Kesilapan Blogger Pada Ruang Papan Pemuka

Kesilapan Blogger Pada Ruang Papan Pemuka

Etuza sangat sedih petang ini banyak Entry ( catatan )
 hilang sekelip mata.


     Etuza tidak menyangka berlaku kesilapan tick pada bahagian terbitkan dan padam dalam ruang update blog ( papan pemuka ) pada petang hari ini sekitar jam 4.30 petang. Sepatut keadaan ini tidak berlaku, kerana bahagian update atau bahagian buat catatan baru adalah kompenan paling sensitif dalam papan pemuka, jika tersilap tick pada ruang kotak maka ranaplah segala memori yang tertulis indah dalam blog kita sendiri. Dan ini lah yang telah berlaku dalam blog Etuza hari ini.

Kepada teman maya yang membaca jika klik pada link within yang ada sila tidak risau apabila nampak paparan nombor 404 dan memberi arahan sila klik kompi males untuk kembali ke laman Etuza. Pelik tetapi inilah realitinya bahawa Etuza tanpa sengaja tertick ruang kotak bahagian padam, walhal perlu Etuza terbitkan entry baru. Sedih sebenarnya. Adakah Etuza sahaja yang terbuat kesialapan ini?.

Sebagai blogger yang sudah agak lama bergiat dalam blogging, Etuza terus terang hanya asas sahaja yang Etuza tahu dan agak malas untuk belajar membina blog sendiri melainkan download sahaja template free yang ada di sediakan oleh google di internet. Sebab itu kebarangkalian banyak kesilapan yang Etuza terbuat. Untuk ingatan Etuza sendiri marilah bersama berhati - hati pada ruang papan pemuka dalam akaun blog kita. Bolehkah dapatkan balik Entry yang terpadam tanpa sengaja itu.? 

Antara yang Etuza dapat perhatikan ialah apabila perkara - perkara berikut akan berlaku semasa kita memasuki ruang papan pemuka.

1. Hati - hati ketika tick bahagian ruang kotak kecil, baca arahan untuk terbit dan padam atau draf. Jika sudah benar - benar sesuai entry yang kita buat baru tick hanya satu ruang kotak untuk terbitkan. Elakkan tick semua kerana pasti arahan akan berubah dan apa lagi jika tertick bahagian sampah atau padamkan entry kita.

2. Elakkan berlakunya draf yang sangat banyak kerana ini akan mengelirukan kita. Draf banyak terjadi akibat kita mengambil masa terlalu lama terbitkan sesuatu catatan kita di wall blog.  Paling bagus kita percepatkan agar masalah draf tidak berlaku. Bagaimana pun jika draf catatan berlaku kita ambil langkah berhati - hati dan padam dahulu draf yang menganggu catatan kita kemudian baru tick terbit bagi draf yang sempurna untuk kita paparkan ke blog peribadi kita.

3. Elakkan gambar terlalu banyak dalam sesebuah catatan. Ini kerana pengalaman Etuza yang memang Etuza akui suka kan gambar bagi mewarnai paparan blog Etuza. Untuk di kongsi Etuza tidak kisah dengan gambar yang banyak, akan tetapi kita sendiri akan tanggung risiko apabila gambar tersebut ada masanya terbit cepat adan masa lambat. Kemungkinan dipengaruhi oleh line internet.

4. Jangan terlalu banyak buat semakan, sebaiknya ambil langkah baca dahulu, pastikan semua ejaan tepat saiz gambar sesuai dan struktrur ayat betul dan bermaksud maka baru kita terbitkan dengan penuh hati -hati.

Secara ringkas Etuza nyatakan bahawa 4 perkara ini blogger  sangat perlu berhati - hati agar tidak berlaku seperti yang Etuza alami kini. Bukan kah kita perah otak untuk menerbitkan sesebuah Entry dan tidak semena - mena hilang tanpa di kesan lagi. menagis pun tak guna tetapi jadikan satu pengalaman yang lagi mematangkan kita sebagai blogger Malaysia.
Sedih ..apa kan daya..sudah
banyak hilang Entry terbaik Etuza...
Kesihan kan...


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

19 ulasan

Itu ok lagi cikgu etuza. Pernah sekali dulu sy tersalah tukar template..hehe

Sabar ye cikgu..

Yan pernah tersalah butang padam tika ingin menerbitkan ulasann..habis komen2 blogger tak dapat disiarkan..sejak tu yan ambil langkah berhati hati ....

Bawa bersabar apabila melakukan kesilapan...tiada manusia yang tak buat silap..perbaiki mana2 yang tersilap

Semua blogger harus akur bila berlaku kesilapan tanpa sengaja..

terima kasih cikgu sering ke anajingga.com.memang benar satu kesilapan terklik sahaja boleh mendatangkan keburukkan kan ,waspada sentiasa :)

pernah juga berlaku penat2 menulis n3 tiba2 hilang pula...utk elak berlaku guna words di lappy jer n copy masukan ke new post...kak ni pandai2 sendiri klik2 ikut suka. nak edit semula boleh klik edit n update..

kadangkala kesilapan tidak dapat dielakkan. walaupun dah cuba berhati hati...sabar je lah ye

masih saya dalam proses belajar ni SP..

ya kesilapan kita jadikan kekuatan untuk berhati2 lepas ni

betul kena waspada lepas ni..Etuza suka datang ke blog teman ..sebab nak bina ukuhuwa

Owh mesti geram kan,tp xpe dh jadi kan cuma kadang2 bila berlaku kesilapan tu buatkan kita lg berhati hati

ya kena sabar Khai..kalau tak nanti tenggelam nanti di arena blog

tiap blogger pasti alaminya, jika tiada kesilapan Etuza tak yakin..tak apa lah dah nasib banyak Entry terdelet..sedih ni Pn PI

Pernah sekali terdelete cerita yang dah panjang lebar ditulis....huhuhu....

Ewan terima kasih datang mewarnai blog Etuza ya

Sabarlah cikgu etuza ia perkara biasa terjadi. Berhati2 selepas ini

Patutlah tercari cari entry yang dikatakan oleh kak mia liana.. rupanya sudah xda huhu...

Belajar dari kesilapan, Sekarang kena berhati-hati Etuza.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger