Menyingkap Memori Silam Di Wilayah Labuan Siri 1


Wilayah Persekutuan Labuan Pulau Yang Indah


       Etuza sebenarnya tidak pernah pun terfikir akan pijak ke Wilayah Persekutuan Labuan yang memang jauh dari Daerah Keningau. Untuk ke Labuan ada dua cara jika melalui Kota Kinabalu atau terus dari Keningau ke Pelabuhan Menumbuk dengan menggunakan kereta sendiri. Jika melalui Kota Kinabalu, kita kenalah naik Frey atau naik flight ke Labuan. 

Namun dengan rezeki anak-anak ternyata Etuza tidak bermimpi telah ke Labuan dalam setahun 2 kali sekitar tahun 2011 dan 2012. Kejayaan anak memasuki Matrikulasi di Wilayah Labuan sebenarnya menjadikan mimpi ke Labuan menjadi nyata. Pertama kali ke Labuan banyak perkara yang Etuza tidak tahu. Berdasarkan cerita dan pengalaman kawan - kawan Etuza ketika itu baru tahu sebenarnya banyak proses yang kita kena lakukan untuk memasuki Pulau labuan yang terkenal juga di Malaysia ini.

Inilah Wilayah Persekutuan Labuan, Bersih dan indah sekali..
     Anak sulung memberitahu dengan senyman penuh gembira menyatakan dia mendapat tawaran memasuki Matrikulasi di Labuan.Etuza masa itu agak terkejut kerana Wilayah Persekutuan Labuan itu jauh. Etuza niatkan biarlah belajar dekat dengan ibubapa, setidak - tidaknya di Universiti Malaysia Sabah, tempat Etuza belajar dahulu selama 4 tahun. Best juga di UMS. Apakan daya memang anak sulung Etuza bercita - cita hendak belajar di Matrikulasi Labuan. Etuza waktu itu dengan pengalaman yang memang tiada hanya setakat bertanya kawan - kawan tentang Labuan. Mujur ada Ustazah Rupiyah Jusri yang ada pengalaman ke Labuan menceritakan cara ke Labuan, melalui jalan darat ke Menumbuk dahulu. Menumbuk adalah pelabuhan kapal ke Labuan melalui jalan laut. Antara yang perlu disediakan ialah:-

* Pastikan kad pengenalan diri semua disediakan untuk digunakan di Pelabuhan Menumbuk sebagai visa masuk ke Labuan.
* Pilih kapal Fery besar, atau bot sederhana atau pilih bot laju untuk kenderaan ke Labuan. Kos paling murah adalah menggunakan Kapal Fery  dengan nilai kos sebanyak RM 5.00 sekepala masa itu.
*Hotel penginapan kena tempah awal, kerana jika lambat hotel penginapan akan penuh dan masalah tempat menginap jadinya.
*Ubat mabuk laut kena sediakan. Kena kuat semangat jika menggunakan bot laju sebab tapak bot akan berdentum bagaikan terpijak batu besar ketika meredah lautan dalam keadaan laju.

     Antara itulah proses yang perlu dilakukan dan perlu diketahui jika ke W. Labuan.Kali pertama ke W. Labuan memang tidak bawa kenderaan, bila tidak bawa kenderaan maka berjalan lah keluarga Etuza untuk banyak urusan ketika ke Matrikulasi Labuan. Memang banyak kami berjalan ketika di Labuan selepas hantar anak ke Kolej Matrikulasi pada tahun 2011. Antara yang kami pergi seperti berikut selain kami menginap di Hotel Manikar Persekutuan Labuan. 

1. Pejabat Pos Wilayah Labuan
2. Ujana Kewangan ( gedung terkemuka di Labuan )
3. Kawasan Pasar Umum Wilayah Labuan.
4. Hotel Marina Wilayah Labuan.
5. Hotel Berjaya Labuan
6. Tabung Haji Wilayah Labuan ( di Ujana Kewangan )
7. Taman Burung Layang - Layang Wilayah labuan ( anak-anak paling seronok di sini )
8. Stokis Elken Wilayah Labuan.
9. Pasar Malam wilayah Labuan berdekatan dengan Hotel Berjaya Wilayah Labuan.

Abadikan kenangan depan pintu Gerbang Kolej Matrikulasi Wilayah  Labuan.
     Kepada anda semua saksikan detik indah keluarga Etuza bersiar - siar di Wilayah Persekutuan Labuan kali pertama pada tahun 2011 sehingga anak-anak kepenatan. Bila diingat memori silam ini Etuza tersenyum kerana pada masa itu semua kepenatan berjalan sakan selain berkeringat menahan panas matahari. Dengan bantuan masyarakat di Wilayah Labuan maka mudah lah Etuza pergi ke satu tempat ke tempat yang lain terutama ke Ujana Kewangan dan ke Pejabat Pos atas urusan tertentu. Tengok beberapa gambar kami di Wilayah Labuan.

Sedang menuju ke Ujana Kewangan Wilayah Labuan
Best juga berjalan - jalan, sesekali bukan selalu..anak-anak pun sporting 
Tengok tak larat nak berjalan..ambil kesempatan berteduh..tapi tetap tersenyum riang di pagi hari.
Tengok Alya seronoknya dia...Alya tersenyum melihat ibunya tertinggal jauh lah ..hehehe

Sampai ke distinasi..ada kawan kata ada jual buku2 dekat sini. Tu yang anak nak
sangat pergi tengok di Ujana Kewangan selain Etuza nak Ke Tabung Haji di dalam Ujana Kewangan
Sebelum masuk di Ujana Kewangan anak -anak lending seketika ambil nafas..hehehehe
penat tul anak anak masa ni..tapi sangat seronok..Membawa mereka
berfikir erti kehidupan
Ada seorang tiada dalam gambar ini. Anak Sulung masa ni di Matrikulasi ..
tak boleh di bawa keluar terus ja mereka masuk taklimat katanya..
Duduk lagi..penatnya ..ni post mama sebelum ke Hotel manikar Wilayah Labuan..
Masa ni mama dah mulai rindu dengan anak sulung...tak pasal pasal
mulai menangis..jauh kan berpisah dengan anak pertama..

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Wah, cantiknya sekitar W.P. Labuan ya Cikgu Etuza...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pulau Labuan memang terkenal sebagai tempat pelancongan..banyak coklat di sana ..

      Padam
  2. jauh juga wp labuan dengan keningau ya...tapi tempatnya cantik n lengkap semua sbg pusat kewangan persisir pantai.

    BalasPadam
  3. satu-satunya wilayah persekutuan di seberang semenanjung kan Etuza :)

    BalasPadam
  4. ayu je anak tuan, sekejab je matrik ni setahu...inshAllah dgn pengalaman di tmpt org menjadikan dia lbh matang

    BalasPadam
  5. pernah ke labuan..sekali je atas urusan kerja...sorang plak tu..pastu naik feri dari labuan ke KK

    BalasPadam
  6. Rindu nak ke Labuan lagi..hehehe

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.