Mendidik Remaja Membina Masa Depan Gemilang

Mendidik Remaja Membina Masa Depan Gemilang

Siri 2 Kupasan Khutbah Jumaat.

Gambar sekadar hiasan dari Canon Etuza.
       Pada minggu lalu masa yang sama selepas solat Jumaat, Etuza ada membuat satu artikal dalam blog ini bertajuk " Pengertian Khutbah Jumaat dan Syarat - Syarat Dua Khutbah Jumaat. Akan tetapi sayang sekali entry Etuza itua telah terpadam akibat kesilapan Etuza sendiri. Hampir 40 lebih artikal Etuza dalam blog Pesona Etuza ini telah hilang dalam sekelip mata.

Allah berfirman dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 159

"Maka disebabkan oleh rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu kerana itu maafkan lah mereka, mohonkanlah ampunbagi merekadan bermusyawaralah dengan mereka dalam urusan itu, kemudianapabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang - orang yang bertawakal kepada Nya"  ( Surah Ali Imran ( 3 ) 159.

Ayat tersebut mengingatkan para dai dan para penyeru kebenaran untuk sentiasa memberikan peringatan yang benar,dengan cara yang berhikmah dan disertai juga dengan keteladanan yang baik. Ayat selebihnya menerangkan pesanan agar menghidupkan budaya musyawarah.

Selain itu, di dalam surah al- Anfal ayat 53 menjelaskan bahawasanya peringatan Allah tentang kejahatan itu akan menular. Jika jaring kejahatan itu tidak dipotong maka ia akan menghancurkan struktur sosial kemasyarakatan yang sudah dibangunkan dengan baik dan benar. Kehancuran total kebudayaan bahkan kehidupan inilah yang biasanya disebut sebagai azab Allah.

Marilah mengelakkan diri dari menghukum para remaja atas keterlanjuran mereka dalam membuat kesilapan. Tindakan kita ini akan mengelakkan kita dari melebal golongan remaja sebagai pelaku kejahatan paling tinggi. Kerana tanggapan kita terhadap remaja tersebut bukan selama - lamanya benar dan tidak selama -lamanya salah.Sebenarnya menurut dalam buku sumber tulisan Abah Izuddin Nu'ad, S Ag Bookmark.com remaja sebenarnya sedang melalui transisi iaitu peralihan . Sebab itu untuk mengatasi masalah remaja harus melibatkan semua lapisan masyarakat.Diingatkan bahawa jangan selama-lamanya berkeras dan tidak boleh juga selalu berlemah lembut.

Rasulullah sangat perihatin bahkan menaruh harapan besar kepada golongan remaja. Hal ini dibuktikan dengan salah satu ungkapan ulama iaitu. 

" Pemuda sekarang adalah pemimpin masa depan " Dan Imam al- Ghaylani mengatakan :-

" Sesungguhnya di tangan  ( pandangan ) pemuda urusan umat, dan di kakinya ( keyakinan ) kehidupannya"

Rasulullah sangat percaya remaja boleh berubah dan akan menjadi pemimpin di masa akan datang dan pemimpin untuk zamannya.Golongan remaja sesungguhnya memiliki dua mata pisau yang berlawanan arah, iaitu mata pisau yang membawa kehancuran  susunan kebudayaan, manakala mata pisau yang satu lagi ialah membawa angin segar perubahan yang kreatif dan inovatif bagi terciptanya kebudayaan baru.

Dalam hal membina remaja, membentuk para remaja ke arah masa depan mereka yang lebih gemilang, golongan dewasa seperti kita harus berlapang dada, jujur dan ikhlas dalam memberi didikan kepada remaja di mana berada. Terdapat ungkapan dari dahulu yang menyebut "saling mengasuh, saling mengasah dan saling mengasihi" yang bermakna kita golongan dewasa saling melindungi mendidik dan membina para remaja. Kita yang dewasa menjadi role model tindakan mereka.

Remaja masa kini, sesungguhnya mereka akan mencari jati diri. Maka tidak mustahil mereka akan terpedaya dengan gejala salah laku sosial. Tetapi golongan dewasa harus akur bahawa mempastikan remaja dengan cara berganding bahu bekerjasama membentuk mereka pasti akan terhindar dari masalah remaja ke gejala sosial paling teruk tetapi sebaliknya mereka akan kembali menjadi kolompok yang sangat kuat dalam membentuk identiti diri dan akhirnya remaja itu akan mencipta kesejahteraan umat dan kehidupan bermasyarakat lebih baik dan gemilang.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

terima kasih atas perkongsian ye..

Sama-sama kita asuh, asah dan kasihi satu sama lain...

sungguh etuza, mendidik seawal kanak-kanak hingga remaja sangat perlu konsistansi supaya melahirkan generasi Islam sejati, IN Shaa Allah.

ilmu yng baik harus di kongsi..merujuk bukuhal khutbah juga ni ya

ya Zul bugkin negara di masa depanat yang terdaya..elakkan menghukum..terus anak adala genarasi peman

Insha Allah ana..terima kasih

Kadangag dari kecil dah didik elok..agama cukup..bila dewasa lupa segala ajaran...tq perkongsian

Mendidik lagi bagus dari menghukum.

hensem lak si Aeron tu hikss

zaman sekarang agak mencabar dalam mendidik remaja...JM ada adik remaja...mmg mencabar betul

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (383) Berita (383) Dunia Blog (337) Promosi. (312) Doa (310) Info Lelaki (272) Tips Blog (269) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (209) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (75) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Artis (19) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger