Jerebu Di Keningau Pada 12 Sept 2015

Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) Mencapai Bacaan 57.
Antara IPU Bacaan Tertinggi Di Sabah Setakat 12 Sept 2015

Indeks bacaan IPU di Keningau hari ini amat tebal Etuza lihat dekat
atas pemandangan dari arah IPGM - Institut Perguruan Kampus Keningau, Sabah.

      Sinar Online hari ini menjelaskan tiga lokasi di negeri Sabah mencatat bacaan IPU - Indeks Pencemaran Udara tahap tertinggi ialah di Kota Kinabalu merupakan pusat bandaraya Sabah yang catat bacaan 59, di Daerah Keningau mencatat 57 dan di Daerah Tawau catat bacaan setinggi 55. Dan bacaan ini dikeluarkan oleh  Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) pada awal pagi hari ini sekitar jam 8.00 pagi.

Bagaimanapun bacaan indeks yang mencatat 50 ke atas hingga 100 dicatat sebagai tahap bacaan indeks IPU tidak sihat dan bacaan 100 hingga 200 IPU diketagorikan sebagai tidak sihat. Etuza memerhati persekitaran Daerah Keningau pagi ini amat jelas ketebalan jerebu tersebut. 

Etuza sempat mengambil gambar dari arah IPGM Institusi Perguruan Keningau, Sabah di satu kawasan bukit bersebelahan Jabatan Handry Genery, Keningau. Ketebalan jerebu ( asap ) yang jelas di Keningau jika tidak turun hujan dalam masa terdekat ini kemungkinan ramai individu yang akan mengalami pedih mata dan sesak nafas. Ini Etuza dapat rasakan kerana sebaik ambil gambar dan meneruskan pemanduan tekak Etuza rasa gatal dan sejurus bersin. Keadaan ini berlaku pada jam 4.10 petang. 

Langkah - langkah untuk mengekalkan tahap kesihatan ketika fenomena jerebu di Keningau dan di tempat lain ialah:-

1. Pastikan minum air yang banyak, minum lebih dari 8 gelas air tawar setiap hari agar proses kesihatan badan tetap lancar dan bertenaga.
2. Elak dari membakar sampah di sekitar rumah kerana akan menambahkan asap tebal, dinasihatkan juga di kawasan lain tidak melakukan pembakaran secara terbuka.
3. Menggunakan alat penutup mulut sekiranya perlu apabila berada di kawasan yang jerebu terlalu tebal.
4. Segera ke klinik atau ke Hospital Kerajaan andai keadaan pedih mata dan sakit kerongkong berlarutan atau kesihatan badan dirasakan berlarutan.

Gambar Ehsan : Oleh Etuza
Lokasi : Atas Bukit Dari Arah IPGM, Keningau, Sabah.
Masa : Jam 4.10 Petang 

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. kat kulim pun amat teruk jerebu..bagaikan ada org yg membakar sampah depan rumah ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampaknya seluruh negara ni Pn. kamsiah..risau dengan keadaan cuaca naik panas..berjerebu pula ..sama2 kita jaga kesihatan ya

      Padam
  2. Kena pakai face mask kalau ke luar rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. usaha kena..pakai mask ok.. lakukan demi mengurangkan kesan kesihatan terutama nak ke kebun..tak di gigit nyamuk sekali

      Padam
  3. Aktiviti luar kenA kurang kan tika ini
    :-((

    BalasPadam
  4. Jaga kesihatan. Minum air banyak2.

    BalasPadam
  5. di KL sentiasa berjerebu xnampak awan di langit dh,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai blogger kata KL tebal indeks IPU tu Pi..sabar saja ya..akan beransur reda

      Padam
  6. alhamdullilah semalam hujan lebat. kurang sikit jerebu

    BalasPadam
  7. di semenanjung juga jerebu sgt teruk kesan dari pembakaran di negara jiran Indonesia

    BalasPadam
  8. Wah Hebat cikgu target keyword yang menarik kan cikgu? .. saya rasa banyak orang search tentang jerebu sekarang ni. confirm Entry ni mendapat sambutan kan cikgu.. hihi

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.