Punca Jerebu ! Pagi Subuh Keningau Turun Hujan

Jerebu Menyesakkan Nafas & Memedihkan Mata 
Alhamdulillah pagi subuh hari selasa ini
Keningau turun hujan tapi tidak lah deras..
sekadar beberapa ketulan jerebu di sapu di awan.

Lagi Hal Jerebu ( klik )

Gambar murid - murid di sekolah Etuza..
      Jerebu kini di Kuala Lumpur, Selangor, Puterajaya, Negeri Sembilan dan Melaka telah mencapai tahap paling membimbangkan sebagaimana yang di laporkan oleh Astro Awani. Dan ekoran dari fenomena menyesakkan dan membuat kita benci dan rasa tertekan ini beberapa sekolah di kawasan tersebut di arahkan tutup hari ini 15hb Sept 2015 demi mengelakkan masalah merosakkan lagi kesihatan anak-anak murid dan masyarakat sekitarnya.

Jerebu mestilah ada puncanya. Punca sebenar dan pokok pangkalnya adalah atas kesalahan manusia itu sendiri. Allah tidak kejam dengan sesukaNya meletakkan api yang bagaikan mencari mangsa yang bagaikan tunjuk taring membaham segala hutan belantara khazana alam di Kalimantan Indonesia juga beberapa kawasan terbakar di sana -sini di Malaysia, Sabah dan Sarawak. Apa puncanya? Berbagai andaian sama ada sengaja atau tidak disedari namanya itu semua perbuatan manusia di muka Bumi Allah ini.

Pontong rokok anda buang ke mana? Tong sampah ke ? Ada kah anda pijak abu api pada pontongan rokok anda sebelum membuang membaling ke rerumput yang kering di tepi jalan. Acap kali Etuza melihat pemandu kereta yang sedang merokok kemudian membuang pontong rokok ke tepian jalan. Jika terlepas rokok ke arah rerumput yang kering kemudian angin bertiup bagaikan memberi tahu ..wahai anak api bakarlah rumput yang kering ini lalu segenap kawasan kau santaplah dan akibat dari asal tangan manusia yang mengakibatkan api mengganas, maka padahnya berpaling kepada muka manusia itu sendiri .Segala asap berkepul menjadi sangat tebal yang kemudian mewarnai awan yang biru akan menjadi kelabu. Asap jerebu itu kemudian menyesakkan dan memedihkan mata mereka sendiri. Inilah antara jangkaan tiap kita. 

Atau mungkin punca kedua adalah pembakaran secara sengaja dan terbakarlah hutan tanpa terkawal lagi. Istilahnya kebakaran hutan. Siapa yang hendak padamkan api, manusia? Kita terlalu kerdil. Kuasa teknologi ke?. Tidak mampu, hanya menambah kerosakan alam semulajadi yang kita cintai. Tetapi Allah yang akan hapuskan jerebu apabila BumiNya akan disirami hujan, ya hujan. Berdoalah agar hujan sederhana membasahi Bumi kita dan sekadar api dipadamkan kita harus tadahkan tangan berdoa padaNya untuk bersyukur. Alhamdulillah di Keningau pagi Subuh hujan turun hingga jam 5.00 pagi. Tidak lebat tapi terasa sejuk dan dingin mendengar deruan hujan itu.Namun kelihatan kala pagi menjelang jerebu di Keningau tetap kelihatan.

Kemudian sekolah diberitakan tutup, siapa nak tutup sekolah sepanjang hari. Setiap hari, siapa mahu jaga anak 24 jam, yang kecil, yang besar dan yang di peringkat tinggi. Kesihan kan..ini antara terjadi dan kita hanya mampu bersimpati. Ini sekolah tutup, andailah ramai yang sakit itu lagi parah. Salam 1 Malaysia Sehati Sejiwa tangani jerebu, elakkan membakar sampah secara terbuka. Satu pesanan dari Blog Pesona Etuza.

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Disini juga jerebu makin teruk,sudah beberapa hari tak dapat lihat langit biru mentari memancar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya seluruh negara..keningau pun tebal masih sini Pn. saniah..

      Padam
  2. setiap tahun kita pasti menghadapi gelaja jerebu ni...angkara mereka di negara jiran...

    BalasPadam
  3. makin teruk kan cikgu. semoga musibah ini cepat2 berlalu. amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya Jaf..sekarang ni pun masih tebal di keningau ni...

      Padam
  4. makin teruk kan cikgu. semoga musibah ini cepat2 berlalu. amin

    BalasPadam
  5. hmm masalah alam berjerebu xtertangani dengan slogan mantap tapi disertai tindakan yg sebenarnya...hanya pertolongan Allah yg kita harapkan dgn doa2 untuk mengatasi masalah yg kita depani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebaik2nya berdoalah..moga Allah kabulkan doa kita yang baik2 ya PI

      Padam
  6. di tempat saya pun teruk jerebu.. pagi tadi hujan sekejap je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua tempat ada tempias jerebu ni Aiza..dah tak boleh elak..tak apa kita jaga diri ..dalam keadaan begini banyakkan sabar

      Padam
    2. semua tempat ada tempias jerebu ni Aiza..dah tak boleh elak..tak apa kita jaga diri ..dalam keadaan begini banyakkan sabar

      Padam
  7. Mujur pagi ni hujan lebat..kurang sikit jerebu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur lah ada hujan..sama dekat sini, sekarang ni mendung..terasa ada titis air yang payah nak jatuh..keras..pekat agaknya jerebu dekat langit biru..tu Cikpinz

      Padam
  8. Tempat saya di samarahan. .jerebu pun boleh tahan..teruknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabah & sarawak ni borneo ..segugusan tu hanafi

      Padam
  9. Tempat saya di samarahan. .jerebu pun boleh tahan..teruknya

    BalasPadam
  10. Makin teruk skrg😂😂😂😂

    BalasPadam
  11. Assalam cikgu Etuza... sama2lah kita berdoa agar cepat reda jerebu ni. Membahayakan kesihatan... maaf lambat singgah sbb sedikit kekangan berblog kebelakangan ni.. :)

    BalasPadam
  12. mmg teruk jerebu kali ni di nilai, sampai budak 3orang pengsan

    BalasPadam
  13. Sikap manusia yang sentiasa mementingkan diri memungkinkan pelbagai bencana berlaku... Saban tahun sama sahaja perkara yang jadi bagai tidak ada perasaan...

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah... sekarang dah beransur reda....

    BalasPadam
  15. alhamdulillah jerebu semakin berkurang

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.