Malaysia Sehati Sejiwa Sambutan Book Of Rekod Di Keningau

 Majlis Sambutan Malaysia Sehati Sejiwa Paling Hebat
Di Keningau Adalah Berlaku Di Kampung Banjar Keningau
Sabah Malaysia.

   Hari ini Etuza dapat berkesempatan mengambil gambar - gambar paling menarik pada situasi persediaan dan sambutan Malaysia Sehati Sejiwa berkonsepkan perpaduan dan semangat kebangsaan yang ada di Kg. Banjar Keningau, Sabah. Pada hari 11hb Sept 2015 hari Jumaat Etuza ada pergi ke kawasan Kg. Banjar ini apabila pergi ke SMK Agama Keningau, Sabah untuk menjemput anak Etuza dari asrama. Pada hari Jumaat lalu merupakan hari kepulangan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Keningau.

Masa itu Kg. Banjar khasnya di Dewan KG. Banjar sangat ramai yang hadir meraikan sambutan yang penuh gemilang itu. Kereta tersusun dengan teratur di tepi jalan dan Etuza sempat melihat ramainya pasukan rela berkawal menjalankan tugas kawalan keselamatan. Rupanya majlis sambutan ini bermula pada jam 2 petang kerana itu ramai yang baru berdatangan kelihatannya.

Rupanya majlis ini adalah sambutan Merdeka Raya Rukun Tetangga Kampung Banjar yang menjadi tuan rumah di Daerah Keningau. Majlis ini dirasmikan oleh Pn. Delin Liet Blaun Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergarsi Nasional  Negeri Sabah pada Jam 2.00 Petang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Banjar, Keningau.

Apakah yang sangat menarik dan meletup dalam sambutan ini? Etuza sertakan beberapa gambar yang sangat menarik seperti berikut:-

1. Logo Tema Malaysia Sehati Sejiwa 
dibentuk daripada Buluh sangat cantik & Kreatif.


2. Rentang jalur Gemilang dan Simbol Keris Serta 
Sarung Keris bersilang dibuat dari ukiran kayu yang unik kelihatannya


3. Reflika Bentuk Bunga Raya Bunga Kebangsaan Negara Malaysia
Sangat unik kelihatannya seperti direka daripada kotak terbuang
di susun tebal dan di pacak di atas roda terbuang dengan di cat merah hati.Tengok lah sangat unik kan..


4. Pintu Gerbang menuju ke Dewan Serbaguna Kg. Banjar
di hiasi dengan jalur Gemilang Sangat teruja tengok..
Inilah persediaan sambutan Merdeka yang bagi Etuza
Boook Of Rekod Di Keningau juga di Sabah.
5. Binaan Tugu Pejuang tanah Air
Tengok sangat hebat..
Serta binaan perahu yang di cat dengan tema 
warna Jalur Gemilang. 
Etuza tidak  dapat abadikan kenangan bergambar kerana 
Etuza hanya seorang sahaja ada di kawasan ini. Hari sabtu agak lengang 
kawasan ini .


Di ucapkan Tahniah dan Syabas kepada masyarakat Kg. Banjar yang sangat gemilang sekali. Semua ini wujud apabila masyarakat sekampung rela bekerjasama turun padang membuat persedian secara  bergotong royong.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.