Teknik Agar Blog Ramai Pengunjung

Teknik Agar Blog Ramai Pengunjung

Apakah Teknik Mudah Blogger Agar Blog Ramai Pengunjung.


Tentu sahaja ramai bloggers yang mahukan atau impikan blog dikunjungi ramai orang. Apabila ramai pengunjung maka rangking blog kita di carian search google akan sentiasa di atas. Bermaksud juga blog anda dalam keadaan mendapat peratusan tertinggi dalam paparan halaman harian atau pun sepanjang masa dalam internet jaringan maya sosial. Terasa tiada siapa yang mahu blog kesayangan kita itu tidak langsung di klik dengan erti kata lain tidak tampil seorang pun yang datang membaca paparan blog anda.

Blog kita sebenarnya telah disediakan domind segala alat pengukur yang hanya kita sahaja sepatutnya memeriksa sendiri melalui papan pemuka akaun blog anda. Dengan tindakan rajin melihat item carian jumlah pengunjung, paparan halaman, analisis google dan sebagainya itu pasti kita ketahui prestasi blog peribadi kita.

Untuk menjadikan blog ramai pengunjung bukanlah sesuatu yang mudah seperti makan kacang sahaja. Tetapi perlu banyak usaha dan tidak putus asa menampilkan blog lebih mesra maya. Antara tips yang mudah untuk menaikkan jumlah pengunjung blog anda ialah seperti berikut.

1. Tulisan artikal yang berkualiti. Original paparan sendiri dengan kretiviti sendiri. Tulisan copy paste dikatakan sangat merbahaya kerana mengakibatkan blog kita tidak bermoral atas cubaan mencedok artikal blogger lain. Tulisan mesti mudah difahami, mampu memberi kepuasan kepada pembaca dan adanya usaha menyelesaikan masalah pembaca. Seperti tulisan kita telah menjadi rujukan kepada pembaca.

2. Perlu ada tema atau tajuk utama artikal. Dengan tajuk utama artikal maka pembaca akan mempercepatkan kefahaman terhadap maksud dan tujuan catatan kita pada hari itu.Adanya tajuk yang menarik akan menjadikan pembaca akan membaca catatan anda dari mula hingga habis dan itu sudah satu kejayaan blog kita.

3.Bersedia berkomentar dalam blog anda. Pengunjung yang biasa dengan blog kita akan meletakkan komentar mereka maka kita harus bersedia membaca komen dari pembaca blog kita.Blog yang paling banyak mendapat komentar di kira blog yang berjaya merai pengunjung yang ramai dan blog anda diminati oleh pembaca.

4. Perbanyakkan artikal terkini, menarik dan segar dengan informasi menarik hasil dari daya imaginasi anda sebagai blogger. Mempamerkan bahawa blog anda tidak tersorot ke dalam search google.

5. Blog ramai pengunjung juga pada blog anda apabila anda seorang yang kreatif dari segi daya berfikir. Tinggi imaginasi yang membawa banyak manfaat kepada pembaca maya.

Jika di lihat di laman sosial terlalu banyak teknik yang dikatakan akan mampu blog kita dikunjungi ramai orang. Termasuk teknik SEO anda sebagai blogger, penggunaan templete dan sebagainya adalah antara yang menjadikan blog tampil segar dengan pengunjung yang ramai. Tetapi secara asasnya Etuza pilih 5 tips mudah untuk kita lakukan blog kita naik ke atas rangking search google yang kita inginkan. Sila manfaatkan informasi hasil kajian Etuza hari ini tentang Teknik Agar Blog Ramai Pengunjung.

Mendidik Remaja Membentuk Masa Depan Gemilang - Sila baca juga ini.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

24 ulasan

belajar tips dari blogger2 yg hebat...

TIPS YG BAIK UTK DIKONGSI BERSAMA NI...TQ

ya betul kena juga membaca agar kita ada ilmu menampilkan blog lebih baik dari yang dahulu

PI memang untuk di kongsi yang mudah2 ja..SEO masih belum faham sangat hehehe

bagus perkongsian tips untuk ramaikan pengunjung ini.. sangat bermanfaat..

terima kasih info ni ye..PC pun sedang berusaha perbaiki penulisan..

Terima kasih atas perkongsian tips oleh Cikgu Etuza ini ^-^

Apa yg penting kita happy utk menulis dan tulisan itu memberi nilai atau bermanfaat kpd semua..

Wah menarik nih, tq sharing. Cuma skrg tk punya byk masa mcm dulu, saya menulis sekadar jgn blog saya menjadi sepi je, hu hu

Teknik yang sangat bagus :)

Ya betul tu. entri nhe memberi teknik agar blog ramai pengunjung dan pasti blog cikgu etuza akan menerima visitor yang banyak untuk entri ini :)

naik jg sedikit view..manalah tahu blogger lain buat entry meletup pula Cal hehe

Sama2 kita belajar ya PC

kalau ada masa updated kan blog lah ..jangan ikut Etuza ada masa mood bagai terkubur sukar nak kelaurkan semula

setuju sangat..tak pe nak terkenal yg pentng catatan di blog memberi kepuasan pada kita atau or luar

terima kasih etuza berkongsi tips :)

tak apa..ada masa updated lah blog..

ramai blogger sda ba..uat entry macam ni Calr tapi Etuza buat refresh balik saj

Bagus tips ni cikgu :-))
newbie macam yan ni amat memerlukan pengunjung

tips yg sangat menarik..akan cuba apply tetapi JM x pandai share story lain selain travel huhuh

JM x mengharapkan ramai pengunjung tetapi mengharapkan tips or tempat yg d kongsi akan menjadi rujukan dan panduan buat semua

Terima kadih di atas perkongsian ini..

Saya setuju dgn akak kamsiah

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (445) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Promosi. (313) Doa (312) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Artis (20) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger