Antara Lokasi Doa Mustajab Di Mekah

Antara Lokasi Doa Mustajab Di Mekah.

    Hari ini Hari Malaysia, Etuza ada membuat pembacaan di buku yang bertajuk " Telaga Zam Zam Telaga Paling Ajaib Di Dunia" . Buku ini berada di atas meja solek isteri Etuza, buku kecil tentan informasi Air Zam Zam tetapi penuh dengan maklumat tentang Air Zam Zam. Etuza baca dengan khyusuk. Perkataan Ajaib menyebabkan Etuza membaca banyak muka surat di buku itu tentang Air Zam Zam. Memang teruja dan dapat rasakan betapa besar kuasa Allah memperlihatkan kepada jutaan manusia di Mekah tentang Telaga Air Zam Zam.

Blog Peribadi Rasulullah Klik infor seterusnya.
Air Telaga Zam-Zam keluar dari celahan batu 
kelihatan bersinar mengalir tanpa henti hingga kini.
Ini keadaan telaga Zam Zam pada ratusan tahun yang lalu.
Kini Telaga Zam Zam bertukar wajah..


Punca Mata Air Zam Zam Dari Bahagian Kaabah di Mekah.

 
terima kasih ZamaZemah sediakan gambar Telaga Zam Zam.
     
Berdoalah Di Telaga Zam Zam 

Salah satu tempat mustajab untuk berdoa di Mekah ialah di belakang telaga Zam Zam.Dikatakan masalah timbul apabila ramai  jemaah haji atau umrah yang tidak berapa tahu di manakah letaknya telaga Zam Zam tersebut di Masjidilharam. Sehingga pada awal tahun 1990-an,para jemaah haji masih dapat menentukan kedudukan telaga Zam Zam, malah dikatakan mereka boleh melihat sendiri telaga tersebut dengan menuruni tangga hingga ke aras bawah dataran Kaabah.

Tetapi pada masa sekarang, laluan ke telaga Zam Zam telah ditutup bagi meluaskan ruang tawaf dan solat. Bagaimana pun kita boleh menentukan kedudukan telaga Zam Zam dengan tepat jika kita dapat mencari lokasi asal pintu Bani Syaibah, pintu itu yang asal berada tepat ( 8 ) saf di belakang Nabi Ibrahim a.s dan telaga Zam Zam pula berada lapan ( 8 ) meter dari sempadan kiri pintu Bani Syaibah jika kita berdiri menghadap Kaabah. 

Ini sumber pembacaan Etuza pada buku keluaran tahun 2013 bertajuk "Telaga Zam Zam Telaga Paling Ajaib Di Dunia". Kemungkinan pada masa sekarang setelah 2015 banyak lagi perubahan untuk penambahbaikan situasi Telaga Zam Zam di Mekah Arab Saudi.

Kepada jemaah haji yang bakal ke Mekah atau jemaah Umrah ambillah kesempatan berdoa di belakang Telaga Zam Zam kerana di sinilah tempat antara lokasi yang mustajab doa ketika kita di Mekah menghadap Kaabah. Etuza teringat bahawa air Zam Zam keluar dari perut Bumi apabila bayi kecil masa itu Ismail menghentak hentakkan kakinya pada pasiran dekat kaki nabi Ismail. Inilah permulaan sejarah Air Telaga Zam Zam yang ajaib serta air paling bersih yang Allah kurniakan kepada kita hingga kini. 

Pandangan gambar tengah telaga Zam Zam


Subahanallah Maha Suci Allah


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Subhanallah, moga Zumal ada kesempatan untuk ke sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iltizam kemahuan semua kita wajib jika ada kelapangan rezeki tu Zulm

      Padam
  2. subhanallah kejadian Allah amat indah...air zam-zam juga adalah penawar kpd pelbagai penyakit...insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul begitulah yg Etuza baca ..semoga kita mampu ke sana nanti. Amin

      Padam
  3. Allahu Rabbi, tiada yang lebih sempurna kejadian dariNya juga etuza :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telaga Zam Zam bukti kebesaran Allah amat menyayangi hambaNya..

      Padam
  4. Salam singgah sini cikgu.... Subhanallah....kejadian yang Allah ciptakan begitu indah dan sempurna...semua itu bukti segalq kebesaraan Allah....

    BalasPadam
  5. Bila la dpt ke sana, mudah-mudahan

    BalasPadam
  6. Wahh..baru tau lah. Tapi mmg dulu ustazah ana ade cakap, mane2 tempat berkat kita bdoa i.Allah doa dimakbulkan. Air zam zam kan air berkat. Jd betul la tu ape yg dikatakan dlm entri nih. Huhu~

    Sori lame ana x singgah sini. Baru nak try aktif balik lam dunia blog.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...

    Ruby balas kunjungan...thx sudi follow...

    SubhanaAllah..maha suci Allah.. indah & sempurna sungguh ciptaan yg maha berkuasa..

    Ruby berharap & berdoa...punya rezeki utk jejakkan kaki ke mekah.. dan doa utk para blogger yg lain juga..aamiin

    BalasPadam
  8. Semoga kita dapat menjejak kaki ke sana juga nanti.

    BalasPadam
  9. Allahuakhbar...yan suka air zam zam..payau2 manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah ngan JM kak Yan...suka minum air zam zam ni

      Padam
  10. bila agaknya JM berpeluang utk berdoa di sana kan

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.