Jaminan 90 % Guru Di Sabah

    Menyingkap Isu Guru Di Sabah - Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Rajak Memberikan Jaminan 90 % jawatan Guru di Sabah dan Sarawak adalah kouta untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Kenyataan ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Rajak di ucapannya sempena Hari Malaysia dan Hari Keputeraan TYT Negeri Sabah 2015 di Padang Dataran Bandaran Kota Kinabalu semalam.

Turut hadir dalam majlis gemilang itu ialah YB Datuk Haji Marsidi Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar serta ribuan masyarakat setempat di Kota Kinabalu dengan pakaian tema warna kuning dan merah sambil mengibarkan jalur Gemilang. Pada awal malam perarakan dilakukan di sepanjang jalan Segama Lama hingga ke Padang Bandar Kota Kinabalu.  Sorakan penuh harapan bergema apabila PM mengumumkan bahawa 90 % kouta Guru di Sabah pada masa pengambilan akan datang adalah hak rakyat Sabah. 

Isu guru dari seberang yang pada awalnya ditempatkan bertugas di Sabah khasnya di pedalaman Sabah dalam mata pelajaran agama, menjadi isu yang agak hangat apabila guru dari seberang dalam tempoh terdekat memohon serta merayu balik atau dipindahkan semula ke negeri masing - masing. Dan kebenaraan ini Etuza sendiri tidak menyangkal kerana situasi ini berlaku di tempat Etuza bertugas. Keadaan pertukaran  secara mengejut juga berlaku, mengakibatkan ramai murid tercicir dari mendapatkan ilmu pendidikan yang lebih sempurna. Guru yang memegang opsyen agama sahaja yang dibenarkan memberi pendidikan kepada murid yang terlibat dan guru yang ada hanya mengajar pada mata pelajaran opsyen masing - masing.

Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Rajak juga menambah ucapannya iaitu katanya hanya orang - orang Sabah sahaja yang mampu memberi didikan sepenuhnya kepada anak anak jati Sabah, kerana mereka tidak akan berpindah ke tempat lain sebaliknya guru di Sabah yang bertugas di tempat sendiri amat penting demi kelangsungan pendidikan terbaik kepada rakyat Sabah. Semoga ucapan PM ini bukan setakat mengambil hati rakyat Sabah tetapi harapan rakyat Sabah agar kenyataan 90% kouta guru di Sabah milik rakyat Sabah harus di kotakan. Sebagaimana slogan terdahulu " Rakyat Di Dahulukan Janji Ditepati"

Perdana Menteri Malaysia mengakhiri Ucapannya semalam dengan melaungkan Merdeka sebanyak 3 kali dan diikuti oleh para hadirin yang datang.

Gambar rakyat Sabah di Padang Bandaran Kota Kinabalu Semalam
menyambut Hari Malaysia Bersama Pimpinan
PM Datuk Sri Najib Tun Rajak.


Gambar : Oleh Etuza
Semoga Sabah, Sarawak Dan Tanah Melayu menjadi rumpun 
seia sekata seirama .

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. soal kouta adalah keistimewaan yang boleh dimanupulasi oleh golongan tertentu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah masalah yang berlaku, sesuatu yang kita tidak tahu menjangkkannya. Apapun setidak2nya rakyat Sabah diberi jaminan dan jaminan itu harus di ambil perhatian serius oleh pihak atasan, ramai berpendidikan di Sabah harus bersuara .

      Padam
  2. Balasan
    1. semalam di TV 1 tu Jaf..kita harap tu ucapan PM dikotakan.

      Padam
  3. Harap dapat menjadi kenyataan. Bukan apa kesian murid-murid bila ada pertukaran guru. Nak ganti ambil masa

    BalasPadam
    Balasan
    1. penat nak ganti jika antara guru yang ada mengganti..kalau Etuza kena ajar Agama Etuza risau di landasan yang salah pula..tak semena2 di pertikaikan..bagi menulis ja tulisan cantik mengisi masa..tapi kalau selalu mengganti penat pun ada Cikpinz..bukan tak ikhlas, tu lah banyak kerja lain kena buat..

      Padam
  4. sudah tiba masanya tu hanya anak negeri yg sepatutnya menjadi tenaga pengajar di Sabah kerana sbg org tempatan mrk lbh memahami murid2 yg sebudaya dgn mrk tanpa sebarang tekanan.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah andai rialisasi bagai dikata..amin..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.