Bila Anak Bloger Flight Ke Luar Negara

Bila Anak Bloger Flight Ke Luar Negara

 Anak Blogger Flight Lagi Ke Luar Negara.

     Banyak perkara difikirkan bila anak flight ke luar negara. Flight yang memakan masa selama 13 jam sebagaimana yang diberitahu. Tiket dan awal 3 bulan telah dibayar sedia dan hari- hari menunggu tibanya hari penerbangan ke luar negara. Pasport sebagai pelajar kena sentiasa dijaga, ketat ketat kan dalam beg agar tak terlupa bawa. 

Perkara Penting Bila Flight Ke Luar Negara

     Kesihatan kena pastikan agar sentiasa sihat tubuh badan. Jaga pemakanan dan jaga juga keperibadian agar berkat kehidupan. Ketika bersama keluarga khasnya ibubapa berceritalah kongsikan pengalaman ketika di Luar Negara. Apa yang menarik bila ke Luar Negara dalam konteks belajar sambil travel.

1. Anak blogger dapat memantapkan dua bahasa. Bahasa Arab ( Mesir ) dan bahasa antarabangsa ( Bahasa Inggeris )- Belajar Bahasa Melayu memang tidak akan jumpa di Luar Negara. Adapun katanya mereka sesama Malaysians sahaja berbahasa Melayu. Jumpa Doktoran & Doktor, pak Arab, mak Arab, Arabians dan orang lain Negro, Indonesian, Chines dan lain - lain kena guna Bahasa Antarabangsa katanya. Boleh mantapkan Bahasa Antarabangsa kita katanya. Tetapi anak blogger lebih suka Bahasa Arab ( Mumtaz -Result ) subahanallah..ya Allah berilah redha Mu rahmatMu kepada semua anak2 yang belajar di Luar Negara.

2. Pengalaman selama 13 jam dalam flight, dapat lihat panorama awan di angkasa lepas. Tenang dan bagaikan terbang bersayap. Dalam Flight cuma makan dalam masa jadual tetap dan tidur mengulit mimpi indah. Alangkah tenang berada di awan nan biru. Tetapi kena selalu basahkan JIWA dengan ZIKIR pada yang kuasa. Kita terbang naik besi berat flight di awan biru WAH luarbiasa Allah yang berikan kita kelebihan mencipta Kapal Terbang dari besi. Subahanallah.

3. Mengenal budaya orang Arab. Mereka memiliki budaya sosial ekonomi tersendiri. Makanan, wang mereka dan cara jual beli di Luar Negara. Kena berdikari, yakin dan harus beri kerjasama sesama pelajar serta fakulti masing - masing.Boros jangan sekali katanya.Ini nasihat yang blogger dengar amat menyenangkan dalam keadaan NILAI mata Wang Malaysia merundum masa ini.

4. Pertahankan prestasi keputusan EXAM katanya. Hasil daripada itu penaja pengajian dari Jabatan JPA, MARA,Biasiswa Negeri, Biaya Zakat dan tajaan Ibubapa sendiri mudah di urus. Tengok result atur untuk penyambungan pembiayaan dari penaja hebat seperti JPA. Next flight bermakna next semester dan tahun pengajian dapat disambung tanpa masalah besar. 

5. Berada di Luar Negara bukan mudah yang disangka katanya. Perlu kuat, tabah dan bersemangat selalu. Segala keseronokn bukan perlu sangat di Luar Negara. ingat NAWITU untuk mencari ilmu dalam keredahaan Allah. Selain itu demi membaguskan dan demi mengejar kehidupan yang lebih mencabar ini. So, katanya jangan leka dan selalu bersedih sebab akan ada gangguan jika sering bersedih mengenang keluarga. Mahu menangis, menangislah demi kerana Allah yang memberi kesempatan melihat bumi para Ambiya.

6. Dapat melihat jejak para nabi suatui masa lalu. Boleh ikut travel ke mana pun di negara Arab, tetapi kena ada wang saku lebihan. Bila di Luar Negara kena ikut program siswa siswi. Bersosial cara SUNNAH nabi,makan cara SUNNAH nabi, Solat Jemaah Sunnah Nabi. Sungguh susah semua itu kalau bukan di Luar Negara. Dan yang terakhir.

7. Dapat belajar di Universiti Berkarisma Al Azhar, Universiti Tertua Dunia dan unggul dengan ilmu yang amat-amat menjadi idaman setiap insan. Subahanallah 

Nasihat dan pesan blogger. Belajar lah walau di mana ilmu tidak akan berakhir dan tidak akan ada titik akhir. Maknanya ilmu kita tidak pernah setanding dengan Taman Ilmu Allah yang amat banyak dan tidak pernah kita jangkau dengan sekelip mata. Itulah kesempurnaan hanya milik Allah pencipta alam buana ini.

Pandangan di sekitar lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah

Cei in dahulu, tick mana tempat duduk..print dan
 simpan untuk cek in seterusnya reset kena tunjukkan.
Berat bagasi kena sekitar 30 KG ..kalau lebih muatan
kena bawa sendiri...kalau lebih tak pasal - pasal di arah
keluarkan alat yang berat ..
Klik SINI dan INI..
Ha kakak dan adik said GOOD BYE...selamat
anak blogger di Luar Negara
Dah sampai...Allah Huakbar...
syukur Ya Allah
Abadikan gambar terbaru dapat dari watsup.
Hanya di blog Blogger Etuza..Alhamdulillah mereka
semuanya selamat dengan aman di Luar Negara




Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

semoga anak2 Etuza terus cemerlang...dan dipermudahkan pengajian d luar negara. Mcm anak kawan KG...sentiasa cemerlang..pinjaman pun tak perlu bayar..mereka menghargai duit pinjaman tersebut dengan kecemerlangan...

Alhamdulillah... Syukran
Semoga pemergiannya dapat mencapai impian dan membawa pulang bersama ilmu dunia dan akhirat. Semoga berjaya.

terima kasih amin.moga juga kak gojes berjaya sama..amin

amin terima kasih blogger hebat Malaysia BM..

alhamdulilah....moga anakw yang belajar di mesir selamat dan baik2 aje

Waa. Beruntung ada anak belajar di Mesir. Banyak pengalaman boleh dapat bila menjelajah negara orang ni hehe.

Alhamdullilah..semoga urusan dan study anak Etuza di sana dipermudahkan. aamiin

alhamdulillah dah sampai di tempat di tuju

13jam dlm flight? Waduh mahu kematu bontot

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (434) Ceritaku (418) Berita (380) Agama (369) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (295) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (204) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (180) Berita Keningau (175) Hadiah (150) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (117) Sejarah (104) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Percutian (25) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger