Lagu Hits Lalu Kembalikan Nostalgia Blogger Dari Sabah

Lagu Hits lalu Kembalikan Nostalgia Etuza 
Wajah pengkritik, Pengacara dan Syamel malam ini & Etuza
pilih Syamel antara Final AF15 ke peringkat akhir.

    Lagu - lagu hits kembalikan nostalgia blogger Sabah seperti Etuza, apabila semua pelatih AF2015 menyanyikan lagu - lagu hits suatu masa lalu. Antara hits lagu - lagu tersebut yang dinyanyikan oleh AF15 ialah Apa Khabar Orang Kampung, Sinaran, Seribu Bintang,Kau Lupa Janji,Bukan Cinta Biasa,Akhirnya Kini Pasti dan Sepi Sekuntum Mawar Merah. Semua Pelajar AF15 telah berjaya menyampaikan persembahan lagu - lagu hits ini dengan baik dan semuanya mendapat pujian dari pengkritik yang menampilkan AC Mizal sebagai pengkritik undangan.

Etuza bukan lah suka sangat menyanyi pada masa ini, tetapi pada masa remaja dahulu, Etuza cukup kenal dan sangat menyukai lagu - lagu mereka ini. Ada lagu hits yang agak baru seperti lagu Siti Nurhalizah Taruddin juga cukup hebat dalam halwa telinga Etuza. Sepi Sekuntum Mawar Merah yang disampaikan oleh Bila sebenarnya selalu Etuza nyanyikan ketika sedang menoreh getah dahulu. Etuza sangat ingat lagu ini amat Etuza sukai hingga Etuza tidak pernah lupa lirik atau senikata lagu ini hingga kini. Sayangnya Etuza tidak lagi sesuai untuk menyanyi di kebun getah kerana kehidupan Etuza tertumpu mendidik anak bangsa di sekolah setiap hari persekolahan. 

Bila menyanyikan lagu ini malam ini cukup teringat nostalgia kehidupan Etuza sebagai anak petani dan penoreh getah suatu masa lalu. Etuza teringat nyamuk mengerumuni, naik bukit turun bukit, angkat baldi penuh susu getah dan pernah tertumpah susu getah lalu di marahi oleh ibu kerana cuai.Etuza ingat bila menyanyikan lagu - lagu hits juga seperti Apa Khabar Orang Kampung Etuza rasa tidak malu menyanyi dengan suara kuat di tengah pepohon getah.

Lucu pun ada sebab menyanyi untuk siapa waktu itu. Etuza kalau hendak buang rasa boring akibat penatnya menoreh getah Etuza akan menyanyi. Mula - mula tu menyanyi agak perlahan lama -lama bila dah hafal senikata lagu menyanyi dengan suara kuat pula tetapi tidak lah merdu sangat. Saja hendak berlatih hafal lagu ke tidak masa itu. Seronok juga lah zaman remaja Etuza, seronok dengan hidup yang penuh dengan keperitan mencari sesuap nasi bersama mak ayah Etuza. Etuza ucapkan terima kasih kepada pelajar AF15 kembalikan nostalgia ketika remaja Etuza. Akhir sekali pelajar pilihan Etuza yang pasti ke final AF 2015 ialah SYAMEL. ( Best lah dia menyanyi )

Klik SINI untuk infor - Blogger  harus membacanya. Klik juga INI.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Salah seorang pelajar AF yang CP suka..suara power

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok nnati minggu depan..bakal juara agaknya kan

      Padam
  2. Orang2 Sabah ni suaranya merdu dan sedap2. Ramai penyanyi popular berasal dari Sabah. Kalau Etuza menyanyi pun mesti sedap... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg suara sedap tu dah juara dah BM..kebetulan ja tu Hahaha tak ada lah Etuza sekadar nak hiburkan hati ja..lagipun kebin getah jauh dari kampung ada lah 4 KM dari kampung seolah hutan tu..tak ada yg dengar hanya mak ayah ja..usia Etuza pun baru 14 tahun suka tul nyanyi masa tu..

      Padam
  3. Balasan
    1. Umi malam ini 4/10 syamel nyanyi bagus sekali rasanya dia masuk final tu

      Padam
  4. Alorrrrr ruginya saya tak sempat tengok, malam td travel balik dari bertugas luar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia nyanyi sangat bagus lah Umi ..hehehe ikut anak2 tengok astro..

      Padam
  5. Wah macam best jer ni .Sesekali layan lagu seronok jugak kan Cikgu

    BalasPadam
  6. Ekin pun minat syamel... harap dia bila , boleh g final

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha kalau begitu ada tak undi hehehe..Etuza tak undi ..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.