Keningau Naik Taraf Bandar

Keningau Naik Taraf Bandar

Keningau Kini Bertaraf Bandar

      Berjalan - jalan di Bandar Keningau pada hujung minggu memang merupakan acara setiap individu atau keluarga bagi yang berada di mana-mana perkampungan di Daerah Keningau. Jika individu yang memiliki kenderaan maka urusan bersiaran di  Bandar Keningau akan lebih cepat sampai dan semua urusan akan cepat selesai. 

Hujung minggu yang lalu, Etuza dan anak lelaki Etuza yang ke lima pergi ke kawasan Bank islam bagi urusan memasukkan duit untuk anak Etuza yang berada di rantau. Kawasan Bank Islam di Bandar Keningau berada di kawasan Jalan Masak jalan menuju ke Banjaran Croker. Lalu Etuza terpandang tersergam indah  sebuah hotel iaitu Queen Hotel yang kini semakin terkenal di Bandar Keningau. Memang besar bangunan dan cantik bentuk Queen Hotel baru di Keningau ini.Kepada pengunjung yang berminat ke Bandar Keningau, rasanya tidak perlu risau kerana banyak hotel penginapan yang terkemuka kini di Bandar Keningau. 

Perkhidmatan lain yang ada di Queen Hotel ialah perkhidmatan SPA.Selain sebagai tempat penginapan yang selesa dengan kemudahan shoping di Seven Eleven yang dibuka perkhidmatan sepanjang masa selama 24 jam di bawah bangunan Queen Hotel ini.

Inilah Queen Hotel yang mulai mendapat nama di Bandar Keningau.
Gambar hasil tangkapan dari kamera Canon Etuza
     Persiaran Etuza dan Afif berlangsung lagi ke kawasan Hiap Lee Shoping Kompleks yang terbesar di Bandar Keningau. Sekali lagi Etuza terpandang bangunan yang sama besar dengan Queen Hotel, cuma bangunan ini lebih tinggi dan kelihatan di cat hijau. Itu lah dia nun di sana Hotel Sentos yang juga semakin mendapat tempat sebagai penginapan tetamu luar yang datang ke Bandar Keningau.

Berdekatan dengan Hotel Sentos juga ada sebuah hotel yang Etuza kira agak lama di Keningau tetapi dibina dengan struktur yang cantik dan berstyle iaitu Hotel Kristal. Dan di hadapan Hotel Kristal terdapat bank baru iaitu RHB Bank. Jika kita lihat prasarana atau kemudahan yang di Keningau kini, amat jelas Bandar Keningau bukan lagi sebagai Pekan Kecil yang terpinggir dan jauh ketinggalan dari arus kemodenan tetapi Keningau kini telah diiktiraf sebagai Bandar Keningau yang mendapat perhatian masyarakat di Negeri Sabah.

Pada Etuza Bandar Keningau sudah cukup banyak kemudahan yang ada, hanya kekurangan satu perkara iaitu Bandar Keningau tiada persisir pantai dan Lautan. Kepada yang melihat blog Etuza sendainay berkeinginan ke Bandar Keningau, carilah Queen Hotel atau Sentos Hotel serta Kristal Hotel sebagai tempat penginapan. Dan hotel yang sudah sinonim dengan Bandar Keningau dan lebih terkenal di Keningau ialah Hotel Juta dan Perkasa Hotel. Hendak murah haruslah membuat servy dahulu pada tiap hotel yang disediakan dan barulah putuskan di mana hendak menginap barang semalam atau dua malam di Bandar Keningau.
Pandangan Sentos Hotel dari Hiap Lee Shoping Kompleks.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

klu byk hotel maknanya besar juga bandar keningau ni cikgu ...

Jadi rujukan bagi sesiapa yang berniat untuk berjalan jalan ke Bandar Keningau ini.

Wahh..nampaknye makin maju dah Msia. Dulu bg ana kat kL je mencanak2 bangunan hotel2, mall2, ofis2. Skrg kat mane2 dah ade bangunan2 hotel. ^_^

Semakin maju sesuatu tempat..semakin tinggi taraf hidup..

Tahniah buat bandar dan penduduk Keningau. Harap PBT dapat memainkan peranan lebih efektif untuk meningkatkan mutu perkhidmatan

wah...semakin maju...byk kemudahan di sediakan

Tapi PATI yang meramaikan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (434) Ceritaku (418) Berita (380) Agama (369) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (295) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (204) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (180) Berita Keningau (175) Hadiah (150) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (117) Sejarah (104) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Percutian (25) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger