Semarak Bulan Kebangsaan Yang Sebenar

Putera Etuza Abadikan Kenangan Depan Tugu 
Peringatan Yang Ada Di Kampung Banjar, Keningau, Sabah

Malaysia Sehati Sejiwa 

     Sambutan Bulan Kemerdekaan masih lagi terasa bahangnya. Ini berlaku ekoran dari menunggu detiknya tiba Hari Malaysia di mana Hari Malaysia setiap tahun di raikan di Malaysia pada 16 Sept 2015 setiap tahun. Sebab itu jika di lihat di seluruh negara masih kita lihat di sana - sini gemilangnya Jalur Gemilang berkibar di udara dengan megahnya sekali. Tiang bendara belum lagi di buka kerana menunggu saat gemilang kemerdekaan seMalaysia dengan kemasukan Sabah & Sarawak dalam Malaysia pada tahun 1963. Dengan itu maka serentak sambutan hari Malaysia di tiga benua utama Malaysia iaitu di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Pasti lagi gempak sambutan Hari Malaysia nanti.

Datuk Seri Ahmad Shabery yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam ucapan melancarkan pra pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan menegaskan bahawa Tema Bulan Kebangsaan 2015 adalah mencerminkan Roh Kesepaduan,Kesefahaman Kekitaan dan Kemanusian seluruh rakyat Malaysia ini.

Kali ini bermula lah era bahawa sambutan Bulan Kemerdekaan yang biasa disambut ditukar dengan rasminya dengan sambutan Bulan Kebangsaan agar berlaku kesamarataan sambutan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Selain itu rasional lain mengapa Tema Bulan Kebangsaan di ambil adalah kerana penggabungan sebenar Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia adalah jatuh pada 16 Sept 1963.

Konsep Malaysia Sehati Sejiwa lebih kepada penekanan seperti berikut:-

A. Perpaduan Kaum & Suku Bangsa.

Merujuk kepada perkataan Sehati Sejiwa, membawa maksud semangat antara semua kaum yang berbeza, bersatu hati agar sepakat menjaga keharmonian negara Malaysia. Pastilah perlakuan memperlekehkan kaum, menjatuhkan maruah suku bangsa lain adalah di tegah sama sekali. Semua lapisan masyarakat Malaysia juga harus mengekalkan hubungan yang baik antara kaum tanpa membezakan layanan dan kemesraan antara satu dengan yang lain. Dengan cara ini perpaduan dapat di pupuk.

B. Kesefahaman.

Kesefahaman membawa maksud memahami budaya dan adat resam sesebuah kaum serta mengenali budaya mereka tanpa melihat satu bentuk budaya tiap kaum di Malaysia sebagai sesuatu yang ganjil dan pelik, melainkan melihat budaya itu mengikut kaum etnik di Malaysia sebagi sesuatu budaya yang unik dan membanggakan dan sebagai warisan etnik Malaysia juga. Apabila kesefahaman wujud maka terbitlah rasa hormat menghormati dan saling memerlukan antara pelbagai kaum dan budaya. Kesefahaman ini juga akan mudah terlaksana apabila penyatuan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar  di guna pakai oleh segenap lapisan masyarakat, maka wujud dan terseraplah perpaduan kaum yang sebenarnya. Maka mudah bagi tiap genarasi berinteraksi antara kaum.

C. Kekitaan

Semangat kekitaan juga perlu di pupuk dalam jiwa masyarakat khasnya dari zaman kanak - kanak. Dengan cara ini jiwa kanak-kanak akan terjamin dari melakukan perkara yang merosakkan kesefahaman dan perpaduan kaum. Semangat kekitaan di Malaysia perlu diterapkan. Usaha ini adalah bertujuan memantapkan perpaduan kaum dan semangat bersatu hati. Kata bidalan seperti " Berat sama di jinjing dan ringan sama dipikul" . Malaysia hari ini sebenarnya jelas telah berjaya menerapkan budaya Kekitaan di kalangan masyarakat. Bukti yang paling mudah ialah bersama - sama merayakan sambutan Bulan Kebangsaan.

Untuk pengertian lain pada tema ini, perlu masyarakat Umum diberitahu agar Semangat Kebangsaan itu merujuk juga semangat menyayangi negara dan suku bangsa, menyanjung agama Islam serta kebebasan menganut agama lain terpelihara dan menghindarkan diri dari mengumpat  keji  serta membesarkan harapan agar kehidupan masa akan datang lebih terjamin dan terkawal dari anasir yang menakutkan. 

Hidup Malaysia Negara Yang Kita Cintai.Lihat gambar kenangan depan Logo Malaysia #Sehati Sejiwa.Gambar ini di ambil pada hari ini. Dan inilah antara hasilnya.Etuza depan Logo Sehati Sejiwa yang amat cantik corak itu. Sangat kreatif.


Bunga raya bunga kebangsaan Malaysia..

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Memang cantek logo sehati sejiwa tu....kreatif sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik sebab tu terpikat nak bergambar..mana lah tahu kampung Banjar simpan karya mereka...hehehe terbaik kan

      Padam
  2. hi...Tenkiu sebab sudi singgah blog Fidah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 terima kasih juga sudi singgah di blog Etuza ya..datang lagi hehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. tahnia pada masyarakat Kg. banjar kan ..ya cantik

      Padam
  4. selamat hari malaysia 16 sept...cantiknya logo sehati sejiwa...dlm ertikata saling memahami n menghormati antara kita walau kebudayaan n kepercayaan berbeza...

    BalasPadam
  5. Selamat menyambut hari Malaysia 16 sept. Semoga sabah menuju negeri gemilang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita doakan negara kita terus aman Jaf..apapun pergolakan politik masa kin agak mengugat keharmonian..namun kita teruskan berdoa agar sejahtera Malaysia kita

      Padam
  6. kat johor tempat saya ade jugak nama kampung banjar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kg. Banjar ni lalaun ke SMK Agama Keningau ni Nich Nashram

      Padam
  7. Salam merdeka dan Selamat Hari Malaysia buat Cikgu Etuza... Pasti meriah sambutan di sana ya...

    BalasPadam
  8. Salam merdeka dan Selamat Hari Malaysia buat Cikgu Etuza... Pasti meriah sambutan di sana ^-^

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Malaysia buat Etuza. Walaupun kita dipisahkan oleh lautan tetapi kita dalam satu payung kemerdekaan yang sama.

    BalasPadam
  10. Sangat tepat satu bumbung Malaysia.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.