka di Mekah.Menjadi tetamuNya di bulan Haji..Marilah rakyat Malaysia . 

Hadiahkan al- fatihah kepada  mangsa  dan  tabah kan hati dengan  ujian ini ,terima lah ketentuanNya. 

Bacaan yasin & tahlil kepada arwah yang telah
selamat dikebumikan.
Menyayat hati..tetapi tidak seorangpun
dapat mengelak apabila ajal tiba. 

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. tetamu Allah dikasihi Allah semoga di sisi-Nya di jannah...insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Alfatihah..mereka tetamu hebat..semoga amal kita diterim Allah

    BalasPadam
  3. Innalillah.. Al-Fatihah buat semua yang terkorban.

    BalasPadam
  4. AlFatihah. Hati sayu bila baca kisah ni. Mereka insan yg terpilih, tetamu Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedih jg melihat keluarga bersedih..moga Allah tabahkan hati mereka..jauhnya pusara mereka ni ..

      Padam
  5. Alfatihah..kepada Allah jua kita akan kembali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alfatihah..moga arwah semua ditempatkan dalam alam barzak yang aman..

      Padam
  6. Al-fatihah..mereka insan terpilih..

    BalasPadam
  7. Al Fatihah... mereka insan terpilih beruntung meninggal di Masjidil Haram dan tanah suci.. Allahuakbar..

    BalasPadam
  8. Al Fatihah... Moga keluarga mereka tabah dengan dugaan ini...

    BalasPadam
  9. Al-fatihah.. saya ad terbaca kisah2 mereka sebelum ke tanah suci.. subhanallah..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.