Bloggers Di Mana Kedudukan Cara Sebenar Sebagai Pembaca

Bloggers Di Mana Kedudukan Cara Sebenar Sebagai Pembaca

     Asalamualaikum, selamat malam, semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Hendaknya malam ini kita beradu dalam keadaan telah menunaikan kewajiban khasnya kepada Allah dalam urusan solat kita.

Merenung paparan blog templete Etuza begitu agak lama sambil membaca komentar para tamu di laman Etuza. Terkedu seketika melihat paparan templete blog Etuza masih lemah sini sana. Terfikir sesuatu dalam minda, lalu ini lah ilham yang mungkin tercetus di minda seorang peminat blog iaitu Etuza sendiri. Sebelum meneruskan Etuza hendak memohon maaf yang tidak terkira apabila ada teman blogger atau pembaca maya yang agak tidak suka kenyataan atau tanggapan dan saranan Etuza. Mohon maaf sekali lagi, tiada niat mencari kesalahan tetapi sekadar hendak menulis dan mengupdated kan blog. Bukan juga ketandusan idea tetapi sedang memikir banyak informasi dalam blog dari masa ke semasa.

Bloggers Membaca Artikal Maya Di Blog!

1. Harus membaca, membaca dengan scroll terus ke bawa semata2 melihat ratusan komen. Kemudian komen terus tanpa merujuk artikal di wal blog bloggers. Rasanya cara sebegini tidak lah memudaratkan tetapi adab bloggers yang kurang betul. Sebab tidak membaca artikal sebenar.Bagaimana pun cara kita hak kita membaca di blog atau tidak pasti kesan klik anda pada tiap blogger di blogwalking anda mendatangkan banyak kebaikan kepada trafik blog kita.

2. Bloggers membaca secara ikut perenggan permulaan tengah dan akhir. Mungkin bloggers akan tahu artika itu menceritakan apa dengan cara begini. Bagi Etuza, tetap akan balik membaca kali kedua agar artikal yang di beri memberi kan banyak kefahaman kepada kita. Drop komentar adalah perkara kedua. Memahami artikal dan maksud gambar amat kita titik beratkan. 

3. Membaca dengan penuh minat dan semangat ingin mengetahui apakah mesej pada artikal di blog kegemaran anda. Mengambil langkah membaca dengan penuh tertib dan mempunyai rasa menghargai artikal teman bloggers lain. Bila adab ini dilakukan iaitu bloggers membaca artikal kita, maka banyak kebaikan kepada bloggers tersebut, antaranya ialah :-

3.1. Blogger akan mendapat banyak ilmu pengetahuan yang baru.
3.2. Lebih bermotivasi apabila membaca paparan blog yang menyumbang artikal keagamaan, motivasi dan sebagainya.
3.3. Mendapat banyak pengalaman cara penulisan yang baik, merujuk penulisan artikal yang terbaik seperti cara Blogger Bin Muhammad, Bloggers Ikhwan Yusuf  dan bloggers lain.
3.4. Bloggers akan mendapat suntikan idea yang akan lebih bernas.
3.5. Bloggers tidak ketandusan idea.
3.6. Bloggers akan merasa seronok membaca dan tertunggu bahan apa kah lagi cerita atau artikal di blog kegemaran.

Perhatikan graf blog kita pada paparan halaman setiap masa, 
kita ingin melihat blog naik trafik bermakna blog kita 
 dalam internet maya hidup sebagai
satu sumber menyumbang bahan bacaan masyarakat. 

Inilah yang dikatakan blogspot amat bijak memancing 
semangat kita untuk berkarya di blog.
    Persoalan di sini ialah di manakah kedudukan kita sebagai peminat blog yang kita gemari dalam aspek cara atau kaedah kita membuat pembacaan di blog ke blog lainnya. Di mana pun kedudukan kita, kita tetap sebagai pembaca maya. Membaca artikal cara apapun kita tidak boleh menyangkal cara individu membaca di blog, tetapi kita fikirkan cara kita. Membetulkan cara kita, lebihkan usaha agar sentiasa rajin membaca dan menghargai artikal teman- teman blogger lain.

Mahu teruskan pembacaan klik INI tips cepat faham belajar di dalam kelas.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

25 ulasan

Sejutu dengan pendapat yang cikgu coretkan. Mungkin ada sesetengah blogger yg hanya suka memberi komen walaupun ianya menyimpang jauh dari apa yang kita tulis. mereka ni jatuh di kategori no 1. Bagi saya sendiri, walaupun sepanjang mana seseorg tu menulis saya akan cuba membaca dan kalau panjang melampau saya cuba mencari isi penting dan point yang blogger itu nak sampaikan. Sekurang2nya kita tahu ap yg ingin mereka sampaikan kepada kita sebagai pembaca.

p/s:Saya pon masih mencari cara nak kongsikan sesuatu tu cikgu. Kena lebih banyak membaca untuk menghasilkan entri yang menarik. Apa2 pun terima kasih Cikgu. InshaaAllah sesama kita kongsikan sesuatu yang bermanfaat.. :'D (terharu dgn pujian cikgu. Allahurabbi.. )

blogwalking kadang kala membuatkan blogger singgah, baca dan tinggalkan komen dengan cara yang berbeza Etuza, namun trafik organic yang mencari info pasti akan membaca entri hingga mereka mendapat apa yang dicari, ini pendapat kak ana :)

Pada pandangan saya, sebagai blogger kita hanya menulis dan berkongsi. Lakukanlah dengan ikhlas, penuh minat dan sebaik mungkin untuk kepuasan diri dan sampaikan dengan tepat dan lengkap. Perkongsian kita mungkin berguna dan dicari oleh mereka yang memerlukan.

Ianya berbeza dengan rakan-rakan blogger yg singgah dengan pelbagai tujuan dan lebih kepada mengeratkan tali persahabatan. Mungkin juga komen sekadar menjadi bukti yang mereka telah singgah. Mana sempat nak membaca kalau nak BW berpuluh blog...

Mereka yang membaca tanpa meninggalkan komen itu lebih ramai dan mereka datang melalui enjin carian tujuan tertentu. Mereka inilah yang membaca dengan teliti setiap patah perkataan yg ditulis.

Apabila cikgu mendapat komen positif/berkualiti dari anonymous atau blogger yg tak dikenali, ia adalah bukti bahawa entri tersebut berkualiti, mendapat respon dan mencapai matlamatnya.

Itulah kejayaan sebenar artikel yang ditulis. Ianya bukan dinilai melalui komen rakan2 blogger yg selalu singgah seperti saya.

Assalam Ikhwan..terima kasih, kita memahami kehendak blogger, cara nak baca tu hak kita. Tahnia atas usaha menambah ilmu dengan membaca,,,

ya saya percaya dengan komentar ana, memang blogger membaca dengan niat dapatkan infor..banyak sebenarnya cara kita sekalipun hanya terus ke isi penting sebuah penulisan di blog..terima kasih ya

dari komen yg diberi..kita boleh agak pembaca tu membaca keseluruhan yg ditulis atau sekadar ja..

setuju dgn pendapat dari coretan ni...

assalam ...cari info/ilmu sambil bw..

Saya tidaklah ingin terlalu serius dalam menulis blog Etuza. Blog saya sekadar catatan. Dan tak kisah juga macam mana orang yang membaca memberi komen. Catatan saya adalah perjalanan saya sebagai emak dan kegembiraan melihat kejayaan anak-anak. Saya tak pandai nak menitipkan tip-tip dan bagaimana harus di lakukan untuk didik anak-anak jadi bijak pandai... sebab pada saya biarlah orang yang lebih arif bercakap dan menulis tentangnya.

Komen2 yang di tinggalkan 'memberitahu' saya ada orang berkunjung ke blog saya... Dan saya tahu, antara mereka itu.. golongan yang berjaya dalam hidup mereka.

tengok pada tujuan blogger, ada yang marketing ada juga dijadikan sebagai diari.

Betul juga. Jika betul mahu datang membaca dan menziarah, sepatutnya betul-betul membaca dan memahami apa yang penulis mahu sampaikan. Walaupun entry tersebut entry santai. Tapi apa yang kita nampak sekarang, kebanyakan yang datang, terus komen di ruangan komen dengan harapan kita mengunjungi semula blog mereka untuk mendapatkan trafik, padahal komen yang ditinggalkan langsung tak berkaitan dengan entry.
Mungkin kita juga kena mencari cara penulisan yang mampu menarik hati pembaca. Sha juga masih tercari-cari faktor penarik tersebut =)

Pendapat Blogger BM Etuza setuju dan amat hargainya...ialah komen bukan lah mengukur semuanya ya, tetapi cukup berharga bagi mewarnakan blog kita ..kita teruskan berblog dan moga jalinan sesama penulis blog berterusan.Terima kasih ya Blogger BM

Setuju dengan pendapat BM, komen bukan kayu pengukur segala perstasi blog, tetapi komen tu cukup memberi warna dalam blog kita..sunyi ja jika langsung tak ada komen. Blogger kena sesekali menyapa dan menerima teguran blogger lain..sambil belajar kan bagus tu BM..

ya..apapun komen apapun kita terima, cuma SPAM kena pertimbangkan. Kita perlu komen sebenarnya kan blogger Kamsiah..serta kita happy bila tulisan di wall blog kita di baca

terima kasih ya

Blogger PI memeng yang rajin..tahnia menjadi blog pilihan Etuza ya. Banyak motivasi dan pedoman dekat blog PI

Sama juga dengan sya tu sweeti, tidak ada benda sangat nak dalam blog Etuza nik. Cuma Etuza suka tengok grafik blog ..unik dan luarbiasa, sambil2 tu kempenkan agar kita membacalah dalam blog. Apabila blog ada informasi bagus untuk kehidupan kita apa salahnya kita baca dan berkongsi dengan baik apa ada dalam blog teman maya..seronok jika banyak membaca.
Apapun membaca di blog bukan paksaan ya. Terimakasih.sekadar pandangan dan mungkin kalau ada kebaikan maka kita bersama membaca di blog secara sihat

ya ada berbagai genre blog ni.kita baca untuk happy kan diri..semoga kita dapat manfaat berblogging ya

Nurul Sahirah lebih kurang yang Nurul cakap ni lah maksud Etuza ya.kita amalkan agar membaca betul2 baru idea nak komen tu akan sepadan..

apapun Etuza ada juga kesilapan drop komen..Etuza fikir agar tak menyakiti blogger tu.
Terima kasih ya

Suka baca penulisan tentang kehidupan dan cara hidup..biasanya kalau blig jual produk..jarang yan baca

Bagi lya blogging ni santai2..menulis dari hati ..klau ada yg sudi singgah sudi baca ..alhamdulillah..kdg2 tak semua suka apa kita tulis ..jadi tgk pada keadaan laa

Begitulah yang sepatutnya. Baca sebelum komen..:)

Setuju dengan coretan Etuza kali ni. Sebab tu kalau nak komen kena baca keseluruhan baru dapat komen yang baik

Komen ditinggalkqn di blog kita tanda diaorg baca yg kongsi kan

ahaksss entri ni buat JM tersenyum! Bg JM lak ada pendapat berbeza sbb JM x kisah jika komen yg d tggalkan xde kaitan dgn entri mgkin entri yg d tulis x menarik minat mereka membaca so JM terima seada nya. Yamg penting terima kasih kerana sudi berkunjung. We as blogger we support each others

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (383) Berita (383) Dunia Blog (337) Promosi. (312) Doa (310) Info Lelaki (272) Tips Blog (269) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (209) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (75) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Artis (19) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger