Lukisan Panorama Desa & Konsep EKSA

Tangan Seni Karya Indah Mama.
Lukisan seni halus jari jemari Mama - Boleh menarik perhatian
    Lukisan indah berkonsepkan pemandangan panorama desa ini sebenarnya lukisan tangan mama ( isteri Etuza ) Lukisan ini telah di lukis oleh mama tiga tahun yang lalu dan hanya digunakan untuk menghias depan mejanya di bilik guru. Sebab itu lukisan ini tidak dapat di lihat oleh ramai murid.

Namun baru-baru ini pihak staff sekolah telah sepakat selepas berbincang mahu mengubah keadaan meja guru kepada yang lebih kemas kurang alat di atas meja dan selesa serta kemas dipandang. Projek pengubahsuaian tersebut di istilahkan sebagai EKSA Ekosistem Kondusif Sektor Awamm yang menggantikan sistem 5S. Dengan itu lukisan tangan seni mama telah diletakkan di Pusat Sumber sekolah. Ramai murid telah melihat lukisan tangan seni mama dan semuanya menyatakan cantik dan suka melihat lukisan mama itu.

Hal EKSA menggantikan sistem 5A

Apa yang Etuza faham tentang EKSA ialah satu projek untuk menyusun atur semua peralatan di atas meja dan dalam meja dengan lebih sistematik teratur dan mudah capaian ( Kundusif ).Kertas dan buku serta lain-lain alatan pada meja atau dalam pejabat yang tidak digunakan atau tidak sesuai perlu dibuang dan dilapangkan. Semua peralatan adalah di lebel agar kemas teratur. Segala pergerakan alat harus di pastikan agar kembali ke tempat asal dan tidak bersepah.

Rupanya mama pandai melukis gambar pemandangan menggunakan warna air. Etuza perhatikan hasil tangan seni mama nampak halus dan 80% kelihatan seperti hidup atau nampak seolah-olah pemandangan di sebuah lembah desa. Tahnia kepada Mama kerana mendapat pujian daripada murid sekolah.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Cantek ...memang berjiwa seni isteri etuza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..saja nak bagi mama senang hati..buat kejutan di Hari malaysia..happy dia Sal...nampak lukisan masuk online

      Padam
  2. Cantik lukisannya. Memang tangan orang seni :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh lah kalau ada aktiviti seni dia antara pemenangnya ..)

      Padam
  3. Baru tahu...isteri cikgu pun seorang pendidik

    BalasPadam
  4. wah!!! lukisan tu 'mama' yang hasilkan? cantik n kreatif lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya JM betul..tabik dengan dia tangan ok lah seni halus

      Padam
  5. isteri cikgu Etuza...cikgu seni lukis ke?

    BalasPadam
  6. mantap, informasi menarik tentang eksa, sukses desa. :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.