Sungai Pegalan Tetap Mengalir Ke Muara Laut

Sungai Pegalan Tetap Mengalir Ke Muara Laut

   Inilah Keadaan Sungai Pegalan ( Pegalan River ) Berdekatan Kampung Halaman Etuza. Masih kelihatan mengalir dengan deras dan tenang. Melihat keadaan Sungai Pegalan ini, Etuza terbayang ketika sekitar zaman kanak - kanak hingga Etuza berusia 16 tahun. Inilah Sungai Pegalan tempat Etuza serta sahabat lain bermandi manda dengan seronok sekali.


 Dahulu Sungai Pegalan bukan begini keadaannya. Dahulu Sungai Pegalan ini Etuza dapat katakan seperti berikut ini:-

* Air Sungai Pegalan Jernih sekali
* Banyak pohon - pohon kayu tumbuh di tepian sungai ini terutama pokok buluh.
*Kalau banjir air tidak akan memakan atau meruntuhkan tebing sungai.
* Airnya dalam dan sangat seronok sebagai tempat mandi dan terjun ke dalam sungai.
* Tidak merbahaya, airnya tiada sampah di buang.
*Tiada manusia maut di Sungai Pegalan ini ketika Zaman Etuza walaupun airnya dalam. Betul ada kawasan2 tempat kami mandi manda dan tempat menarik antara sebab kedalamannya yang sangat dalam.
* Sungai Pegalan menjadi tempat kami bermain, tidak perlu takut ke Sungai Pegalan. Sekitar 80an hingga ke 90an.
*Banyak batu-batu besar dan banyak ikan dan udang.
* Ramai pengunjung mencari ikan ketika waktu malam. Lalu penangkap ikan akan memasang unggun api buat memanaskan badan selepas berendam dalam air berjam-jam di waktu malam.

Tempat Permulaan Niak Jambatan..panjang tau jambatan gantung ini.

Ambil Gambar Ismat Afif menemani Etuza berkunjung ke Sungai Pegalan hari ini.

Jambatan menghubung ke seberang Sungai Pegalan. Sampai ke seberang sana, akan jumpa pula Kampung Toboh Laut.


Hari ini zaman kian maju baru sebentar tadi Etuza membuat lawatan ke Sungai Pegalan yang agak lebih kurang 4 KM jauh dari kampung kelahiran Etuza. Etuza melihat perbezaan keadaan Sungai Pegalan hari ini dengan suatu masa dahulu. Etuza dapat katakan seperti ini:-

* Sungai Pegalan semakin leber, cetek dan agak keruh, air tidak bersih tidak jernih dan sesuai hanya untuk membersihkan kereta kita sahaja serta buat menyiram pokok tumbuhan jika berdekatan dengan kebun.
* Air tidak dalam cetek akibat pasir di tepian dan batu - batu kecil di ambil oleh syarikat tertentu.
* Banyak kumbahan batu - batu kecil membentuk seperti gunung kerana batuan dikumpulkan sebagai stok yang bakal di hantar ke kuari batu ( Kilang )
* Banyak sampah di tepian atau di tebing sungai.
* Sungai Pegalan telah banyak nyawa terkorban di Sungai ini. Kemungkinan akibat tiada asas untuk berenang walhal Sungai Pegalan kini bukan dalam seperti dahulu. ( ajal mereka meninggal dalam Sungai Pegalan ) 
* Tiada lagi yang berkunjung di Sungai Pegalan ini, melainkan ramai orang kampung baik di kampung Etuza atau di kampung lain merasa takut lama berada di Sungai Pegalan pada masa ini.
* Anak - anak ikan kurang, udang semakin pupus.Tiada lagi orang kampung bergotong royong pergi beramai -ramai ke Sungai Pegalan menangkap ikan ketika waktu malam.
* Telah ada jambatan gantung yang cukup kuat menghubung ke seberang sungai atau ke Kampung Toboh Laut, Keningau.

Nampak beza Sungai Pegalan Dahulu dan sekarang. Begitu rakus manusia mengolah alam hingga struktur asal berubah menjadi satu kawasan yang tiada lagi keindahan pada Sungai Pegalan di Keningau Sabah. Dan untuk pengetahuan anda Sungai Pegalan ini akan mengalir ke Muara Lautan. Dan lautan hanya akan kita dapat lihat di kawasan Kota Kinabalu, Sabah.Lebih kurang 140 KM dari desa Etuza. Jauh tu.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

20 ulasan

Apa nama asal usul sungai pegalan cikgu? Ada info ka?

Saya kurang pasti Jaf..cuba cari di internet mana tau kan..akan saya tanya orang lama

gayat plak nak jalan atas titi gantung tu

byk sampah? aduss...sudah tercemar lah..kenapa org suka bersikap suka buang sampah selain dalam tong sampah ye..x faham betul

ramai terkorban? maybe airnya deras tu..isshh x sesuai lah nak mandi2 kat sini...takut plak

hahaha JM sangat kuat dan tinggi ..mula2 gayat..lama2 ok ..orng kampung lalu untuk mencari anak2 rebung serta ke kampung seberang..

tak selamat lagi untuk mandi Sungai Pegalan ni JM..sayang sekali..ya ada ja sampah...mujur air alihkan sampah plstik tu..tak boleh mandi dah di sungai ni, kalau nak mandi juga kena cari kawasan yang bersih dan jernih..kawasan ni ada penggalian batu2

tenang bila dengar deru air..

ada kesilapan, kanak2 zaman sekarang kalau tengok air tak ingat keselamatan dah, main terjun ja walhal tak tahu berenang ..nampak cetek sebenarnya bahaya jika x reti berenang. Tahun lalu disember ada remaja 13 tahun meninggal..kesihan pada ayah dia..ibu dia..ajal dia JM

ya tenang ja..bahasa alam semulajadi

Susah nak nampakk sungai bersih macam ni...

Salam singgah malam cikgu....panjang juga jambatan tu....ingatkan tadi jambatan tamparuli...hihi

cantik juga sungai pegalan tu ada jambatan gantung yg panjang lagi..

Cikgu cantiknyer sungai ni..Tapi tgk jambatan gantung tu buat Lya takut la Cikgu..hehehe kita gayat takut laaa

iya jambatan gantung di Keningau di Sungai Pegalan ni Mardiana..panjnag juga tu

panjang jg tu ..sungai ni memang sungai yang terbesar di Keningau

sungai ni cantik juga ..cum akurang air terjun ..kemungkinan kerana sungai ni besar dan buka dari arah bukit

Bestnya ada jambatan gantung..

Iryanty A sebenarnya sungai pegalan ni dah tercemar kotor..keruh ..terlalu banyak perkampungan yang ada dan mengguna sungai ini..yang tak bertanggungjawab membuang sampah, buang najis pun ada jg dalam sungai ni...sayang khazana alam

Gerun tengok jambatan tergantung tu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (446) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Doa (313) Promosi. (313) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (24) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger